Followers

Showing posts with label blogger Afif. Show all posts
Showing posts with label blogger Afif. Show all posts

Saturday, January 24, 2026

January 24, 2025



Rentetan cerita kupang semalam, maka uncle dihujani dengan beratus 
soalan (okey tipu, sebenarnya tiga soalan saja) "aunty masak apa?" 

Uncle berharap aunty masak sambal berlada. 

Namun sudah tentulah orang yang masak tu yang membuat kata putus kan? 

Maka inilah hasilnya... Kupang masak lemak kuning! 

Terima kasih aunty dan terima kasih sekali lagi blogger Afif!

Jemput tengok, ya! Yum! yum!







Friday, January 23, 2026

January 23, 2026



*

Semalam komen di blog Afif, Travel My Way
(*Rujuk tangkap layar komen ðŸ‘†

Dan pagi tadi, hasilnya... Taaa daaa! 

LEBIH 2 kilo kupang yang dah siap dibasuh dan
bersih, gemuk-gemuk dihadiahkan pada uncle! 

Fuh! Tak sia-sia komen tentang kupang tu! 

Aunty! Nak masak apa ni? Sambal berlada? Masak lemak?

 (Jutaan terima kasih tuan Afif dari kami sekeluarga)








Thursday, November 13, 2025

November 13, 2025

GUEST #114


Dah lama uncle simpan dendam nak jumpa travel blogger ni.

Hari ini berpeluang juga jumpa Afif pemilik blog Travel My Way yang masyhur ini! 

Jujurnya, dua tiga jam tak cukup untuk dengar cerita pengembaraan beliau... 

Ceritanya penuh drama, konflik, politik dan humor! Lengkap! Hanya cinta tiga segi saja yang tiada... Mendengar beliau sendiri yang bercerita adalah lebih dramatik dari membaca blognya!
 
Bonus sempat juga bersua dengan isteri dan anak-anak beliau yang sama-sama pengembara.

Terima kasih kerana luangkan masa layan uncle pagi tadi. 

Memandangkan rupanya kami berkogsi nombor poskod... maka, lain kali boleh ulang...