Followers
Monday, August 31, 2026
August 31, 2026
Selamat menyambut Kemerdekaan dan
Hari Kebangsaan yang ke 69 tahun, Malaysia!
Dan yang paling penting... selamat
B
E
R
C
U
T
I
!
Yeay!
Kawan-kawan ke mana saja tu?
Sunday, August 30, 2026
August 30, 2026
Tanya aunty...
"Ada mirip
Indiana Jones
, tak?"
Aunty jeling...
"Mirip 'Re' dalam filem
Do Re Mi
ada lah..."
Jawab aunty tanpa belas kasihan.
"Menyampah!"
Jawab uncle sambil buka topi dan berlalu...
Saturday, August 29, 2026
August 29, 2026
Nampak aunty masak apa tu?
Kari kambing, okey!
Makan dengan nasi enaknya sudah tentu,
cicah dengan roti di waktu petang pastinya padu!
Apa menu kawan-kawan hari cuti, ni?
Friday, August 28, 2026
August 28, 2026
Rambut siapalah putih menggerbang macam rambut pontianak tu...?
(Orang sibuk mesyuarat atas talian dia sibuk berswafoto...)
Huh..!
Thursday, August 27, 2026
August 27, 2026
Fenomena mengenerikkan jenama ni memang berlaku di mana-mana.
Semua belas plastik dipanggil Tupperware.
Semua pengilat kasut di panggil Kiwi.
Dan ini... semua kereta pacuan empat roda (4X4) di panggil Hilux!
Apa lagi contoh lain..?
Wednesday, August 26, 2026
August 26, 2026
Uish!
Tebal sungguh jerebu di sekitar Kuala Lumpur hari ni...
Di tempat kawan-kawan bagaimana?
Tuesday, August 25, 2026
August 25, 2026
Bagaimana?
Nampak macam geng surau, tak?
Kenapa pakai songkok?
Kan hari ni hari Maulidur Rasul... biarlah sesuai dengan tema.
Err...
Kawan-kawan ke mana saja hari cuti, ni?
Monday, August 24, 2026
August 24, 2026
Sudah terbit!
Buku
Malaysia Book of Records
tahun 2025 edisi ke 18 kini di tangan uncle!
Sesiapa yang baca buku ini jangan lupa selak ke halaman 120 ya...
Kenapa? Tuuuuuu...
👇
Terima kasih MBOR! Yeay!
Sunday, August 23, 2026
August 23, 2026
Setelah penat bercuti di 'Mesir' baru-baru ini... (Baca
> SINI <
)
Hari ini pula, uncle bersiaran dari Menara Condong Pisa, Tuscany, Italy!
Mesti ada yang cemburu, bukan?
Syyhhhhh...
🤫+
ðŸ¤
(Tiba-tiba teringin nak makan mi udang galah... Di 'Italy' ni ada mi udang galah, tak?)
Saturday, August 22, 2026
August 22, 2026
Tuuuu dia!
Dia punya papan tanda tandas dah hampir sama besar dengan pintu!
Layak dipacak di tepi lebuh raya!
Masih tak jumpa tandas...?
Hmmm, cepat jumpa doktor mata!
Friday, August 21, 2026
August 21, 2026
Amboi...
Durian pun kahwin-kahwin ya?
Tu dah bulan madu atau belum?
Semoga sampai ke anak cucu!
Thursday, August 20, 2026
August 20, 2026
Amboi...
Tulis
'Not Available'
sudahlah...
Tak perlulah tulis
"Don't ask again."
Nanti kami
"Don't come again"
nanti baru tahu...
😂
Wednesday, August 19, 2026
August 19, 2026
Ini lucu...
Uncle jarang baca resit. Tapi tadi rasa nak baca resit.
Eh? Apa benda 'Maggi goreng mamak tak tahu', ni?
(Fikir...)
Ohhh! (Baru teringat.) Tadi oder 'Maggi Goreng mamak tak nak tauhu!'
Adoyai! Baahaha...!
Tuesday, August 18, 2026
August 18, 2026
Cantik warna bangunan di belakang tu, bukan?
Meriah sangat..!
Nampak macam bangunan Lego!
Lelaki di hadapan tu?
Oh...
itu bukan lelaki Lego... Itu lelaki
bego
...
LOKASI:
Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani.
Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM.
Monday, August 17, 2026
August 17, 2026
Berhenti di tepi jalan sibuk.
Nak keluar...
Masalahnya kereta yang lalu di sebelah
punyalah rapat dan bertali arus!
Huuiii! Berderau darah dibuatnya!
Sudahnya hampir 15 minit jugalah uncle terpenjara di dalam
kereta sendiri sebelum berjaya membebaskan diri dan keluar...
Hu hu hu...
