Followers
Monday, September 28, 2026
September 28, 2026
Bayangkan...
Tiba-tiba kita terdengar bisikan memanggil nama kita...
Bisikan pula keluar dari patung seram tu...
Lari tak?
Persoalannya kenapa patung seram ni diletakan di dalam pasar raya ini...?
...atau hanya uncle seorang saja yang nampak?
Sunday, September 27, 2026
September 27, 2026
Alamak!
Bila nampak kerbau sedang mengangkat ekornya,
itu umpama dia sedang mengibar bendera merah..!
Maka... ini adalah isyarat untuk uncle segera angkat kaki!
Laaaarriiiiii....!
Saturday, September 26, 2026
September 26, 2026
GUEST #123
Tahniah buat 'kawan ketat' uncle kerana menerima menantu hari ni,
Lebih dikenali sebagai
Kartunis ASAN
.
Watak Jaki Jipang, Pendekar Jaki, pelbagai ilustrasi,
menyumbang kartun di akhbar
dan tak terkira berapa dah
karya beliau yang dijadikan kulit majalah GILA-GILA.
Sekarang?
Nampaknya beliau lebih suka bermain dengan cucu
sambil melukis di
akaun TIKTOK beliau
(<klik)
Friday, September 25, 2026
September 25, 2026
Pagi tadi rumah uncle diserbu tetamu VIP
(
Very Important
Pegawai)
dari
Kementerian Kesihatan.
Misi mereka mencari tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Setelah uncle jampi-jampi dan tunjuk bakat menyembang
😅
,
syukur tiada apa-apa kesalahan ditemui.
Terima kasih abang KKM
yang memberi
nasihat
dan bertugas dengan penuh integriti...
(Yalah... pujilah sikit sebab
tak kena kompaun, kan?)
Thursday, September 24, 2026
September 24, 2026
Berita riak.
Hari ini uncle dihadiahkan figura aksi
'Majin Vegeta'
oleh seorang sahabat uncle.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali beberapa jiwa
yang rasa amat cemburu sebab tak dapat hadiah macam uncle.
Sekian berita... selamat cemburu berjemaah.
Wednesday, September 23, 2026
September 23, 2026
Aik?
Tiba-tiba ada kerusi urut baharu di ofis ni?
Nanti...
Adakah ini kebajikan atau umpan halus supaya staf
lupa balik rumah dan kerja lebih masa?
Hmmm... (Sambil sebelah tangan membelai janggut.)
Tuesday, September 22, 2026
September 22, 2026
Monitor sampai tiga...
Mata dua biji...
Kalau tak naik gaji juga ni, tak tahulah...
Monday, September 21, 2026
September 21, 2026
"Boss! Maggi goreng telur mata satu!"
"SIAAAPPP..!!"
Sampai-sampai...
Hah, biar betul mamak ni! Sampai dua biji telur mata dia bawa..!
Hmmph... Malas gaduh...
M.K.B... (Makan-Kenyang-Bayar)
Sunday, September 20, 2026
September 20, 2026
Nampak apa aunty sedang siapkan tu?
Dalam perjalanan!
Sambal sotong dari atas kuali menuju ke pinggan uncle!
Terima kasih kerana buatkan nasi lemak di hari minggu ini...!
Saturday, September 19, 2026
September 19, 2026
Aunty tu kalau nampak pokok mesti nak beli...
Terapi katanya...
T
api yang tukang siram...
👉
uncle...
"Alang-alang di luar tu tolong siram pokok sekali..."
Macam tulah ayat aunty setiap hari...
Huhuhu...
Friday, September 18, 2026
September 18, 2026
SUMPAH!
Uncle lalu saja di sini...!
*Ya Allah ya tuhanku...
Janganlah aunty terbaca blog uncle hari ni.
Ini boleh menimbulkan salah faham yang mungkin
menyebab
kan
bumbung rumah pun boleh terbang!
Thursday, September 17, 2026
September 17, 2026
Tiap kali sebelum turun,
uncle akan pastikan tiada barang yang tertinggal...
Kalau tidak... merungutlah lutut tua ni...
Kriuk, kriuk bunyi lutut protes!
Mengalahkan bunyi pintu rumah hantu!
Wednesday, September 16, 2026
September 16, 2026
Selamat Hari Malaysia!
Cuti ni kawan-kawan ke mana saja?
Lepak rumah atau keluar daerah?
Uncle? Ada ni haaa... malas-malas...
Tuesday, September 15, 2026
September 15, 2026
Nampak tu?
Segenggam duit emas!
Hah!
Oderlah kalau ada terasa nak makan apa...
