Biskut dan kuih ini adalah pemberian jiran uncle sempena mereka menyambut hari Krismas yang lepas. Setiap tahun tak pernah lupa, ada saja buah tangan dari mereka. Yang uncle tunggu-tunggu adalah maruku buatan sendiri mereka! Memang terbaik! Bertuah uncle sekeluarga dapat jiran-jiran yang baik. Syukur!
Cheh! Selama-lama ni uncle sangka Superman tinggal di Amerika! Rupanya dia tinggal tak jauh dari rumah uncle! Tu ha! Baju dia tersidai... Mesti semalam main kotor tu!
Hebat sungguh abang polis garisan hadapan kita. Walau pun tersandar di tepi dinding akibat keletihan, bibirnya masih mampu mengukir sekuntum senyuman untuk orang ramai...
Kemas kini dari penyelesaian kepada masalah uncle pada 4 Disember 2020 yang lalu... Hari ini barang-barang yang jarang digunakan dibelakang rumah, kini berbungkus...! Yeay...!
Sejak norma baharu ni, rumah uncle kini dipenuhi dengan sampah norma baharu! Tapi uncle tak kisah pun. Sebab uncle memang ralit letup-letupkan bubble wrap ni...!