Sunday, August 16, 2026
August 16, 2026
Sudah 57 tahun uncle bernafas di dunia ini.
Baru hari ni uncle tahu ada ikan bernama 'Beliak Mata'.
Kalau menurut aunty ia juga dikenali dengan nama ikan Puput.
Hmmm.... entahlah...
Lagi pun uncle memang tak kenal nama-nama ikan ni...
Yang uncle kenal hanya ikan goreng dan ikan bakar, saja...
Saturday, August 15, 2026
August 15, 2026
Maaf...
Hari ni uncle bersiaran dari lokasi yang agak jauh dari biasa...
Uncle hari ini berada di Dataran Tinggi Giza, Tebing Barat Sungai Nil, Mesir.
Mesti ada yang cemburu, bukan?
Syyhhhhh...
🤫 + ðŸ¤
Friday, August 14, 2026
August 14, 2026
Nampak tak?
Kereta kuning di belakang tu ada telinga!
Comelnya! Macam Pikachu!
Mesti kereta tu mendengar kata!
Baahaha...!
(Eh? Atau... itu tanduk?)
Thursday, August 13, 2026
August 13, 2026
Ini bukan aiskrim...
Ini adalah sagon.
Alah... kudapan yang diperbuat dari tepung dan kelapa tu...
Siapa suka?
Tapi awas! Kalau makan jangan bercakap!
Nanti tak pasal-pasal 'berbedak' orang di hadapan!
Wednesday, August 12, 2026
August 12, 2026
Gajah oh gajah...
Gajah sebenar dirantai kakinya sebab nak elak gajah lari.
Gajah hiasan dirantai kakinya nak elak gajah dicuri...
Malang sungguh nasib sang gajah.
(Abaikan pantulan bayangan orang tua di dinding kaca belakang tu...)
Tuesday, August 11, 2026
August 11, 2026
Haaaa! Ini bagus!
Jarang jumpa papan tanda yang ingatkan kita
tentang bahaya bermain waktu kilat dan petir kan?
Okeylah... Langit belakang tu pun dah gelap.
Uncle gerak dulu!
Ta ta!
(Okey, okey... petir yang di atas tu uncle tambah sendiri...)
Monday, August 10, 2026
August 10, 2026
Lapar pula petang ni...
Sambil selongkar dapur cari kudapan walaupun sudah tahu dah habis.
Tiba-tiba...
"Tengok apa saya beli ni..." Tanya aunty sebaik pulang dari pejabat...
Wah Bahulu!
Macam tahu-tahu suaminya sedang kebulur!
Yeay untuk aunty!
Sunday, August 9, 2026
August 9, 2026
Uncle dahulu...
...terpaksa ke sungai atau ke lombong kalau nak memancing ikan.
Anak-anak sekarang...
...tak perlu ke sungai atau ke lombong.
Singgah kompleks membeli belah.
Keluar telefon, imbas kod QR, Hah... nak tangkap ikan jerung pun ada!
Baahaha...!
Saturday, August 8, 2026
August 8, 2026
Cadangan uncle pada aunty:
Hari Sabtu adalah hari kita bersantai-santai...
Cadangan aunty kepada uncle:
Hari Sabtu adalah hari kita berkemas-kemas.
Macam biasa, cadangan uncle ditolak...
Huh! Banyaknya sampah untuk dibuang!
Sakit pinggang oi! Hu hu hu....
Friday, August 7, 2026
August 7, 2026
Laaaa...
Kenapa tak dibenarkan bersandar...?
Niat uncle
"Inginku sandarkan harapan."
Hmmm...
Kalau begini, terpaksalah uncle
"Sandarkan Pada Kenangan."
...
(Eceh...)
Thursday, August 6, 2026
August 6, 2026
Apalah yang kau tulis tu?
Carwas? Carway?
Car wash
jauh sekali..!
Aaahh!
Lantaklah!
Nah! Janji kereta uncle bersih..!
Wednesday, August 5, 2026
August 5, 2026
Tengok si Milo tu...!
Punyalah luas tempat tidur tu...
Di hujung tebing juga dia pilih tempat nak berdengkur?!
Memang uncle tunggu dia pusing dan jatuh ke bawah!
Baahaha! (gelak jin)
Tuesday, August 4, 2026
August 4, 2026
Sedang makan di kedai.
Tiba-tiba rasa ada benda halus jatuh di bawah mata.
Tercari-cari... rupanya bulu mata gugur dan terjatuh di atas pinggan.
Orang tua-tua kata kalau bulu mata gugur, tandanya ada orang rindukan kita.
"Siapa rindukan saya ni?" Tanya uncle pada aunty...
"Mamak di belakang tu kot?" Jawab aunty pendek tanda dia malas layan...
Lalu uncle pun sambung makan dengan air mata bertakungan di mata....
Hu hu hu....
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)