CLICK!

Followers

Thursday, September 30, 2021

September 30, 2021



Apa persamaan bakul itu dengan kita? 

Ia sama-sama dirantai. 

Bakul dirantai pada meja. 

Kita dirantai oleh cinta...! 

(Eceh ceh ceh... Maaf ya, sekali-sekala buang tebiat...)













Wednesday, September 29, 2021

September 29, 2021



Okey... sekarang uncle sudah tahu. 

Selepas bersara, James Bond buka kedai makan...













Tuesday, September 28, 2021

September 28, 2021



Nak tanya... Perasan tak beberapa hari kebelakangan ni ada beberapa blog yang mengambil masa terlalu lama untuk selesai dipapar di skrin? 

Ada juga blog yang uncle terpaksa tunggu selama lapan minggu baru jumpa muka pertama! Tak tahulah uncle berjaya tinggalkan komen atau tidak... Huhuhu...

Kawan-kawan blogger lain mengalami masalah yang sama?













Monday, September 27, 2021

September 27, 2020



Kalau uncle terpaksa bekerja seperti di belakang tu... 

1) Ketar lutut. 

2) Luruh jantung. 

3) Taubat Nasuha. 

4) _______________ 
(Tambahlah apa-apa yang sesuai.)













Sunday, September 26, 2021

September 26, 2021



Kami 'makan dalam' dulu...! 

Eh...  Terjemahan 'Dine in' adalah 'makan dalam' bukan? 

Macam tak merdu saja bunyinya? 

Baahaha...!













Saturday, September 25, 2021

September 25, 2021



Memang biasa kita jumpa orang tinggalkan barang 
yang tak jadi dibeli merata-rata di pasar raya. 

Tapi ini agak melampau!













Friday, September 24, 2021

September 24, 2021



Setiap kali kereta MASUK bengkel... 

Mesti ada sejumlah wang nak nak kena KELUAR...

Masuk > Keluar > Masuk > Keluar... 

Sampai abang Jamil mampus..!











Thursday, September 23, 2021

September 23, 2021



Di depan sana memang ada tulis Tempat Pembuangan Sampah. 

Tapi uncle nak cadangkan mereka tambah perkataan... Untuk 'Kakitangan' Sahaja. 

Alaaa... gelaklah! Uncle buat jenaka ni... 













Wednesday, September 22, 2021

September 22 2021



Bersarapan di Medan Selera Cempaka bersebelahan Taman Pudu Ulu. 

Selesai makan, terus ke kaunter untuk membuat bayaran. 

Diberitahu makanan sudah pun dibayar oleh 'hamba Allah' yang tidak dikenali yang sebelum ini betul-betul duduk di belakang uncle... 

Jutaan terima kasih. 

Semoga dimurahkan rezeki.













Monday, September 20, 2021

September 20, 2021



Hari tu hantar kucing ke klinik haiwan. 

SOP tidak membenarkan uncle bersama ke bilik rawatan.

 Jadi doktor merawat sambil menggunakan panggilan video. 

Uncle tiada masalah... 

Tapi kalau nampak darah, uncle cepat-cepat tutup mata...! 

Seriau!













Sunday, September 19, 2021

September 19, 2021



JANGAN BALING!

 Tolong berhati perut sikit!

Kasihanlah pada warga emas itu..! 


(Ya, uncle memang berdiri lama di sini menunggu orang lalu di situ bagi dapatkan momen yang tepat untuk gambar ini...)













Saturday, September 18, 2021

September 18, 2021



Kerabu Manggi? Tak pernah dengar. 

Tapi kalau Kerabu Mangga atau Kerabu Maggi selalulah dengar. 

Namun... 

KERABUKERAN... Pertama kali dengar!













Friday, September 17, 2021

September 17, 2021



Mula-mula tulis FACE MASH. 

Salah.

Padam H 

Jadi FACE MAS

Salah juga...

>_<











Thursday, September 16, 2021

September 16, 2021



Alahai pasar raya ni pun... 

Berilah tali pas yang elok sikit... 

Tali rafia pun dah carik-carik... 

Pas tandas sekolah pun lagi cantik... 

Huhuhu...













Wednesday, September 15, 2021

September 15, 2021



Beginilah uncle... 

Jika ada waktu terluang uncle memang suka rela membantu aunty... 

Contohnya seperti ini. Membersih kipas dinding... 

"La la la..." (Kerja sambil menyanyilah konon)


"Abaaannng! Dah lap kipas belum? Bergambar pula dia!" 

"Ba... ba... baik bos!"

(Alamak! Bentara guru dah berbunyi..!")













Tuesday, September 14, 2021

September 14, 2021



Uish! Banyaknya gambar pencuri yang dirakam oleh kamera litar tertutup kedai ni..! 

Harap-harap gambar uncle tak naiklah lepas ni... 

Apa? Uncle curi apa? 

Uncle curi-curi bergambar...! 

Eh, tak salah, kan? Baahaha...!













Monday, September 13, 2021

September 13, 2021



Di bawah teduhan pokok. Di belakang rel laluan LRT. 

Tiba-tiba di tempat sunyi macam ni ada kerusi belunjur kaki... 

Nak tumpang duduk pun seram... 

Atau nak kena minta 'kebenaran' dulu sebelum duduk...? 

Ish..! Nanti dicap khurafat pula!













Sunday, September 12, 2021

September 12, 2021



Seronok tak terperi uncle tengok jalan belakang kini lancar. 

Sebelum ini di situlah anggota polis berkampung memeriksa kenderaan yang lalu-lalang

Kami yang tinggal berdekatan yang jadi mangsa kesesakan jalan! 

Apa pun terima kasih abang polis (dan kakak polis) kerana manjalankan tugas dengan sabar! 

#salut













Saturday, September 11, 2021

September 11, 2021



Ada orang tanya...

Apakah aktiviti riadah yang uncle paling rindu nak lakukan semula? 

BERENANG! 

Entah bilalah kolam renang awam akan dibuka semula... 


(Dulu uncle selalu berendam di sini sambil cuci mata... Uhuk uhuk uhuk..!)













Friday, September 10, 2021

September 10, 2021



Ini adalah mimpi ngeri untuk aunty... 

Bangun pagi...

Buka pintu... 

Pokok kesayangannya dikais kucing..! 

Patutlah terdengar aunty menjerit "MOCHAAAA...!!" pagi-pagi... 

Baahaha!













Thursday, September 9, 2021

September 9, 2021



Tiba-tiba bersungguh tunggu nak tengok MHI pagi tadi... 

Bukan apa... sebab nak tengok muka anak sendiri walaupun beberapa saat.

 Alaaa... berilah uncle peluang...

Apa orang sekarang cakap?  Nak 'flex' sekejap? 

Baahaha...













Wednesday, September 8, 2021

September 8, 2021



"Bos... WATAWEK mau ka?" 

"WATAWEK? Apa tu?" 

"Ituuuu.." Sambil memuncungkan mulut ke belakang...

"Ohhh... WATER WAX!" 

"Aduh kamu ni! Baahaha...!"













Tuesday, September 7, 2021

September 7, 2021



Alahai... 

Kenapa comel benar lampu warna berputar kedai gunting rambut ni..? 

Dah tinggal suku dari saiz di kedai lain.

Jangan pula kualiti perkhidmatannya juga hanya suku...!

Nanti orang bayar suku baru tahu! 

Baahaha...!













Monday, September 6, 2021

September 6, 2021



Kalau menggunakan penyapu, 

Kita panggil tukang sapu.

Kalau menggunakan 'blower'. 

Kita panggil apa? 

Tukang...?