Followers

Showing posts with label guest. Show all posts
Showing posts with label guest. Show all posts

Sunday, July 19, 2026

July 19, 2026

GUEST #122


Rezeki uncle hari ini dapat bersua muka dengan blogger dari Keningau, Sabah! 

Siapa lagi kalau bukan pemilik blog PESONA ETUZA atau cikgu Mohd Azali

Lokasi pertemuan pun bukan calang-calang, ya... Masjid Negara kau! 

Maka tanpa disedari, terpancarlah 'nur' di wajah kami berdua!

 Terima kasih cikgu Mohd Azali kerana 
luangkan masa yang maha ketat demi untuk uncle! 

Terima kasih juga buat isteri, anak dan menantu 
cikgu Azali yang sangat mesra dan peramah. 

Semoga bertemu lagi! 







Saturday, July 11, 2026

July 11, 2026

GUEST #121


Tahniah buat NORLISHAM SELAMAT (<Klik) atas 
pelancaran pameran lukisan solo beliau yang pertama. 

Sham ni adalah sahabat uncle sejak remaja. 

Sama-sama naik turun bas mini. Sama-sama jiwa memberontak.
Sama-sama tercari-cari hala tujuan hidup. 

Tapi dari dahulu lagi uncle dah kesan jiwa seni beliau dari cara beliau 
memerhati, cara beliau berfikir, cara beliau beri pandangan... semuanya abstrak.

Waktu itu uncle pasti beliau akan capai apa yang serasi dengan jiwa beliau. 

Uncle tumpang bangga! Tahniah sahabat!







Friday, June 26, 2026

June 26, 2026

GUEST #120


Cak!

 Siapa sebelah uncle tu? 

Penasihat Kanan Politik PMX / Pengerusi MIDA / Presiden BAM 

Terima kasih sudi berfoto dengan uncle...







Sunday, June 21, 2026

June 21, 2026

GUEST #119


Bersua muka dengan pemilik blog DINOHAUZ iaitu Bidasari... 
(Tudung pink)

Orangnya peramah. Pertama kali jumpa dah macam kawan lama! 
Borak, makan, borak, makan, borak, makan...

Yang tudung bunga? Siapa tak kenal FANNY blogger dari Jakarta, kan?

Semoga mereka berdua tidak menyesal luangkan masa seharian bersama uncle dan aunty... 🤭

LOKASI: RexKL.







Saturday, June 13, 2026

June 13, 2026

GUEST #118


Bertuahnya rasa... 

Dapat berjumpa dengan saudara MOHAR
peniup seruling yang tersohor di Malaysia. 

M. Nasir? Siti Nurhaliza? Jamal Abdillah? 
Sebut saja mana-mana nama bintang, pasti nama 
Mohar juga tertera di dalam album mereka. 

Namun begitu... beliau seorang yang sangat merendah diri, dan mesra.







Saturday, May 2, 2026

May 2, 2026

GUEST #117

Akhirnya! 

Berpeluang bertemu mata dengan
FAJARWALKER, blogger tersohor di Jakarta.  

Orangnya ceria, sama dengan yang tergambar di blognya! 
Mudah tertawa dan mudah mesra! 

Dan bonus! Isterinya Thina dan anaknya Putri turut serta!

 Nampak tak betapa mesranya mereka?!

Oh ya! YANG PALING PENTING!

Jangan lupa terjah blog PROJEK SELFIE beliau juga ya!







Wednesday, March 25, 2026

March 25, 2026

GUEST #116

Hari ini adalah ulang tahun hari lahir uncle yang ke 57 tahun. 

Apa yang istimewa? 

Tuuu... Kebetulan ada janji berjumpa dengan blogger Anies

Apa yang lebih istimewa? 

Beliau bawakan dodol buatan sendiri dari resipi turun-temurun keluarga! 

Lagi? 

Tuuuu.... Magnet dari Mekah, Cambodia dan 
satu paket sambal mayong masin! 

Apa lagi...? 

Hah... Silalah cemburu!







Thursday, December 25, 2025

December 25, 2025

GUEST #115

Tetamu yang uncle nanti-nanti. 

Memperkenalkan Ganaël Portet dari kota Paris. 'Teman seperjuangan' dalam
projek swafoto harian dan projek swafoto beliau kini hampir ke tahun ke 15! 

Berjumpa di YouTube dan sambung persahabatan di Facebook dan Instagram.
Selalu bertanya khabar dimedia sosial, berborak tentang projek swafoto.

Bermula dengan gurauan; "Satu hari nanti, kita patut berswafoto bersama. 
swafoto saya ada kamu dan swafoto kamu ada saya." Kata beliau. 

"Haha! Itu idea yang baik!" Jawab uncle.

