CLICK!

Followers

Monday, February 29, 2016

February 29, 2016


Jangan tengok! Nanti mata ketumbit…!!!

:D




Sunday, February 28, 2016

February 28, 2016


Biar betul… ada lagikah beca di Kuala Lumpur ni?
Macam dah tak relevan papan tanda ni?

(Dulu uncle jumpa tanda kereta lembu di SINI. Lagi haru!)





Saturday, February 27, 2016

February 27, 2016


Alamak! Anak uncle dah berjaya dapat lesen memandu..!

(Habislah kereta uncle 'kena belasah' lepas ni…!!! Huhuhu..!)





Friday, February 26, 2016

February 26, 2016


Yang di belakang tu bukan bas baru keluar dari kabus, tapi bas baru keluar dari pancutan air akibat paip pecah!

(…rugi uncle tak pandu kereta. Kalau tidak dapat cuci kereta percuma..!)





Thursday, February 25, 2016

Wednesday, February 24, 2016

Tuesday, February 23, 2016

February 23, 2016


Hilang pernah... Dilenyek kereta pernah… Diangkut sekali dalam lori pun pernah..!

(…macamlah susah sangat nak letakkan semula penutup tong sampah tu wahai encikencik yang bertugas… Aduh..!)




Monday, February 22, 2016

February 22, 2016


"Melepaskan lelah…"

(Selepas melihat situasi ini, uncle bertekad tak mahu merungut lagi betapa susahnya mencari rezeki…)





Sunday, February 21, 2016

February 21, 2016


Inilah nama jalan yang paling seram di Malaysia…

(Okey, okey… sebenarnya jalan ni memang jalan mati…. Baahaha!)





Saturday, February 20, 2016

February 20, 2016


Eh? Kostum sekarang dah tak nampak seluar dalam merah?

Uncle suka yang dulu. Nampak seluar dalam. Lebih nampak original





Friday, February 19, 2016

February 19, 2016


Kalau macam ni, dua kali pusing Malaysia pun uncle sanggup! 
Rileks! Boleh pandu sambil tidur! Baahaha!

#LoriAtasLori





Thursday, February 18, 2016

February 18, 2016


Yang ni jangan pula ada orang sangka "Sudut Sakit Percuma" pula ya…!

(…manalah tahukan. Nanti ada orang yang salah faham macam #PorkFree tu kan?)





Wednesday, February 17, 2016

Tuesday, February 16, 2016

Monday, February 15, 2016

February 15, 2016


Orang gantung, dia pun nak gantung… 
Tapi biarlah gantung tu elok sikit. Nama Allah tu..!!

Sakit hati tengok!




Sunday, February 14, 2016

Saturday, February 13, 2016

Friday, February 12, 2016

February 12, 2016


Semoga pemilik kereta ini bersabar dan menghadapi dugaan ini dengan penuh tabah…

(…atas tayar pun kena..! Huhuhu..!)




Thursday, February 11, 2016

February 11, 2016



7:58 pagi. Tiba‐tiba uncle terasa nak makan burger. 

(...buang tebiat apakah ini…?)





Wednesday, February 10, 2016

February 10, 2016


Latar belakang dah hampir sempurna… tapi ada saja 'benda' yang mencacatkan pandangan! (…siap sekali dengan pencemaran bau..!) 

Wekk..!




Tuesday, February 9, 2016

February 9, 2016

Guest #74


Dalam gambar cantik, rupanya luar gambar lagi cantik..!

Hai, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil…






Monday, February 8, 2016

February 8, 2016


Bila Tahun Baru Cina orang akan ingat limau, mercun dan ang pau…
…tapi bagi uncle ialah, banyak kedai tutup..! Huhuhu…! 

Selamat Tahun Baru Cina, dan selamat bercuti ya kawankawan..!





Sunday, February 7, 2016

Saturday, February 6, 2016

February 6, 2016



Adakah patut tadi ada seorang peminat tiba‐tiba peluk uncle dari belakang ajak berselfie? Huh! Nasib baik lawa…!

(…tak salah berangan‐angan, bukan? Huhuhu...)







Thursday, February 4, 2016

February 4, 2016


Murahnya?! Kalau begini hari pun uncle boleh beli sepuluh! Siap boleh belanja kawan‐kawan lagi! Siapa mahu? Sila PM uncle ya…!

(…bila tengok dekat rupanya deposit RM1.00. Huhuhu…!)





Wednesday, February 3, 2016

Tuesday, February 2, 2016

February 2, 2016


Ooohh, CST. Mula‐mula uncle terbaca GST.

(Nampaknya GST ni telah mula menghantui uncle..!)






Monday, February 1, 2016

Februari 1, 2016


Dulu pernah jumpa orang eja KEOY TEOW
Hari ni jumpa KUITIAW…

Lantaklah nak eja apa pun… janji sedap… Baahaha!