CLICK!

Followers

Sunday, September 30, 2012

September 30, 2012


"Masa Kualiti" bermaksud : Menonton konsert Metallica / Francais Pour Une Nuit dengan anak bujang di hari minggu... YEAH!  \m/

Saturday, September 29, 2012

September 29, 2012


S: Tahu tak apa uncle rasa bila berdiri di hadapan model bangunan kecil seperti ini...?
J: Uncle rasa macam Ultraman!



(Kalau ada yang cakap "Eh, bukanlah, uncle macam raksasa!", ~ baik kamu lari laju-laju..!)

Friday, September 28, 2012

September 28, 2012


Gambaran wajah Mickey Mouse bila tua...

(Okey, itu tuala anak uncle...)

Thursday, September 27, 2012

September 27, 2012


Ejaan betul, pilihan fon salah
Sebab tu sekali pandang, SATE AYAM jadi SATE AYAH

(Klik gambar untuk tengok 'M' nya)

Wednesday, September 26, 2012

September 26, 2012


Bolehkah siapa-siapa terangkan pada uncle bagaimana 'hujan dan basuh kereta' berkomunikasi...? Baru saja di lap kering... huh!




NOTA: Semalam uncle terpadam semua komen untuk semalam. Nak ditekan 'publish' tetapi tertekan 'delete' Jadi, uncle cari semula komen yang di dalam emel dan uncle tampalkan semula di kotak komen. Nampaknya semakin tua ni uncle semakin cemerkap. Maaf jika ada yang tertinggal, ya?

Tuesday, September 25, 2012

September 25, 2012


'JIKA 'PER'MINAT..?'
Ini yang uncle nak 'per'gelak, ni... Baahaha!



WAJIB TONTON! Jom terjah blog AFASZ... Kenapa? Uncle ada kembar di situ...! (pengsan)

Monday, September 24, 2012

September 24, 2012


Jangan gunakan 'direct translation' di sini... Kerana Pullman akan diterjemahkan menjadi 'lelaki tarik' dan uncle tidak setuju! Namun jika ia diterjemahkan sebagai 'lelaki menarik', errr... uncle tiada bantahan. (Okey, sila muntah pelangi...)

Sunday, September 23, 2012

September 23, 2012

Guest #48


JANGAN CEMBURU, uncle sempat ada komplot dengan IYRA untuk entri hari ini...! Yeay!




(Seronok sungguh hadiri GATHERING GLAMER RAYA BLOGGERS 2012 tadi. Makan sedap, borak pun sedap. Dapat berjumpa blogger lama dan berkenalan dengan blogger baru...! Tahniah kepada tuan rumah, penganjur. Kamu semua yang terbaik! )

Saturday, September 22, 2012

September 22, 2012


Uncle akan hadir GATHERING GLAMER RAYA BLOGGERS 2012, Insya-Allah. 
Err... kalau uncle bawa benda yang di belakang ni sesuai tak? Boleh kita makan sama-sama sambil borak-borak macam makan kuaci...?



Dapatkan info gathering di sini.

1) DATO' LF (Tuan rumah)
2) KAKCIK SEROJA (Ada panduan peta)
3) AKUZLE AYU (Orang kuat)
4) AZIEAZAH (Orang suara kuat)


Friday, September 21, 2012

September 21, 2012


Ramai orang cakap wajah uncle ini mirip wajah 'WANTED'... Tetapi uncle tahu uncle tidak mungkin boleh lawan dengan wajah yang di belakang tu... wajah 'MOST WANTED!'

~ Kan?


Thursday, September 20, 2012

September 20, 2012


Tak faham bahasa punya kucing, orang suruh pandang depan! Malu-malu kucing konon! Haha!

Wednesday, September 19, 2012

September 19, 2012


PERIBAHASA MODEN
"Kalau takut rambut menggerbang, jangan duduk dihadapan kipas yang sebesar kuali kawah tu..."

(Maksudnya: Sarapanlah di kedai yang berhawa dingin...)

Tuesday, September 18, 2012

September 18, 2012


Mungkinkah papan tanda ini dituju khas hanya untuk orang yang faham tulisan ini?

(Tulisan apa ni, eh? Uncle betul-betul tak tahu..!)

