CLICK!

Followers

Friday, January 31, 2020

January 31, 2020


Eh? Baru nak masuk Februari dah buat promosi akhir tahun?

Oh patutlah... Iklan lama tidak dibuang...!












Thursday, January 30, 2020

January 30, 2020


Kadang-kadang mengutip penyangkut baju itu adalah tugas ayah...!

Yang hairannya bila tanya "Mana pergi penyangkut baju ni?" Semua akan jawab "Entah?". Tapi bila cari dalam almari baju anak-anak.... Haa..! Tu dia!..!!!










Wednesday, January 29, 2020

January 29, 2020


"Bilik... Kosong..."

Siap ada dot-dot-dot tu.... Rasa macam baca novel seram pun ada! Baahaha...!











Tuesday, January 28, 2020

January 28, 2020


Huuiii...! Penuhnya barang hingga ke hadapan..! 

Jangankan nak memandu! Nak buka pintu pun tak boleh! Baahaha...!










Monday, January 27, 2020

January 27, 2020


Saja nak bagi tahu... Air Milo kotak lebih sedap dari Milo dalam tin atau Milo dalam botol... Namun lori Milo memang tiada tandingan! Yum yum!








Sunday, January 26, 2020

January 26, 2020


Ada orang pilih untuk berjoging di atas trek joging selesa yang kerajaan sediakan. (Kiri)
Ada pula orang yang pilih untuk berjoging di atas jalan betul-betul tempat kereta keluar masuk parkir... (Kanan)

Apa-apa pun, semoga selamat....











Saturday, January 25, 2020

January 25, 2020

Al-Fatihah...


Salam takziah buat keluarga Dayang Deno. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa beliau dan ditempatkan bersama para Syuhada. Amin.

(Gambar kiri: Pertama kali berjumpa dengan DD pada tahun 2015. Gambar kanan: Doodle hasil karya DD yang dilukis khas untuk uncle yang paling uncle sayang selain beberapa lukisan dalam bentuk kad yang hingga sekarang uncle simpan.)











Friday, January 24, 2020

January 24, 2020


Eh? Engkau ingat ini kambing atau apa? Dah tak payah kunci kunci...

Main tambat pakai tali pun boleh...? Baahaha...!











Thursday, January 23, 2020

January 23, 2020


Layak bagi pujian... Sumpah senang bayar parkir guna app Smart Selangor ni... Tamat waktu bayaran, serta-merta terima resit dalam e-mel. Tak perlu nak beli kupon. Tak perlu nak gores-gores. Yang paling penting kita kurangkan bahan bercetak! Tahniah!

(Jangan lupa muat turun app ini di Play Store atau App Store, okey! #SmartSelangor)











Wednesday, January 22, 2020

January 22, 2020


Siapalah yang main bola di sini hingga berlubang-lubang pagar tu?

Superman...? Baahaha...!










Tuesday, January 21, 2020

January 21, 2020


"Bilik sendiri cari." Hmmm... iklan apa ini ya? Sampai kena sewa-sewa bilik....? Hairan juga? (Buat-buat tak tahu... Baahaha!)

Hoi! Uncle tak salin dan simpan nombor tu ya!










Monday, January 20, 2020

January 20, 2020


Rambut dah sama panjang, wajah dah sama garang...!

Harap orang ni bukan cuba lukis wajah uncle. 
Sebab... hodohnya lukisan dia...! Baahaha..!









Sunday, January 19, 2020

January 19, 2020


Hoi..! Nak lari ke mana tu? Merayap saja kerja engkau ya...!

(Setiap kali tengok aunty masak siput sedut, mesti boleh jumpa ada seekor dua yang berusaha cuba melarikan diri...! Baahaha...!)











Saturday, January 18, 2020

January 18, 2020


Mula-mula uncle ingatkan 'hubungin' ini adalah gabungan dari dua perkataan iaitu 'hubung' dan 'ingin' yang mungkin membawa maksud 'ingin berhubung...' 

...akhirnya uncle diberitahu ia berasal dai bahasa indonesia...! 

Okey, uncle dapat ilmu hari ni...











Friday, January 17, 2020

Thursday, January 16, 2020

January 16, 2020


Nak gantung poster larangan merokok tu gantunglah betul-betul...
Kalau macam ini perokok boleh terima mesej yang salah, ni!

"Segar Merokok?!"












Wednesday, January 15, 2020

January 15, 2020


Kita dapat peringatan dari bank supaya bayar hutang pun dah rimas. Tengok macam mana ah long hantar peringatan. Satu taman dia tampal. Siap gambar kad pengenalan lagi...!!

Tengok, menggelabah atau tidak?











Tuesday, January 14, 2020

January 14, 2020


Ini dia! Bakal menggugat kedudukan Siti Nurhaliza..!
Memperkenalkan... Siti-kus!

Okey, ini lawak hambar.... Baahaha....!










Monday, January 13, 2020

January 13, 2020


Mak ai! 'Nipis'nya kedai ni? 
Tak mengapa, biar kedai nipis, tapi duitnya tebal! 

Bukan begitu?












Sunday, January 12, 2020

January 12, 2020


Ish... Setiap kali hujan dan sejuk, beginilah keadaan mereka...  

(Rasa nak menyelit di tengah-tengah pun ada! Baahaha!)













Saturday, January 11, 2020

January 11, 2020


Uish! Banyaknya tampalan..! Agaknya apalah yang menyebabkan sejuta kebocoran pada khemah ni...? Nak kata khemah ni duduk di bawah pokok durian pun tidak...? 

#hairan












Friday, January 10, 2020

January 10, 2020


Yang mana lebih tepat? 
Kereta lepak bawah pokok, atau pokok lepak atas kereta?

Baahaha...!










Thursday, January 9, 2020

January 9, 2020


Bosanlah tocang-tocang ni... Kalau untuk tahun 2020 ni uncle tukar gaya rambut macam ni pula, sesuai atau tidak? Baahaha...!











Wednesday, January 8, 2020

January 8, 2020


Semoga mereka tak perasan... Harap-harap tocang uncle ni boleh mengelirukan...

Baahaha






Tuesday, January 7, 2020

January 7, 2020


Sebenarnya dari dulu lagi uncle kerap terjumpa ilustrasi graffiti anjing ini di merata-rata celah kota Kuala Lumpur... Ada yang warna ada yang hitam putih... Agaknya apakah mesej yang hendak disampaikan oleh pelukisnya, kan? 

#kenjichai (KLIK)









Monday, January 6, 2020

January 6, 2020


Kalau sampah ini tidak diuruskan dengan segera...
...rasanya esok pokok ni tengggelam dek sampah!

Baahaha...!










Sunday, January 5, 2020

January 5, 2020


Dikhabarkan kita akan dapat melihat tahi bintang melintasi ruang angkasa Malaysia malam ini di antara jam empat hingga tujuh pagi... <INFO>

Em... em... empat pagi? Tak mengapalah. Uncle lukiskan sajalah tahi bintang tu... *Huargghhh... (*Kesan bunyi menguap) Selamat malam semua!










Saturday, January 4, 2020

January 4, 2020


Diam-diam ya... uncle nak mencuri...! Eh, bukan mencuri roti, uncle nak mencuri bau! Ya, uncle memang suka bau roti! Kadang-kadang sengaja lalu dekat-dekat dengan van ni sebab nak curi bau! Baahaha!

(Eh, berdosa tak curi bau?)