CLICK!

Followers

Friday, May 31, 2013

May 31, 2013


YEAY! Dapat hadiah Coca-Cola dari China! Jom melawat blog UMMI TEHRAH... mana tahu kamu semua pun boleh dapat hadiah juga? Hahah! Jutaan terima kasih ya blogger UMMI TEHRAH! 'Gimifai'. Semakin penuhlah ALMARI INI..!

(Sila abaikan roti burger, tu... Ya uncle mengaku! Tengah hari ni uncle hanya makan burger,!)


Thursday, May 30, 2013

May 30, 2013


1) Dail nombor 'A' jika berminat untuk beli rumah.
2) Dail nombor 'B' jika berminat untuk beli pokok kelapa...?

Baahaha...!


Wednesday, May 29, 2013

May 29, 2013


Jikalau blog ini tiada entri pada esok hari... itu bermakna uncle tak sempat elak...

(...eh? Macam tak masuk akal je? Entri hari ni siapa pula yang 'update'?)




Tuesday, May 28, 2013

Monday, May 27, 2013

May 27, 2013


Seronoknya cuti sekolah... dapat tengok anak dara tolong potong cili kering...

Amaran! Jangan cuba mengorat, dia masih bersekolah... telinga kamu yang uncle potong nanti...




Sunday, May 26, 2013

May 26, 2013


Tengok Facebook, berita UAI kahwin lagi... yang ke TIGA! Tahniah ustaz!

(Hmm... tiba-tiba rasa nak simpan janggut panjang-panjang...)


Saturday, May 25, 2013

Friday, May 24, 2013

May 24, 2013


'Dalam siling bumbung rumah'

Kamu semua jangan buat-buat tanya... "Eh! Apa kat belakang tu?" Uncle ni penakut, okey!!!


Thursday, May 23, 2013

May 23, 2013


Kenapa? Salahkah 'mat rock' ini pakai apron bunga-bunga sewaktu membantu isterinya membasuh pinggan...?

#dalam_hati_ada_taman


Wednesday, May 22, 2013

May 22, 2013


Haih! Nasib baik tiada pen di tangan uncle sekarang... Kalau ada, dah sah-sah uncle tambah huruf 'T' supaya jadi "RUMAH UNTUT SEWA".  Baahaha...!

Ya... uncle memang nakal...


Tuesday, May 21, 2013

Monday, May 20, 2013

May 20, 2013


Dulu-dulu, cekak rambut hanya didominasi oleh kaum perempuan... tetapi sekarang, ramai lelaki yang pakai cekak rambut... perasan tak?

Okey, okey... getah rambut uncle hilang... 'belasah' cekak rambut anak dulu...


Sunday, May 19, 2013

May 19, 2013


"Nak ke mana uncel?"
"Driving range... golf"

Tapi uncle tak cakaplah yang uncle kerja tukang kutip bola..! Sebab tu uncle duduk sebelah sini... bukan nun di belakang sana...! Baahaha...!


Saturday, May 18, 2013

May 18, 2013


"Makan hati berulamkan jantung...?"

(Alahh... kamu semua generasi digital ni pandai ke makan jantung pisang, ni...?)


Friday, May 17, 2013

Thursday, May 16, 2013

May 16, 2013


Sebelum tuan kedai salun ini beri 'sentuhan magis' kepada rambut pelanggannya... mungkin dia perlu beri 'sentuhan magis' pada papan tandanya dulu, kot...?

...hehe!


Wednesday, May 15, 2013

May 15, 2013


"Kalau semalam tidur sakit tengkuk, pagi esoknya jemurlah bantal itu..."
"...oh okey, tapi.... ada sangkut-paut kah?"

Hey, hey! Bantal Spongebob tu bukan uncle punyaokey!




(Uncle terus batalkan niat uncle nak cukur misai dan janggut bila baca entri ALEASARA ini. Timbul perasaan perasan yang amat sangat! Baahaha...! 'Gimifai')


Tuesday, May 14, 2013

May 14, 2013


...tapi yang arif... saya tidak bersalah...!!! 



(Nasib baik telefon uncle tak terlepas semasa rakam gambar ni, kalau tidak jenuh juga, ni...)


Monday, May 13, 2013

May 13, 2013


Uncle bukan nak singgung siapa-siapa... tapi kenapa hari ini kau semua kelihatan gemuk...? Rajin-rajinlah bersenam ya?



Terima kasih kepada OGY NORDIN kerana tulisan INI. Jangan risau, uncle ni nampak saja serious... tapi sama-sama 'senget' sebenarnya...! Baahaha!


Sunday, May 12, 2013

May 12, 2013


Untuk peminat tegar! Coca-Cola Collectors Fair 2013 @ Berjaya Times Square. 
Uncle juga pengumpul tin Coca-Cola, tahu! Klik SINI.


...dan, terima kasih ya, LILY! (kenyit-kenyit!)


Saturday, May 11, 2013

May 11, 2013


Opp... opp.... sikit lagi... sikit lagi...

...lagi lima belas minit cukup sepuluh jam uncle imbang bola ni tak jatuh-jatuh!


Friday, May 10, 2013

May 10, 2013


"Bagai katak gedek di bawah tempurung"

(Okey... jangan tanya macam mana tempurung tu boleh terapung di situ...)


Thursday, May 9, 2013

May 9, 2013


Adab-adab makan aiskrim Malaysia supaya nampak lebih 'cool':

1) Gigit hujung plastik biat berbulu-bulu. (Jangan guting)
2) Biar tergantung-gantung di bibir. (Alah, macam zaman dulu tu, sambil naik basikal)
3) 'Nyo-nyot' jus aiskrim hingga tinggal ais putih. (yang ni 'otai' je yang lepas)
4) Ais yang lebih tu jangan habiskan! Masukkan dalam baju kawan melalui leher belakang...

Baru 'old skool'


Tuesday, May 7, 2013

May 7, 2013


'Rebonding' bermaksud meluruskan rambut...

Agaknya 'Rebornding' bermaksud kalau botak nak tumbuhkan rambut semula..?


Monday, May 6, 2013

May 6, 2013


Inilah 'prank' yang paling popular sewaktu zaman uncle sekolah dahulu...
Letak dua jari seperti ini sewaktu kawan hendak bergambar... 

Pernah terkena..? Baahaha!





Terbaca cerita SNUZE... tiba-tiba uncle rasa nak potong rambut paras bahu, pula! Haha!



Sunday, May 5, 2013

May 5, 2013


Fuuhh! Nasib baik ingat! Nyaris-nyaris nak korek hidung, tadi...!!!


(PRU ke 13 / Parlimen Pandan / Dun Chempaka / Tempat mengundi: SMK Pandan Jaya)


Saturday, May 4, 2013

Friday, May 3, 2013

May 3, 2013


Aduh! Baru saja uncle basuh kereta semalam, pagi ini hujan pula! Sekarang terpaksalah uncle lap semulaOkey, okey... uncle mengaku! Kereta uncle yang di belakang tu! Bukan yang biru!


Thursday, May 2, 2013

May 2, 2013


SOALAN: Apakah kesan jika tingkap kaca sebelah pemandu rosak, tidak dapat dinaikkan?

JAWAPAN: Anda akan kelihatan seperti PUAKA!


Wednesday, May 1, 2013

May 1, 2013


Uncle minta aunty gorengkan kuey teow kerang
Aunty minta uncle kopekkan kerang...

(Hari Pekerja pun kena kerja... ~ Huh!)