Followers

Showing posts with label Paris. Show all posts
Showing posts with label Paris. Show all posts

Monday, March 2, 2026

March 2, 2026



Ingat lagi kawan uncle Ganaël dari Paris tu? 

Hari ini beliau melintasi garisan 15 tahun dalam projek berswafoto setiap hari!

Ini pautan > video 15 tahun < beliau. 

Apa yang menarik pada video beliau kali ini? 

Sudah tentu sebab kali ni ada terselit wajah uncle dan aunty! YEAY!

Foto beliau dengan Menara Berkembar Petronas juga akhirnya menjadi kenyataan! 

Nanti rajin-rajin klik dan tonton pautan tu, ya!







Saturday, December 27, 2025

December 27, 2025



Ada ni haaa... 

Bawa sahabat uncle Eric dari kota Paris melawat Batu Caves. 

Dia tiba di Kuala Lumpur bersama-sama Ganaël tempoh hari. 

Eric juga ahli projek swafoto harian seperti uncle. 

Tahun ini projek Eric masuk tahun ke tujuh! 

Okeylah... Maaf uncle tak sempat ziarah blog. 

Uncle sibuk jadi pemandu pelancong! 

Nanti uncle singgah, ya! 

Ta ta..!







Thursday, December 25, 2025

December 25, 2025

GUEST #115

Tetamu yang uncle nanti-nanti. 

Memperkenalkan Ganaël Portet dari kota Paris. 'Teman seperjuangan' dalam
projek swafoto harian dan projek swafoto beliau kini hampir ke tahun ke 15! 

Berjumpa di YouTube dan sambung persahabatan di Facebook dan Instagram.
Selalu bertanya khabar dimedia sosial, berborak tentang projek swafoto.

Bermula dengan gurauan; "Satu hari nanti, kita patut berswafoto bersama. 
swafoto saya ada kamu dan swafoto kamu ada saya." Kata beliau. 

"Haha! Itu idea yang baik!" Jawab uncle.

Hari ini setelah bertahun-tahun, beliau betul-betul terbang 
ke Kuala Lumpur demi untuk swafoto itu! 


NOTA: Kami juga pernah buat 'swafoto atas talian' 
pada 22 Feb 2021 dan pada 11 April 2022.







Monday, February 22, 2021

February 22, 2021



Tahniah pada rakan 'pengembara masa' Ganaël Portet dari Paris kerana semalam beliau berjaya mencapai usia 10 tahun dalam projek berswafoto! Bukan senang nak lengkapkan satu dekad tahu! 

Paling uncle bangga beliau pernah berswafoto dengan uncle di tv! Nampak tak? Nampak tak? Jadi hari ini giliran uncle berswafoto dengan beliau di tv...! 

Jom tonton video 10 tahun beliau di > SINI < ! Jangan lupa klik suka dan langgan..!

(NOTA TAK MALU: Foto uncle diminit 5:17. Baahaha!)