Followers
Tuesday, March 31, 2026
March 31, 2026
Ni siapa punya kerja ni?
Tolak bawa balik troli kemudian tinggalkan saja di sini.
Kasihan pekerja pasar raya nak cari semula trolinya.
Bukan dekat.
Adalah dalam 12 minit berjalan kaki dari sini ke pasar raya!
Tak bertanggungjawab sungguh!
Monday, March 30, 2026
March 30, 2026
Ada urusan luar di sebelah petang.
Hujan lebat pula.
Buat panggilan untuk batalkan janji temu.
Maklumlah, badan dah tua. Kalau kena hujan, demam pula.
Terpaksalah uncle lepak-lepak atau tidur di rumah...
(Alasan... sebenarnya uncle memang suka "Zzzzzzz' waktu hujan!)
Baahaha...! (Gelak jin)
Sunday, March 29, 2026
March 29, 2026
Nak puji UniFi sikit.
Uncle ni adalah orang yang tak boleh hidup tanpa internet.
Sesak nafas dibuatnya!
Internet di rumah bermasalah.
Buat aduan di UniFi.
Pantas kontraktornya datang dan selesaikan masalah.
Sekarang uncle boleh kembali bernafas...
Terima kasih UniFi.
(Ini bukan bodek ya. Tapi nak memberi penghargaan pada yang sepatutnya.)
Saturday, March 28, 2026
March 28, 2026
Manalah Google Maps ni nak bawa uncle, ni?
Gelap gelita ni! Seram!
Errr...
Kalau esok blog ini tak dikemas kini...
Tolong buat laporan polis, ya...
Doakan uncle selamat...
Friday, March 27, 2026
March 27, 2026
Duduk dalam restoran...
Seekor anjing lalu di luar.
Anjing pandang uncle.
Uncle pandang anjing.
"Nak ke mana tu? Lepaklah dulu..." Tanya uncle bergurau dalam hati.
Tiba-tiba anjing tu benar-benar duduk dan lepak.
Ish! Macam mana dia faham ni?
Baahaha...!
Thursday, March 26, 2026
March 26, 2026
Ulang Tahun Blog yang ke 17 Tahun!
26 Mac 2009 ~ 26 Mac 2026
"Beransur tua di hadapan kamera."
Dari rambut hitam hingga ke rambut putih...
Tanda-tanda penuaan tanpa segan silu muncul di wajah.
Namun swafoto jalan terus.
Tanpa sokongan keluarga dan kawan-kawan,
mungkin projek ini tak sampai ke saat ini.
Jutaan terima kasih semua.
Wednesday, March 25, 2026
March 25, 2026
GUEST #116
Hari ini adalah ulang tahun hari lahir uncle yang ke 57 tahun.
Apa yang istimewa?
Tuuu... Kebetulan ada janji berjumpa dengan
blogger
Anies
!
Apa yang lebih istimewa?
Beliau bawakan dodol buatan sendiri dari resipi turun-temurun keluarga!
Lagi?
Tuuuu.... Magnet dari Mekah, Cambodia dan
satu paket sambal mayong masin!
Apa lagi...?
Hah... Silalah cemburu!
Tuesday, March 24, 2026
March 24, 2026
Amboi...
Dia punya
prop
lemang pun...
Buluh tu lagi besar dari peha manusia!
Dah boleh buat tiang rumah!
Kalau jadi lemang tu, satu kampung boleh makan!
Baahaha...!
Monday, March 23, 2026
March 23, 2026
Hari raya kedua.
Dah mula rindu teh tarik mamak...
Sunday, March 22, 2026
March 22, 2026
Hari raya kedua.
Lewat petang. Tetamu semua dah balik...
Huih! Banyaknya pinggan mangkuk yang nak dicuci...!
Belum masuk yang di dapur!
Bak kata P. Ramlee... "Malam ini kita kerja
overtime!
"
Saturday, March 21, 2026
March 21, 2026
Salam Aidilfitri
Salam Aidilfitri buat pembaca bunyi dan pembaca sunyi blog ini
.
Maaf zahir dan batin.
Kosong-kosong, ya!
Friday, March 20, 2026
March 20, 2026
Uncle sedar ramai orang tak suka sayur tauge.
Uncle pernah tengok ada orang gigih asingkan satu persatu
tauge
dari mi goreng kerana terlalu tak suka tauge!
Tapi uncle nak nyatakan di sini...
Uncle adalah pasukan tauge.
Siapa sama dengan pasukan uncle?
Angkat tangan sikit...
Thursday, March 19, 2026
March 19, 2026
Hai...
Kawan-kawan ada yang dah sampai di kampung?
Hati-hati di jalan raya, ya...
Ehem... dah ke pasar beli barang basah, belum?
Wednesday, March 18, 2026
March 18, 2026
"Buat-buat tak tunggu... tapi sebenarnya tunggu."
