CLICK!

Followers

Wednesday, February 29, 2012

February 29, 2012


Seekor buaya dan seorang buaya... ~ haha..!

LOKASI: Presint Diplomatik, Putrajaya.

Tuesday, February 28, 2012

February 28, 2012


(PNM!) Menunggu ketibaan pelumba Le Tour de Langkawi 2012 di Pandan Indah dari Ayer Keroh dalam peringkat 5 perlumbaan. Ha? 'PNM!' tu apa? 'Panas Nak Mampus!'






Entri ini sebenarnya menyahut cabaran sudipVSsenduk, dalam komen dia semalam. Uncle sempat headbangging kat depan pentas mini rock band tu... tak nampak, eh?

Monday, February 27, 2012

February 27, 2012


Beeeee... giiii... tuuuuulah awan nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano...

Sunday, February 26, 2012

February 26, 2012


"Eh, bila lah jerawat aku ni nak meletup, ni..?"

(Okey, uncle sudah kehabisan modal nak tulis apa... ~haha!)

Saturday, February 25, 2012

February 25, 2012


Misi: Melamar Puteri Gunung Ledang... "Di mana pula uncle nak beli hati nyamuk ni..?"

Friday, February 24, 2012

February 24, 2012


24 haribulan... masa untuk pecah tabung... (malu)






'Expressionless is his expertise' itu yang ERNIE PRESSILLIA kata... Dalam erti kata lain, muka tembok lah tu..... ~ haha! Thanks babe!


Thursday, February 23, 2012

February 23, 2012


Jangan takut..! Ia tidak berjangkit..!

(Itu lah... uncel dah beri amaran pada boss, jangan biarkan uncle kendalikan Photoshop... kan uncle dah salah guna...) 








Jutaan terima kasih pada ADABERADA kerana review blog ini, ye...? Uncle sangat terharu...!

Wednesday, February 22, 2012

February 22, 2012



Putar, putar, putar... jumpa tempat sama! Putar, putar, putar... jumpa tempat sama! Daerah ini sepatutnya dinamakan Putarjaya...! ~Huh!





Sangat kontras! PUPEL LIYANA kata muka uncle ni kejam tapi tidak sampai membunuh. Tapi NAZIRAH a.k.a NAZ pula kata muka uncle ni muka innocent...  Tak apalah... yang sah-sahnya ramai yang sependapat yang muka uncle ni memang muka tembok... Terima kasih review, ya? ~ Jom group hug? (Depa tangan, teleng kepala...)

Tuesday, February 21, 2012

February 21, 2012


Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi... Anak gadis uncle suka lakar-melakar sama seperti uncle. Bezanya, uncle lakar di dinding tandas. (Termasuk sekarang...)

Monday, February 20, 2012

February 20, 2012


Semalam tiada, hari ni ada... 
Blogger b3njy kata incle ni bengis, pagi ni terus timbul 'jerawat pemanis'. Manis kah?





Sunday, February 19, 2012

February 19, 2012


Pelupa penyakit tua! Sudah pukul 10:46 malam! Nasib baik ENNA RAFFALI ingatkan uncle dalam laman Facebook yang blog ini belum di kemaskini...!

(Mungkin uncle yang tua ini kena tampal nota peringatan atas dahi selepas ini... Aduh...)

Saturday, February 18, 2012

February 18, 2012


Peribahasa: TELINGA KUALI; Tiada mahu mendengar nasihat orang. (Sumber)

Maslahnya uncle ni 'Perut Kuali'... ha ha!

Friday, February 17, 2012

February 17, 2012


DAHULU WAKTU KANAK-KANAK: 
Solat Jumaat, cari tempat bersandar di belakang sekali, tidur, khutbah sayup-sayup menghilang....

SEKARANG WAKTU DEWASA: 
Tidak lagi... Waktu berubah, perangai berubah, tumpuan hanya pa... pad... paaahhh... Zzzzzzzzzzz.... 

Thursday, February 16, 2012

February 16, 2012


Pakai boxer untuk tidur malam? Terima kasih saja lah.... kain pelikat nampak lebih 'cool'...

