Followers

Saturday, November 14, 2026

November 14, 2026



Ada ni haaa... 

Pakai segak-segak hadir majlis pernikahan cucu saudara. 

Bak kata P. Ramlee...

"Butang baju Melayu aku mana Pah?"







Friday, November 13, 2026

November 13, 2026



Kebelakangan ini banyak betul terima panggilan telefon yang tak dikenali

Nombor yang tertera pula bukan-bukan. Macam bukan dari dalam negara.

Bila telefon dah mengesyaki 'spam'... uncle pun terus sekatlah! 

Harap-harap uncle buat tindakan yang tepat... 

Kalau kawan-kawan buat apa?







Thursday, November 12, 2026

November 12, 2026

GUEST #124


Bertuahnya uncle hari ini dapat jumpa dengan kawan lama, seorang
pelukis komik, kartunis, pencipta kandungan (content creator) 
animator, pensyarah dan usahawan berjaya iaitu JAKALLL. 

Lebih bertuah, uncle menerima komik XGEN karya beliau 
sekali dengan tandatangannya yang panas-panas! 

Jangan lupa ikuti TikTok Kartunis_Jakalll (<-- klik) ya! 

Kalau nak beli komik XGen... <-- klik di sini atau di bio TikTok beliau!







Wednesday, November 11, 2026

November 11, 2026



"Uih! Banyaknya buah mangga. Beli di mana?" Tanya uncle pada aunty. 

"Online." Jawab aunty pendek.

... 

"Eh? Mana mangga tadi?" Tanya aunty sambil tercari-cari. 

"Nanti... Nak buat modal blog dulu..." Jawab uncle lalu membuat 'wajah poker'.







Tuesday, November 10, 2026

November 10, 2026



Hah! 

Nak berlumba basikal lah tu! 

Siap dengan pasukan sorak dan gadis litar! ðŸ˜„ 

Hmmm.... Seronoknya jadi kanak-kanak... 

Tak perlu fikir kerja, bil bulanan dan tanggungan 

Balik sekolah, main, main, main...







Monday, November 9, 2026

November 9, 2026



"Minit ke-5. Aunty masuk ke gelanggang pasar raya."

"Dengan pantas menuju ke bahagia barangan basah."

"Ada ikan, ada kerang, ada sotong."

"Mata aunty tajam memerhatikan atas meja sambil mencipta peluang."

"Oh! Aunty berjaya menepis sebuah troli pengunjung lain 
dengan satu pusingan yang cukup bergaya!" 

"Detik cemas! Aunty mengatur langkah, dan... GOOLLL!"

"Akhirnya aunty mencedok kerang!" 

YEAY!







Sunday, November 8, 2026

November 8, 2026



Hari ni hadir kenduri kahwin lagi. 

Lokasi di sebuah kelab persendirian. 

Naik turun cari dewan tak jumpa. 

Tup-tup terjumpa kolam renang. 

Uncle ni mudah.

Tak jumpa dewan, uncle terjun kolam dengan baju kenduri..! 

Baahaha!






Saturday, November 7, 2026

Novembet 7, 2026



Hadir kenduri kahwin. 

Duduk betul-betul membelakangkan kipas gergasi. 

Hmmm... nampaknya kena habiskan makanan dan cepat berlalu...  

Sebab kalau mereka hidupkan kipas tu... mahu rambut rockers 
uncle ni akan bertukar jadi rambut hantu Kak Limah!







Friday, November 6, 2026

November 6, 2026



Pokok betik dihinggap tempua, 
Singgah sebentar makan papaya, 
Keropok sebakul sudah tersedia,
Jom kawan-kawan kita kunyah bersama!







Thursday, November 5, 2026

November 5, 2026



Semalam beli sedikit pisang goreng... tak cukup.

Hari ni beli lebih sikit pisang goreng... tak habis pula! 

Mengada betul selera ni...







Wednesday, November 4, 2026

November 4, 2026



Pesanan untuk kawan-kawan dan diri uncle sendiri. 

Janganlah tinggal beg atau barang berharga tanpa pengawasan di meja 
sama ada ketika hendak ambil oder, basuh tangan atau apa pun urusan... 

Manalah tahu... dalam sekelip masa boleh membawa penyesalan...







Tuesday, November 3, 2026

November 3, 2026



Ada ni haaa... 

Terima keputusan ujian darah. 

Tekanan darah tinggi = Terkawal dengan ubat.
Kolesterol = Terkawal dengan ubat.
Gula dalam darah = Masih terkawal walaupun hampir garisan sempadan. ðŸ˜–

Nampaknya masih mengekalkan rekod lama. 







Monday, November 2, 2026

November 2, 2026



Baru terima! 

Coca-Cola dari Samarkand, Uzbekistan! 