Hari ini setelah bertahun-tahun, beliau betul-betul terbang 
ke Kuala Lumpur demi untuk swafoto itu! 


NOTA: Kami juga pernah buat 'swafoto atas talian' 
pada 22 Feb 2021 dan pada 11 April 2022.







Thursday, November 13, 2025

November 13, 2025

GUEST #114


Dah lama uncle simpan dendam nak jumpa travel blogger ni.

Hari ini berpeluang juga jumpa Afif pemilik blog Travel My Way yang masyhur ini! 

Jujurnya, dua tiga jam tak cukup untuk dengar cerita pengembaraan beliau... 

Ceritanya penuh drama, konflik, politik dan humor! Lengkap! Hanya cinta tiga segi saja yang tiada... Mendengar beliau sendiri yang bercerita adalah lebih dramatik dari membaca blognya!
 
Bonus sempat juga bersua dengan isteri dan anak-anak beliau yang sama-sama pengembara.

Terima kasih kerana luangkan masa layan uncle pagi tadi. 

Memandangkan rupanya kami berkogsi nombor poskod... maka, lain kali boleh ulang...







Sunday, October 19, 2025

October 19, 2025

GUEST #113


Hari ni uncle berjumpa dengan > AWANG THE CLOWN <

Terbahak-bahak uncle tengok persembahan beliau! 

Memang terhibur! 

Rasanya ramai yang pernah tonton video 
beliau yang pernah viral tak lama dulu. 

Alaaa... yang > NI < haaaa...







Thursday, January 18, 2024

January 18, 2024

GUEST #108

Hari ni uncle bertandang di studio > FIRDAUS MAHMUD < (klik) pemain keyboard yang tersohor di Malaysia! Siap 'belanja' satu lagu, okey! 

Baik... sila cemburu...!











Monday, September 11, 2023

September 11, 2023

GUEST #106


Sarapan. 

Terdengar suara orang menyanyi...

"Merdunya suara penyanyi tu."

Bisik dalam hati.

Toleh belakang. 

Wah! 

Bertuahnya dapat jumpa Zaki Caliph Buskers!











Sunday, November 27, 2022

November 27, 2022

GUEST #102

PANTUN DUA KERAT

Jalan-jalan ke negeri Melaka, 

Tup-tup terjumpa  > Otamblurr < 



(Eh? Kalau macam ni rima akhir kira sama atau tak sama ni...?)













Thursday, November 10, 2022

November 10, 2022

GUEST #101

Bertuahnya rasa badan hingga tak terperi,

Terserempak dengan sahabat Khairul Hakimin petang tadi,

Dalam media sosial dirinya tak perlu diperkenalkan lagi,

Namun orangnya tak sombong dan sangat merendah diri...




Nak belajar selok-belok pemasaran dunia media sosial...? 












Sunday, June 26, 2022

June 26, 2022

GUEST #100


Sahabat lama.

Fatah Ngah, kartunis vateran yang mempopularkan watak kartun A.Mamud dalam majalah GILA-GILA.

Seronok dapat berbual cerita lama walaupun beliau agak uzur.


LOKASI: Rumah beliau, Dungun, Terengganu.













Tuesday, March 8, 2022

March 8, 2022

Guest #98


Hanya ada satu benda yang uncle dengki dengan saudara LEPAT ni.... 

RAMBUT DREADLOCKS diaaaaa..!!!!!! 

Nasib baiklah rambut ni dah menipis... 

Kalau idak nak juga cuba! 


#AdaHatiTu...













Friday, February 25, 2022

February 25, 2022

Guest #97


Yeay! 

Dapat berswafoto dengan hero uncle, DIN SEARCH 
di kedainya SEARCH ROCK STATION
lokasi Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi.

Tiba-tiba uncle rasa macam kembali muda...!

\m/











Thursday, January 27, 2022

January 27, 2022

Guest #96


Dah lama tak borak-borak. 

Sekali keluar borak rupanya sudah pagi...! 

Mengalahkan orang muda!

Baahaha...!




(Cakap tentang orang muda, terima kasih tuan MO pengasas bersama PENTAS_IO kerana berkongsi ilmu NFT... Uncle bangga dengan kejayaan beliau!)













Friday, December 3, 2021

December 3, 2021



Guest #95

"Kau nampak benda kuning ni..?" 

"Nampak..." 

"Kau sumbat masuk mulut engkau." 

"Lepas tu?" 

"Kau nampak kolam belakang tu?" 

"Nampak..."

"Kau terjun cepat."



Lama betul tak menyelam skuba ni... Hilang semua skil. Nasib baiklah ada sahabat yang 'racun' suruh berjinak-jinak semula. Harap-harap janganlah dia 'racun' uncle pergi pulau lepas ni... Bukan uncle tak suka pulau. Uncle takut uncle tak nak balik..!!! Hu hu hu!