Wednesday, February 15, 2012

February 15, 2012


 Kamu didakwa di atas kesalahan: ........................." 
(sila sambung, tidak lebih dari 750 patah perkataan)







Terima kasih pada ALIN'S CARTOON kerana review blog ini... Teringin nak tengok ALIN lukis kartun secara live! Muka uncle pun pernah dikartunkan, tahu? Tengok SINI...

Tuesday, February 14, 2012

Monday, February 13, 2012

February 13, 2012


Wahai pokok duit-duit, bertukarlah engkau menjadi duit sebenar! Zam-zam Ala-Kazam! YA! uncle sekarang di dalam zon sengkek

(Tengok pokok ni, mesti teringat zaman kanak-kanak, dahulu...)

Sunday, February 12, 2012

February 12, 2012


Uncle pandai lukis inai, tahu...? Siapa mahu? Sila hulurkan tangan... Kalau nak hulurkan dahi pun boleh... (selepas itu, jangan pula lupa hulurkan duit... ~hehe)

Saturday, February 11, 2012

February 11, 2012


Sudah tua, tapi masih gemar kartun... normal kah..?






Uncle batalkan niat nak berambut pendek sebab SURIA AMANDA kata dia suka blog ini sebab rumbut uncle panjang... Hehehe! (Kamu semua tahu tak, muka Sura Amanda tu macam Fafau, tahu!)

Friday, February 10, 2012

February 10, 2012


Sila abaikan wanita itu... tetapi jangan abaikan gaya rambut terbaru uncle..! Terasa sepuluh tahun lebih muda...!






FAKTA MENARIK: Anda hanya memerlukan dua minit untuk membaca setiap entri dari blog ini.... ~ Sumber dari blog AKU, CINTA & CITA-CITA / CIK NUR (Hehe... terima kasih review, ya!)

Thursday, February 9, 2012

February 9, 2012


Hari ini giliran Melaka, pula... Ini betul-betul 'keletihan bersejarah', ni... Tolong!

Wednesday, February 8, 2012

February 8, 2012


Di tengah-tengah dewan kuliah. Uncle pun dah tak pasti uncle ni kerja apa, sebenarnya...

LOKASI: Politeknik Port Dickson, N9

Tuesday, February 7, 2012

February 7, 2012


UNCLE : Boleh tak kamu jangan tenung uncle macam tu..?!!!
PEREMPUAN : Kenapa? Uncle sudah berpunya?
UNCLE : Berpunya tu satu hal... Uncle takut unlce yang jatuh cinta!!!

(NOTA: Iman uncle senips kulit bawang)

Monday, February 6, 2012

February 6, 2012


Sah... mereka dapat baka comel dari uncle...
(Asal cuti panjang saja, rambut uncle jadi mangsa..! Huh!)

Sunday, February 5, 2012

February 5, 2012


AL-FATIHAH. Selamat tidur, kami akan datang menyusul kemudian... 

Terima kasih buat Allahyarham Halim Abdul Rahman kerana tunjuk ajar, teguran dan persahabatan. Jutaan terima kasih juga untuk 'kepercayaan' yang diberikan sewaktu saya benar-benar memerlukan...

(Allahyarham adalah pengasas Petronas Adventure Team, Malaysia)

Saturday, February 4, 2012

February 4, 2012


Teringinlah nak Poco-Poco... Agak-agak kalau uncle sarungkan tudung, mereka perasan, tak?







Terima kasih kepada HANS HANIS kerana review blog uncle... semoga uncle tidak merasa riak hendaknya... ~hehe... Jom tengok blog HANS ...!

Friday, February 3, 2012

February 3, 2012


Asal uncle julingkan mata saja, uncle akan nampak uncle ada dua orang isteri... 

(Ya Allah ya tuhanku... janganlah isteriku baca entri aku hari ini..! ~berdoa sambil menadah tangan)

Thursday, February 2, 2012

February 2, 2012


Mengumpul botol kosong dalam van hingga penuh..? Motif..?
Malaysia Memang Boleh..!

Wednesday, February 1, 2012

February 1, 2012


Cuti Hari Wilayah,
Anak-anak semua ke sekolah,
Tinggal hanya kami berdua di rumah,
Terasa umpama pengantin baru 'pulak' dah...