CLICK!

Followers

Sunday, July 31, 2016

July 31, 2016


"Sekali‐sekala tidak menulis apa‐apa itu lebih baik dari menulis apa‐apa…"

(Okey‐okey! Uncle mengaku! Uncle tak ada idea nak tulis apa hari ini...!!!)





Saturday, July 30, 2016

July 30, 2016


Buah rambutan di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kamu budak sedang belajar
Bercinta‐cinta sila lupakan...


(NOTA: Pantun nasihat ini tiada kena‐mengena dengan orang di belakang tu…)





Friday, July 29, 2016

July 29, 2016


Yang tukang tulis ni yang sebenarnya kena makan ubat ni dulu. Sebab dia sendiri tak nampak dia salah tulis… 'PERLIHATAN' MATA ELOK?

Baahaha…!








Thursday, July 28, 2016

July 28, 2016


Uncle tabik spring dengan 'bang guard' ni. Tolong kawal lalu lintas, tolong orang tua melintas jalan, hinggakan tolong tolak kerusi roda pun dia buat! Yang paling salut, semuanya dia buat dengan senyuman!

(Malangnya orang seperti ini semakin pupus di bumi Malaysia. Huhuhu…)

LOKASI : Hospital Ampang.





Wednesday, July 27, 2016

July 27, 2016


Mak ai..! Panjangnya lemang dia! 

Lemang orang lain adalah dalam sekaki dua, kot…?

#blur




Tuesday, July 26, 2016

July 26, 2016


'Air Mata Kucing' boleh tulis penuh. Kenapa 'Air Batu Campur' hanya ditulis akronimnya?

Walhal hurufnya sama banyak?


#IniTidakAdil










Sunday, July 24, 2016

July 24, 2016

Guest #79


Uncle betul-betul tak puas hati dengan mamat dua orang ni..! Disebabkan oleh hasutan mereka berdualah, uncle nak jadi orang pulau... Taknak baaliikkk..!!!!

NOTA SERIUS: Nak cuba selam skuba? Simpan nombor ini. Yang kiri uncle tu AMLI : Tel +60122982874 Whatsapp +60132395588 dan yang kanan uncle tu JOE : +601118984838. Sekarang uncle dah cuba skuba, dan uncle syorkan semua kawan-kawan cuba skuba. Ia satu pengalaman yang tak boleh di gambarkan dengan perkataan. Mesti menyelam sendiri baru faham. Yang penting, carilah pengajar yang bertauliah dan bertanggungjawab. Yang lain, mereka akan menunjukkan macam mana untuk berseronok di 'planet' lain... Pengalaman yang sangat menakjubkan..! Klik NEMO DIVERS juga..!







Saturday, July 23, 2016

July 23, 2016

 

Misi mencari duyung di Pulau Redang. Tapi dijodohkan dengan 'benda' ni... Jadilah...

(Selfie menyeronokkan hari ini ditaja oleh NEMO DIVERS Okey, bye... Uncle nak menyelam..!!! Nak seronok macam  uncle? Klik tulisan kuning tu..!!!)

Friday, July 22, 2016

July 22, 2016



Seronok menghadap boss? Tekun bekerja? Maaf ya, uncle sedang 'berjimba' di Pulau Redang.

#JanganCemburu

(Selfie menyeronokkan hari ini ditaja oleh NEMO DIVERS Okey, bye... Uncle nak menyelam..!!! Nak seronok macam uncle? Klik tulisan kuning tu..!!!




Thursday, July 21, 2016

July 21, 2016


Yang kiri tak pandai…
Yang kanan lagi tak pandai

(Waktu kecil hanya pandai main dalam longkang… #huhuhu…)





Wednesday, July 20, 2016

Tuesday, July 19, 2016

July 19, 2016


Apa? Kamu semua sedang tekun bekerja?
Laaaa…. kasihannya…


#JanganCemburu

Selfie hari ini ditaja oleh NEMO DIVERS




Monday, July 18, 2016

July 18, 2016


Percubaan menjadi seorang doktor tidak bertauliah menyelamatkan sebuah nyawa, secara solo…!

#Huhuhu….





Sunday, July 17, 2016

July 17, 2016


Kalau ada sampin untuk lelaki, maknanya... adalah sampin untuk perempuan..?


#TapiTakPernahTengokPun





Saturday, July 16, 2016

July 16, 2016


Nampaknya selepas ini uncle kena pakai swimming cap lah. 
Dah nampak macam hantu air pun ada…!


(Terima kasih kepada NEMO DIVERS kerana buat impian uncle menjadi kenyataan dan memberikan pengalaman yang sangat menyeronokkan! Ingin mengetahui tentang promosi latihan dan aktiviti selam skuba? Jom klik NEMO DIVERS! Sumpah tak menyesal!) 


 Selfie hari ini ditaja oleh NEMO DIVERS





Thursday, July 14, 2016

July 14, 2016


Banyaklah kau punya jus bimbing.

Jus BE‐LIMBING lah..!!

Baahaha…! (Gelak jin.)





Wednesday, July 13, 2016

July 13, 2016


Bukan hanya untuk yang bergelar YB, "Yang Berhormat" sahaja… 

Uncle pun YB juga… "Yang Beruban"…!





Monday, July 11, 2016

July 11, 2016


Dah terang‐terang ada imej, masih mahu letak tulisan?

(Fungsi 'pictogram' sebenarnya menggantikan tulisan dengan imej / ikon supaya orang dapat memahami mesej tanpa perlu membaca. ~Maaf, kuliah reka bentuk garfik sikit hari ni… he he he)





Sunday, July 10, 2016

July 10, 2016


Kepada yang tidak tahu, ini adalah sistem penggera traditional yang digunakan di kebun bagi menghalau penceroboh-penceroboh 'berekor'.





Saturday, July 9, 2016

July 9, 2016


Uncle ni memang tak boleh betul kalau Fauziah Nawi yang berlakon… 

...mesti melekat di hadapan tv.

#peminat





Friday, July 8, 2016

July 8, 2016


Mereka suka jalan berpegangan tangan...

...tapi sangat tak sweet, okey...!!!!





Thursday, July 7, 2016

July 7, 2016


Ayah kalau membelai pokoknya, berjam‐jamlah jawabnya…!

Suka tengok ayah macam ni… Alhamdulillah.




Wednesday, July 6, 2016

July 6, 2016

SALAM AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca bunyi dan pembaca sunyi BB@40, maaf zahir dan batin. Hati‐hati memandu dimusim perayaan ini, okey!

(LOKASI : Surau Al Karamiah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur.)






Tuesday, July 5, 2016

Sunday, July 3, 2016

Saturday, July 2, 2016

July 2, 2016


Aidilfitri belum. Isi balang dah tinggal setengah….

Apa cerita…? Huhuhu…!





Friday, July 1, 2016