CLICK!

Followers

Sunday, January 31, 2016

January 31, 2016


Apakah yang paling menyeronokkan bila tahun baru cina semakin hampir?

Pesta limau mandarin….!!! Yeay!





Saturday, January 30, 2016

January 30, 2016


Akhirnya dapat juga nangka. Peram sehari dua lepas tu bolehlah makan. Susah betul bila aunty teringin nak makan nangka diluar musimnya.

Jangan salah baca ya… Aunty 'teringin'. Bukan 'mengidam!'

Seriau uncle! Huhuhu…! 






Friday, January 29, 2016

January 29, 2016


Berniaga itu bagus...
…tapi berilah ruang supaya orang lain boleh gunakan hentian bas itu juga…

Huhuhu...



Thursday, January 28, 2016

January 28, 2016


'Tabung dara' uncle dah jumpa, 'derma dara' uncle dah jumpa…

…yang ini pertama kali jumpa…

Baahaha…!





Wednesday, January 27, 2016

January 27, 2016


"Umpama menyapu daun dihari berangin"

MAKSUD : Perbuatan yang sia-sia.

KONKLUSI : Nak tunjuk rajin pun kena pandailah pilih hari...

REAKSI : Uncle rasa nak patah-patahkan saja penyapu tu...!





Tuesday, January 26, 2016

January 26, 2016


Tulang dalam sup tu yang akan meletup, 
...atau tulang kita yang bakal meletup...?

(Nak tahu lokasi? Klik SINI. Memang meleTOP!)





Monday, January 25, 2016

Sunday, January 24, 2016

January 24, 2016


Sekali pandang nampak macam orang barat.
Dua kali pandang nampak macam orang utan.

Tak jadilah nak warnaka rambut...




Saturday, January 23, 2016

January 23, 2016


Kenderaan punyalah besar. Kesedaran tentang keselamatan punyalah kecil... 
Bahaya sungguh parkir macam tu...!

(Sebenarnya uncle yang hampir-hampir terlangar bucu lori tu tadi...!!!)





Friday, January 22, 2016

January 22, 2016


Ini kunci atau gigi buaya?

Lain macam sangat bentuknya! Kepalanya kecil, giginya besar! Baahaha!





Thursday, January 21, 2016

January 21, 2016


"Bukan... awak salah dengar tu."
"Abang pergi girlfriend cafe, bukan abang pergi kafe dengan girlfriend..."

#CakapBiarJelas




Wednesday, January 20, 2016

January 20, 2016


Susahnya nak sebut! Kalau nak ringkas panggil apa? 

Klinik Gologi? Jangan Gigolo sudah! Baahaha...!




Tuesday, January 19, 2016

January 19, 2016


Hai bang! Nak ke mana tu?
 Laju tolak troli tu? Pasar raya nun di belakang sanalah...!

(Eh? Sejak bila kita dibenarkan bawa pulang troli pasar raya? Baahaha..!)





Monday, January 18, 2016

January 18, 2016


Di mulut : "Lebatnya hujan."

Di hati : "Teringin nak mandi hujan."

(Kalau uncle ikut kata hati, jiran-jiran mengumpat, tak?)





Sunday, January 17, 2016

Saturday, January 16, 2016

January 16, 2016


Kamera litar tertutup yang tugasnya untuk merakam gambar pencuri pun terpaksa 'dikandangkan' sebab takut dicuri...

#KitaHidupDalamKetakutan

(Agak-agak dia sempat rakam gambar uncle, tak? Baahaha)




Friday, January 15, 2016

Thursday, January 14, 2016

January 14, 2016


Ikan bakar memang sedap! Tapi yang tak sedapnya bila bau asap melekat di baju dan di rambut!

(...kenapalah yang duduk dekat-dekat dengan pembakar tadi...? Huhuhu...!)








Wednesday, January 13, 2016

January 13, 2016


Nama jalan ni teringatkan uncle pada pantun dua kerat yang diolah semula oleh kawan uncle yang agak 'nakal' orangnya....

"Siakap, Senohong, Gelama, Ikan Duri. Bercakap bohong lama-lama jadi menteri..."

Ehem... Harap tidak begitulah, ya. Huhuhu...!






Tuesday, January 12, 2016

Januari 12, 2016


Uncle nak kurangkan risiko dehidrasi dan strok haba.  Sebab tu uncle gunakan pencuci kereta automatik. Tak perlu keluar kereta... Bukan uncle malas basuh kereta! 

Bukankah sekarang musim panas?

#alasan




Monday, January 11, 2016

January 11, 2016


Macam mana nak melintas seperti arahan papan tanda ni...? Kaki tak jejak garisan!

Takkan nak kena lompat kijang, kot...?





Sunday, January 10, 2016

January 10, 2016


Alhamdulillah! Rambut uncle kini tiada beruban! Malah kelihatan lebih 'segar'!

Huhuhu...





Saturday, January 9, 2016

January 9, 2016


Sudah meratarata ronda siang tadi... baru perasan cukai jalan terbaharu belum ditukar!

#NyanyukSudah




Friday, January 8, 2016

January 8, 2016


Haip! Jangan cuba bayangkan yang bukan‐bukan ya... 

Ini bukan blog lucah, tahu! Baahaha..!




Thursday, January 7, 2016

January 7, 2016


Tocang ini namanya 'French braid'. Ehem... Uncle buat sendiri, tahu!

#bangga





Wednesday, January 6, 2016

January 6, 2016


Azam uncle pada awal tahun adalah tidak lagi makan di kedai mamak...
Errr.... uncle mulakan ditahun hadapanlah....


(Bismillahirrahmanirrahim...)




Tuesday, January 5, 2016

January 5, 2015


Lagi lama dia tenung.... lagi laju degupan jantung....

(...selamat tinggal duit...!)





Monday, January 4, 2016

January 4, 2016


Sesiapa yang suka pinjam duit Ah Long tapi tak suka bayar balik, uncle nasihatkan cat rumah warna merah siapsiap... Kalau tidak Ah Long akan hadiahkan sebuah lukisan abstrak macam ni... Mahu?





Sunday, January 3, 2016