Monday, September 17, 2012

September 17, 2012


*Sesekali dibuai, sesekali digoncang, sesekali ditumbuk... Kadang-kadang digelak oleh orang yang lalu-lalang...!

(*Sedang mencuba kerusi urut automatik di kompleks membeli-belah)

Sunday, September 16, 2012

September 16, 2012


"Abanggg...!!! Tolonglah cuci kipas tu... dah berhabuk sangat..."

"Yelah..."

(Ya... wajah menggambarkan keikhlasan...)

Saturday, September 15, 2012

September 15, 2012


Musim rumah terbuka ni jalan sesak kedua-dua hala, hampir tidak bergerak! Dia tengok kita, kita tengok dia... Nak korek hidung pun tiada peluang... ~ haha!

Esok akhir Syawal, kan?

Friday, September 14, 2012

September 14, 2012


Agaknya inilah yang dimaksudkan dengan... "Harap maaf, perbualan anda telah terputus..." ~ Haha! (Klik gambar untuk tumbesaran)

Thursday, September 13, 2012

September 13, 2012


Eeeeiii! Tak suka betul dengan tandas bergerak ni... Tapi kalau keadaan memaksa, kira 'on' juga..! Maafkan uncle sekejap ya, uncle ada urusan penting ni... (terus tahan nafas dalam-dalam...)


Wednesday, September 12, 2012

September 12, 2012


Madu asli juga boleh dicampurkan dengan telur ayam kampung untuk diamalkan makan setiap pagi...  Khasiatnya... 'Aaauuummmm..!'





MAAF: Uncle ingin memohon maaf secara terbuka kepada blogger HAFIZ RAHIM. Tak perlulah ugut nak lempang uncle, kita boleh selesaikan secara berhemah. Oh ya, 'berpangkat PR3' tu apa, ya? ;)

Tuesday, September 11, 2012

September 11, 2012


"Ini sarang kerengga"

Ramai yang tak percaya, bahawa seekor kerengga boleh mengangkat beban tiga kali ganda lebih berat dari saiz badannya...!

Lebih ramai lagi yang tak percaya, bahawa pinggang uncle ni ramping macam kerengga di zaman bujang dahulu...! (...lalu termenung...)

Monday, September 10, 2012

Sunday, September 9, 2012

Saturday, September 8, 2012

September 8, 2012


Cik... boleh tak minta berdiri jauh sikit...? Takut uncle tergoda...

(Ya... sindrom lelaki 40an)

Friday, September 7, 2012

September 7, 2012


UNCLE: "Seramnya mata di belakang tu..!"
MATA: " Seramnya muka pakcik di hadapan tu..!"

Thursday, September 6, 2012

September 6, 2012


Kalaulah loceng sebelah ni tiba-tiba 'menjerit'... Baru betul padan muka aku...! 
(Cakap dalam hati...)

Wednesday, September 5, 2012

Tuesday, September 4, 2012

September 4, 2012


Jam 3:12 pagi > Baru nak masuk tidur > Basuh muka > Tengok cermin...

"Eh? Betul ke yang aku nampak, ni? Kenapa misai aku ni panjang sebelah? Esok nak kena buat alignment ni..." (cakap dengan diri sendiri... ~Yalah, takkan nak cakap dengan misai pula, kan?)

Monday, September 3, 2012

September 3, 2012


KAWAN: Mula-mula pijak bahu, lama-lama pijak kepala...! (Hati-hati pilih kawan, ya?)



Uncle ada protege baru! Namanya HUNA, mukanya 'sebijik' uncle! (Cuma dia tiada misai dan janggutlah...) Jom terjah blog ELISS MIE!

Sunday, September 2, 2012

September 2, 2012


Gagah berdiri di hadapan mesin sambil menekan-nekan nombor laluan, walaupun sudah tahu jawapannya 'Harap maaf, baki anda tidak mencukupi', 

"Tak salahkan, mengharapkan keajaiban pada bulan Syawal...?"

(Okey, okey! Uncle boros untuk hari raya!)

Saturday, September 1, 2012

September 1, 2012


Terlalu banyak jemputan rumah terbuka dimusim perayaan? Ingin tahu cara untuk menjimatkan pertol?
.
.
.
.
.
.
'...bawa kereta isteri."