CLICK!

Followers

Friday, January 31, 2014

January 31, 2014


Jom makan sate..! Uncle di Kajang ni...

(Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang menyambutnya...!)




Thursday, January 30, 2014

January 30, 2014


Tembaklah...! Tembaklah... Kalau boleh tembaklah dua das...! 

Lapar ni...



Wednesday, January 29, 2014

January 29, 2014


Semoga leleh yang dimaksudkan itu air liur.... bukan air mata...!

Boleh cuba ni...!




Tuesday, January 28, 2014

January 28, 2014


"Kuajaq punya mesin...! Kau telan duit aku, tapi kau tak keluarkan tiket...? Aku lempang muka hodoh kau baru tahu..! "


(Macam tulah uncle cakap dalam hati... kalau jerit kuat-kuat, nanti ada orang kata yang uncle ni gila...! Baahaha...)




Monday, January 27, 2014

January 27, 2014


PENGAWAL: "Maaf pakcik, tempat ini khas untuk pensyarah sahaja..."

UNCLE: "Ha, betullah tu... bini aku selalu cakap aku ni kuat bersyarah..."

PENGAWAL: (Mengunyah-ngunyah topi untuk menahan geram...)





Sunday, January 26, 2014

Saturday, January 25, 2014

January 25, 2014


Wujudkah bentuk kelapa selain dari bulat...? Heksagon mungkin...?

(Sebab itulah penggunaan koma dan noktah itu penting, kan..?)







Friday, January 24, 2014

January 24, 2014


Ini bukan bunga... ini adalah gincu bagi rakan perempuan diwaktu uncle masih kanak-kanak. Hey! Uncle tak mainlah gincu-gincu ni... tapi uncle main dalam longkang!

(Mungkin kekurangan pada zaman itu memaksa otak kita menjadi lebih keatif?)



Thursday, January 23, 2014

January 23, 2014


Waaaa.... koleksi Coca-Cola uncle bertambah
Terima kasih kerana buah tangan ini ya, Wa..!

Apa? Kawan-kawan nak datang rumah uncle untuk minum air Coke? Oh tidak... uncle hidangkan air kosong sahaja... lebih sihat... ;)


Klik di SINI untuk lihat koleksi terdahulu dari serata dunia.




Wednesday, January 22, 2014

January 22, 2014


Tempat parkir basikal, tetapi yang kelihatan semuanya motosikal..

Hmm... tidak mengapalah, janji hujungnya 'sikal'... Kira abang adiklah tu... kan?




Tuesday, January 21, 2014

January 21, 2014


*Mohon maaf kepada jiran-jiran uncle kerana tidak dapat dengar uncle melalak hari ini. 
Tali gitar putus...! Pasti mereka tertunggu-tunggu lalu kecewa...

(*perasan peringkat tertinggi...)




Monday, January 20, 2014

January 20, 2014


Bantuan Persekolahan RM100.00 bagi seorang murid. 
Kalau seorang anak = RM100, bernakna, tiga orang anak = RM300!

Itulah..! Dulu uncle nak 24 orang nak, aunty tak mahu...! Ha... kan dah rugi...!



Sunday, January 19, 2014

January 19, 2014


♫ Kalau aku kayaaaa... Tiadalah hari-hari aku makan kaya... ♪ "

(Lambatnya lagi hari gaji...)



Saturday, January 18, 2014

January 18, 2014


Teka-teki... siapa yang paling tak suka ikut isterinya membeli barang basah, tetapi paling suka bila isterinya sudah siap memasak...?

Ya! Uncle tahu! Uncle memang keji...! Baahaha



Friday, January 17, 2014

January 17, 2014


Petang tadi bertandang ke rumah mak. 

"Ha..! Your big fan tunggu, ni..." Ujar mak.

"Ha? Mana?" Tanya uncle. 

"Tu..." Sambil memuncungkan bibir ke arah kipas.

"Tolong baiki, ya" Kata ibu sambil gelak kecil...

"Hmmm... aku kena prank dengan mak sendiri... aduh!" 




Wednesday, January 15, 2014

January 15, 2014


Kereta ini parkir betul-betul di tengah-tengah simpang tiga! Semoga uncle bersabar...

Kenapa uncle pula yang bersabar?

Sebab sebelah tu rumah uncle, jadi unclelah yang terpaksa mendengar orang bunyikan hon bila ia menggangu laluan kereta lain...!!! Huh..!







Tuesday, January 14, 2014

January 14, 2014

Guest #58


"Yang baju biru tu hero, yang baju hitam tu horror..."

FAIZAL HUSSEIN bakal membintangi filem terbaru KAPSUL



(Terima kasih ADZA IRDAWATI atau MAK DARA kerana menjemput uncle ke acara yang meriah tadi... Lain kali jangan serik jemput lagi, ya? he he...)





Monday, January 13, 2014

January 13, 2014


Eh... di mana aku letak pisau aku tadi...? Pelupa sungguh..! 

(cakap dalam hati)



Saturday, January 11, 2014

January 11, 2014


Teringat zaman sekolah dulu...  Pembaris besar ini sangat 'mesra' dengan uncle... umpama paku dengan penukul... 

Kepala uncle sebagai paku, manakala pembaris sebagai penukul..

(...apa-apa pun, uncle tetap sayang pada 'cikgu tu'... baahaha)


Friday, January 10, 2014

January 10, 2014


Nampak tanda amaran ini..  Pelik? Tempat ini jauh dari orang, Untuk siapakah amaran ini?

Lalu uncle memberhentikan kereta untuk merakam gambar.

Pandang ke hadapan. Terpandang kereta sendiri... lalu terfikir...

Oh... Tanda amaran ini untuk orang macam akulah, ni... hehe (gelak dalam hati)





Thursday, January 9, 2014

January 9, 2014


"Benda-benda yang beransur pupus..."

Hey! Uncle cakap tentang TV kotak dan pemain video itulah...! Bukan tentang uncle..!




Tuesday, January 7, 2014

January 7, 2014


Serious... berapa kali kita berselisih dengan kereta lembu di atas jalan raya dalam seumur hidup kita...? Papan tanda ini bukan di kampung, ya... tapi di Putrajaya, okey..!!!

(Mungkin papan tanda pun dah sampai masa untuk rombakan kecil, kot..?)



Monday, January 6, 2014

January 6, 2014


Ini kedai gunting rambut atau kedai korek biji mata menggunakan gunting...? 

Kejam tu..!!! Baahaha



Sunday, January 5, 2014

January 5, 2014


Kakak tua di dalam sangkar... Pakcik tua di luar sangkar...

Lagi beruntung yang di luar sangkar tu... kan...?



Saturday, January 4, 2014

January 4, 2014


Pintu berkunci rapat, dalam pun dah bersawang...

Ikhlas atau tak ikhlas jemput ni...?



Friday, January 3, 2014

January 3, 2014


Amboi, amboi, amboi...! Mentang-mentanglah tentera... terus tembak?


(Kadang-kala papan tanda sebegini boleh memberi persepsi yang salah, bukan...?)





Thursday, January 2, 2014

January 2, 2014


Pssttt...! Uncle baru daftar akaun INSTAGRAM. Pos pun baru satu... (malu..!)



(Usah risau, tiada muka uncle yang besar-besar di situ...!)




Wednesday, January 1, 2014

January 1, 2014


Serious? Tak pernah dengar pula nama ikan Gembung atau ayam Gembung? Harap-harap memang wujudlah tu... (Bersangka baik...)


SELAMAT TAHUN BARU 2014
untuk pembaca bunyi dan sunyi blog BB@40! Sayang kamu semua..!