Tunggu apa?
Tuuuu... hamper dari jiran sebelah!
Walaupun mereka menyambut Krismas, tapi
ingatan mereka
pada
Hari Raya tetap tak dilupa
dengan kiriman hamper setiap tahun!
Syukur ada jiran yang baik...
Tuesday, March 17, 2026
March 17, 2026
Satu persatu daun jatuh menimpa,
Dahulu warnanya garang kini pudar dan lesu,
Lemas di lautan kering beransur sirna,
Menanti tangan yang sudi menyapu.
(Maaf... hari ni jiwa puitis sikit...)
Monday, March 16, 2026
March 16, 2026
Ada 'orang' tu keluar rumah lagak samseng.
Nampak kucing lain lalu, diajak gaduh!
Akhirnya, dia yang jatuh longkang!
Hah!
Padan muka kena mandi!
Mocha... Mocha...
Sunday, March 15, 2026
March 15, 2026
Okey...
Semalam
uncle ada merungut tentang
tak
cukup jari nak jinjing beg plastik, kan?
Jadi... hari ini uncle bawa beg...
Lebih banyak boleh isi...! Pandai bukan?
(Bukan nak lebih kuatkan tekad! Baahaha!)
Saturday, March 14, 2026
March 14, 2026
Tekad sebelum masuk pasar Ramadan:
Makanan 1. Minuman 1.
Selepas keluar pasar Ramadan:
Makanan, minuman, putu piring, otak-otak, roti jala,
buah tembikai,
kerang bakar, popia, agar-agar...
...H
AH! Tak cukup jari jinjing beg plastik!
Friday, March 13, 2026
March 13, 2026
Kampung
Egg
...?
Haih...
Apalah salahnya kalau tulis 'telur kampung'...
Tak luak pun dakwatnya...
Thursday, March 12, 2026
March 12, 2026
Ni kan bulan puasa.
Kenapa ada botol air minuman dalam kereta?
Oh.. Manalah kalau-kalau tak sempat sampai
rumah
waktu berbuka... Jem! Air inilah penyelamatnya!
Contohnya...
HARI INI...!
Hu hu hu...
Wednesday, March 11, 2026
March 11, 2026
Yang berdiri sambil
✌️
di belakang tu, beruang...
Yang berdiri di hadapan beruang tu, 'tidak berwang'...
Hu hu hu...
#SedarDiri
Tuesday, March 10, 2026
March 10, 2026
Sambung cerita semalam...
Hari ini dua orang 'doktor' menjalankan 'prosedur
pembedahan'
terhadap kereta uncle dan hasilnya pasti
mengempeskan dompet
menggembirakan uncle...
#TawaDalamTangisan...
Monday, March 9, 2026
March 9, 2026
Telefon aunty...
"Helo... Boleh balik dengan G
rab?" Tanya uncle.
"Kenapa?" Soal aunty pendek.
"Kereta tak boleh hidup.." Jelas uncle.
"Laaaa... Ok k k..." Balas aunty dalam nada simpati.
* Letak telefon.
"Haih... Raya dah dekat macam-macam hal pula..."
Rungut uncle dalam hati sambil mencongak-congak baki dalam bank...
Sunday, March 8, 2026
March 8, 2026
Jangan cemburu ya...
Uncle ada
level
uncle sendiri...
"Level Uncle Gedek"
Ko hado?
Baahaha...!
Saturday, March 7, 2026
March 7, 2026
(Boleh jadi pantun ni... Uncle cuba sambung, ya.)
I LOVE YOU,
YOU LOVE ME...
BANGUN SAHUR MEMANG SELALU.
TAPI PUASA BELUM TENTU LAGI...
(Baahaha...)
Friday, March 6, 2026
March 6, 2026
Kalau "Nenek Dia Durian"?
Jadi...? Atuk dia apa?
Baahaha...
Nak tergelak..!
Thursday, March 5, 2026
March 5, 2026
Eh eh eh...
Nasib baik kau sempat mengelak!
Brek pun pakai kaki!
Laju sangat kau kayuh tu!
Kalau betul-betul kau terlanggar uncle tadi...
terpaksalah uncle berbuka awal...
(Keh keh keh...)
Wednesday, March 4, 2026
March 4, 2026
Janganlah terserempak dengan doktor yang menasihati uncle
s
upaya jangan minum manis berlebihan dalam bulan puasa ini.
Sedang beli teh ais, tuu!
Harap-harap biarlah dia pergi pasar Ramadan, taman kampung sebelah!
(Sambil anak mata laju jeling kiri dan kanan...)
Tuesday, March 3, 2026
March 3, 2025
Demi martabak pasar Ramadan
Lautan api, ribut dan taufan
Sanggup ku tawan!
(Aduh... esok mesti demam, ni....)
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Comments (Atom)