Foto dulu lepas tu simpan dalam almari di belakang tu... 

Terima kasih RIO atas buah tangan ini. 

Yeay!







Sunday, November 1, 2026

November 1, 2026



"Barang siapa yang tak nampak ada dua biji mata 
sedang mendampingi uncle, bermakna dia pendek umur..." 

Baahaha! Okey tipu! 

Itu sebenarnya cekak rambut halloween yang uncle cuba tapi tak beli...







Saturday, October 31, 2026

October 31, 2026



'Ter'tengok perlumbaan kereta mainan tadi. 

Rata-rata pemainnya adalah orang lelaki dewasa. 

Benarlah kata-kata pepatah Inggeris... 
"There is a child in every man." 

Err... orang perempuan begitu jugakah? 

Tapi tak pernah pula nampak orang perempuan 
main anak patung sampai ke tua...







Friday, October 30, 2026

October 30, 2026



Maaf... 

Hari ini uncle bankrap idea nak tulis kapsyen. 

Jadi, hari ni cuti kapsyenlah....







Thursday, October 29, 2026

October 29, 2026



Tengok awan gelap-gelita cepat-cepat keluarkan kamera untuk foto. 

Konon nak cerita tentang hari nak hujan. 

Betulkan posisi, betulkan gaya dan keunggulan... 

Tiba-tiba... "Bruuuu!" Angin kuat lalu.... 

Terima kasih angin. 

Hari ni swafoto serabai..







Wednesday, October 28, 2026

October 28, 2026



HAH! Tertangkap! 

Balik awal nampak ada 'orang' sedang tinjau-tinjau atas dapur! 

Bila dia nampak uncle, kelam-kabut buat acara terjun tiruk dan lari. 

Nak hukum apa 'budak' degil ni?







Tuesday, October 27, 2026

October 27, 2026



Haaa! 

Seni Kolam dah muncul di sana-sini! 

Ini tanda sambutan Deepavali dah semakin hampir! 

Yang di belakang uncle ni yang original ya... yang diperbuat dari beras berwarna tu! 

Bukan yang 'segera' dari kertas pelekat tu. 

Cantik bukan?







Monday, October 26, 2026

October 26, 2026



CAK! 

Hai langit nan biru

Rindunya kami kepada kamu

Jangan menyorok, kami mahu sentiasa ketemu

Kekal lama kamu di situ!


(Dah lama kita tak pandang langit sebiru ini, kan?)







Sunday, October 25, 2026

October 25, 2026



Aunty tu... 

Tengok pokok pun dukung meow... 

Macamlah si Mocha tu faham...







Saturday, October 24, 2026

October 24, 2026



Opp, opp... kiri sikit. Opp! Kanan sikit... 

Okey, situ! Kuat sikit! 

Opp.. jangan kuat sangat! 


(Uncle suka betul bila diurut kepala.)







Friday, October 23, 2026

October 23, 2026



Pergi ke pasar membeli kelapa 

Kelapa muda enak rasanya 

Burung bingung melihat kepala 

Disangka cacing putih banyak di atasnya.







Thursday, October 22, 2026

October 22, 2026



Sedar umur semakin meningkat... 

...jadi uncle mula belajar bergaul dengan 'warga emas'.







Wednesday, October 21, 2026

October 21, 2026



Amaran denda berapa ringgit pun dah tak jelas. 

Denda RM200 nampak macam RM2.00. 

Waktu bayar denda, hulur tunai RM10 lalu cakap dengan penuh yakin; 

"Simpan baki ya... buat beli coklat..." (Sambil kenyit mata.)

Mahu garu kepala penguat kuasa tu.

Hu hu hu...







Tuesday, October 20, 2026

October 20, 2026



Ternampak catatatan di Wall Of Hope.

Maka tercatatlah berbagai harapan, sebagai contoh;

Harapan supaya lebih sihat.
Harapan supaya lulus periksa. 
Harapan menjadi orang yang lebih baik. 
Harapan supaya Malaysia terus aman.

Namun ada satu harapan yang menarik perhatian uncle.

"I hope to buy house without taking a loan." 

Semoga harapannya menjadi kenyataan. 

Tiada yang mustahil bukan?







Monday, October 19, 2026

October 19, 2026



Aunty cakap; 

Rambut uncle semasa berambut panjang (A), nampak
lebih pendek dari selepas uncle menggunting rambut. (B) 

(Fikir...)

Uncle rasa ada kebenarannya juga, tu... 

...atau aunty nak bagi tahu secara halus supaya uncle kembali bertocang?







Sunday, October 18, 2026

October 18, 2026



Pengalaman pertama. 

Hadir kenduri kahwin. 

Seluruh dewan putus bekalan elektrik. 

Terus bertukar tema makan bertemankan cahaya lilin.

Romantis gitu...

Sesuai kan...?