Uncle belanja.
"Pakcik kayo!"
Monday, September 14, 2026
September 14, 2026
Wow!
Pertama kali tengok matahari seperti bola yang terbakar!
Memang sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah bintang besar yang membara.
Hebat bukan?
(Foto dirakam hari ini pada jam 7.32 pagi.)
Sunday, September 13, 2026
September 13, 2026
Yang ditulis: 'Jering Tua'
dan 'Jering Muda'.
Hmmm....
Walaupun uncle tak makan jering...
...uncle yakin itu bukan jering.
Saturday, September 12, 2026
September 12, 2026
Seriuslah...
Ada hadiah rambut palsu?
Baahaha!
Eh, tak baik ketawa...
Manalah tahu satu hari nanti akan tiba giliran uncle yang
bermati-matian nak mendapatkan hadiah 'mahkota' palsu tu...
Kan..?
Friday, September 11, 2026
September 11, 2026
"Say No To No"
Frasa ini ringkas dan menarik.
Bunyinya macam lucu... tapi jika difahami betul-betul
ia
membawa maksud yang tajam dan bertenaga.
Boleh memberi motivasi.
Kan...?
Thursday, September 10, 2026
September 10, 2026
Orang yang paling awal masuk kelas waktu sekolah;
Teeet teeet!
🙅
: Bukan uncle.
Orang yang paling awal masuk pejabat untuk kerja;
Teeet teeet!
🙅
: Bukan uncle.
Orang yang paling awal sampai kedai mamak
dikala hari masih gelap dan menjadi pelanggan pertama
dengan semangat nak makan roti telur bawang dan teh tarik;
Woot woot!
🙋
: Unclelah orangnya..!
Wednesday, September 9, 2026
September 9, 2026
Amboi...
Bukan main nama jalan...!
Avenue
, kau!
Tak nak kalah, s
elera England terus!
Eh... dah letak 'jalan' lepas tu
'avenue'
pula...
'Jalan jalan' atau macam mana ni?
Tuesday, September 8, 2026
September 8, 2026
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar Kuala Lumpur
hari ini berada pada tahap tidak sihat mencecah bacaan
155 hingga 170 di beberapa kawasan.
Dan itu adalah foto matahari kita yang uncle rakam hari ini...
Kalau boleh kurangkan aktiviti luar ya kawan-kawan...
Monday, September 7, 2026
September 7, 2026
Petang...
Uncle bawa balik kacang...
Aunty bawa balik rambutan...
Hmmm...
Eloklah tu...
Padahal dua-dua batuk...
Tak sedar diri... Baahaha!
Sunday, September 6, 2026
September 6, 2026
Pagi tadi ke pasar nak cari ikan...
Terpandang seekor ikan panjang dan hitam...
"Eh? Ikan apa tu? Keli? Toman? Tak mungkin belut?"
(Kecilkan mata untuk fokus.)
"Ahhh! Meow sedang tidur!"
Buang masa uncle 30 saat!
Saturday, September 5, 2026
September 5, 2026
Lah...
Kalau dah macam ni punya banyak pelekat di
visor
topi keledar...
Tak menggangu pandangan kah nanti?
Haih... Macam-macam!
Friday, September 4, 2026
September 4, 2026
Setelah susah payah mencari... dapatlah satu parkir.
Masalahnya, di atasnya ada satu dahan yang besar lagi uzur.
Jadi, nak buat apa ni?
Nak terus parkir dan ambil risiko?
Atau... cari parkir lain yang lebih jauh, tak nak ambil risiko.
Kalau kawan-kawan buat apa?
Thursday, September 3, 2026
September 3, 2026
Benda yang jarang uncle buat...
Beratur panjang untuk nasi lemak.
Harap-harap sedaplah.
NOTA: Baru pertama kali nak cuba tempat ni.
Wednesday, September 2, 2026
September 2, 2026
Kedai ni macam terperangkap dalam zaman Covid.
Terbiar, pintu tutup rapat, tidak lagi beroperasi.
Yang tinggal hanyalah poster prosedur operasi standard
mewajibkan dua dos vaksin dan memakai pelitup muka.
Sumpah, tak sanggup nak hadap balik zaman edan tu.
Minta simpang!
Tuesday, September 1, 2026
September 1, 2026
Pandai pula si Mocha pilih sudut...
Dari sini nampak dia seakan-akan sedang dibaham
bantal
jerung!
Baahaha...!
Abaikan si Milo di atas buai di belakang tu...
Walaupun anaknya Mocha dibaham jerung...
...dia tetap akan meneruskan mimpi indahnya...
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)