CLICK!

Followers

Saturday, August 31, 2013

August 31, 2013


Ini yang malas guna khidmat kedai dobi layan diri di kedai macam ni...

Seluar dalam kita pun orang boleh tau warna apa... (malu)



 (Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-56 tahun, kawan-kawan!)


Friday, August 30, 2013

August 30, 2013


Kalau di kiri K-pop, di kanan pun K-pop...
Maka yang di tengah-tengah tu ................... (isi tempat kosong)



NOTA: Isi yang hebat-hebat sahaja, tahu..!




Thursday, August 29, 2013

August 29, 2013


Seronoknya naik bas kerana kita ada peluang melelapkan mata...

...cuma yang tak seronoknya ialah bila kita terlepas destinasi kerana terus terlelap...!

Alaaa... kamu semua pun pernahkan..? Malu nak mengaku..?




Wednesday, August 28, 2013

August 28, 2013


Ada kawan uncle ajar... untuk rehatkan mata
letakkan timun di atas mata dalam 30 minit...

5 minit...

10 minit...

15 minit...

20 minit...

...ahh..! Baik uncle makan saja timun ni... lepas tutidur...! Habis cerita!


Tuesday, August 27, 2013

August 28, 2013


Perkataan 'Bas Sekolah' di atas van, orang boleh terima... Tapi cuba kalau kita tulis perkataan 'Van Sekolah' di atas bas... 

...agak-agak orang boleh terima, tak..?


Monday, August 26, 2013

August 26, 2013


Uncle guna kenderaan awam untuk 'usha awek'..? Tidak sama sekali..!

PERTAMA: Kita terdedah dengan pelbagai situasi. = Boleh meyumbang idea untuk blog! 
KEDUA: Kita peka dengan gelagat orang keliling. = Boleh meyumbang idea untuk blog!
KETIGA: Kita mudah terjumpa benda-benda unik. = Boleh meyumbang idea untuk blog!

 Okey! Okey! Sebenarnya 'usha awek' itu yang pertama!



Sunday, August 25, 2013

August 25, 2013


Ya Allah ya tuhanku... biarlah isteriku keluarkan duit dia tu berlebih-lebih... supaya boleh aku 'pau' duit dia sikit...!


(Ish...! Kotorlah tempat ni... kan?)


Saturday, August 24, 2013

August 24, 2013


Walaupun laman rumah uncle kecil, uncle manfaatkan sepenuhnya dengan bercucuk-tanam. Ada bayam, ada sawi, ada kobis, dan ada kacang panjang... Bagi uncle, alasan hanya untuk orang yang malas..!

(Okey, okey... uncle tipu..! Ini rumah orang lain. Uncle tergolong dalam kumpulan 'orang malas' tu..! Baahaha...)


Friday, August 23, 2013

August 23, 2013


Eh, eh... Pak Leman ni... orang lain pun panas juga
Tapi taklah sampai nak tulis atas sepanduk bagi tahu semua orang...?!!


(Okey, okey... ayat penuh sebenarnya Lemang Panas! Keh keh keh)


Thursday, August 22, 2013

August 22, 2013


"Eh? Tadi ayah ada minta tolong basuh pinggankan?"

"Betullah... tadi ayah tak sebut gelas dan periukkan?"




(Ini kategori anak bertuah atau bertuah punya anak, ni?)


Wednesday, August 21, 2013

August 21, 2013


"Sabar gedek, sabar..." ~ sambil urut dada sendiri.

(Uncle ni sekejap-sekejap tengok jam. Sekejap-sekejap tengok jam... gelisah macam kucing nak beranak, tahu!)




Tuesday, August 20, 2013

August 20, 2013


Espresso? Cappuccino? Latte? 
Mana boleh lawan, Kopi-O ais 'kaw' / bungkus / ikat tepi 

...baru old skool!


Monday, August 19, 2013

August 19, 2013


Jalan kembali sesak / Memotong barisan / Tidak memberi laluan / Berebut / Hon / Marah 

...oh, keadaan sudah kembali normal, rupanya...!


