Followers

Showing posts with label majalah GILA-GILA. Show all posts
Showing posts with label majalah GILA-GILA. Show all posts

Saturday, September 26, 2026

September 26, 2026

GUEST #123


Tahniah buat 'kawan ketat' uncle kerana menerima menantu hari ni, 

Lebih dikenali sebagai Kartunis ASAN. 

Watak Jaki Jipang, Pendekar Jaki, pelbagai ilustrasi, 
menyumbang kartun di akhbar dan tak terkira berapa dah 
karya beliau yang dijadikan kulit majalah GILA-GILA. 

Sekarang? 

Nampaknya beliau lebih suka bermain dengan cucu 
sambil melukis di akaun TIKTOK beliau (<klik)







Saturday, November 30, 2024

November 30, 2024


Sempat ziarah mantan bos zaman uncle bujang, 

Haji Zainal Buang Hussein. 
Kartunis, Illustrator, Novelis. 

Teringat... Di mana saja dia sarapan, makan tengahari, 
meja dia pasti ramai ditemani dengan staf-staf bujang. 

Sebab? Sebab dia pasti akan belanja sesiapa saja yang semeja dengan dia! 

Licik tak uncle? 


NOTA: Kulit majalah > GILA-GILA < keluaran pertama pada 1 April 1978 adalah 'air tangan' beliau.











Wednesday, May 17, 2023

May 17, 2023

GUEST #104

Ingatkah lagi pada waktak kartun Profesor Serba Tau, Apak, Dan Din Don dan Pendekar Mata Tiga dalam majalah GILA-GILA dulu?

Inilah pelukisnya, kartunis DON. 

Terima kasih atas undangan makan-makan tadi sambil kemas kini cerita lama... 
Kari kambing tu memang menusuk kalbu!











Sunday, June 26, 2022

June 26, 2022

GUEST #100


Sahabat lama.

Fatah Ngah, kartunis vateran yang mempopularkan watak kartun A.Mamud dalam majalah GILA-GILA.

Seronok dapat berbual cerita lama walaupun beliau agak uzur.


LOKASI: Rumah beliau, Dungun, Terengganu.













Saturday, March 18, 2017