Sunday, August 18, 2013

Saturday, August 17, 2013

August 17, 2013


Sejak hari raya pertama hingga hari ini, hari-hari asyik 'melantak' air manis!

Yang hairannya, muka uncle tak manis-manis...?

Eh...?


Friday, August 16, 2013

August 16, 2013


"Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap..."

Pintu pagar tu bukan main lagi berkunci! Baahaha!


Thursday, August 15, 2013

August 15, 2013


Sedang fikir-fikirkan untuk tukar kerjaya yang boleh jadi kaya-raya... 

Tapi, kerjaya apa yang sesuai dengan wajah uncle ni..?


Wednesday, August 14, 2013

August 14, 2013


Sampah sudah ada rumah sendiri...?
Ramai masyarakat yang tak ada, tahu...!

Ini yang terasa macam sampah masyarakat, ni..!


Tuesday, August 13, 2013

August 13, 2013


Seronoknya sekali-sekali 'terpaksa' berhari raya di kedai tayar...

Ini pun kira ziarah-menziarahi juga, kan..?


Monday, August 12, 2013

Sunday, August 11, 2013

August 11, 2013


Topi SLASH

NI nak nyanyi lagu Sweet Child O' Mine atau Sweet Child Old Man, ni?


Saturday, August 10, 2013

August 10, 2013


BULAN PUASA: "Jap, jap... nak beli tudung... untuk raya ni."

LEPAS RAYA: "Jap, jap... nak beli tudung... alaa, murah je ni."


Okey... sumpah uncle tak faham...!


Friday, August 9, 2013

Thursday, August 8, 2013

August 8, 2013


"Butang baju melayu aku mana, paaahhh?"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
untuk semua pembaca 'bunyi' dan 'sunyi' BB@40, maaf zahir dan batin...!!!
Terima kasih kerana sokongan dan dorongan!!!


Wednesday, August 7, 2013

August 7, 2013


Muka je serius... dalam hati dah nyanyi lagu raya dah, ni...

Kawan-kawan bagaimana..?




Tuesday, August 6, 2013

August 6, 2013


"Tauke! Seluar tahun lepas saya tiba-tiba sendatlah... boleh kasi besar ka?" 
Okey... Ini ayat orang tak sedar diri...



Eh? Bukankah seluar juga dalam kategori pakaian? Mungkin maksudnya 'baju dan seluar'?


Monday, August 5, 2013

August 5, 2013


DULU pernah jumpa bilik K-Pop... hari ini jumpa lagi Bilik K-Pop...

...jadidi mana bilik Mat Rock? Ini diskriminasi..!


Sunday, August 4, 2013

August 4, 2013


Nak beli, tak nak... Nak beli, tak nak... Nak beli, tak nak... 
Huih! Terima kasih sajalah... orang tua beli 'cap buayasudahlah... Tak lalu..!




Nota untuk RIZUAN dari 'rrizuan(dot)com
Terima kasih memilih blog ini sebagai blog pertama untuk direview... dan yang paling penting, terima kasih kerana 'bersangka baik' tentang baju hitam ini... baahaha!


Saturday, August 3, 2013

August 3, 2013


Haihh... Tak dapat uncel pergi sembahyang Tarawih malam ni... sebab 'terpaksa' jaga budak2 ni main bunga api... Okey, okey... itu alasan! Baahaha (gelak jin)


Friday, August 2, 2013

August 2, 2013


Amboi? Sidara goreng halia je? Belajarlah juga goreng nasi ke... mi, ke... makaroni, ke... Barulah ada orang masuk meminang...

Okey, okey... Ayat penuhnya adalah 'Ayam Dara Goreng Halia' Baahaha...



Thursday, August 1, 2013

August 1, 2013


Pernah alami situasi ini?
  Berputar-putar mencari ruang parkir.
Dari jauh ternampak satu ruang parkir yang belum dihuni.
 Lalu bergegas ke sana sebelum ruang parkir dirampas orang.
 Bila sampai, rupa-rupanya ada sebuah kereta 'cinonet' sedang menyorok di celah.

Rasa macam nak 'bom' kereta itu, kan?