CLICK!

Followers

Tuesday, April 30, 2013

April 30, 2013


Tot - tet, tot - tet.... bermula dengan tenang, tetapi tidak lama! Permainan bertukar menjadi pantas, ditambah pula dengan bunyinya yang semakin laju... anda pasti CEMAS! 

(...dahulu, sesiapa yang tidak memiliki 'brick game' seperi ini, anda akan dianggap sangat tidak 'cool', okey...?)


Monday, April 29, 2013

April 29, 2013


'Tablet atau buku nota?'
 Hmm... uncle masih selesa conteng-conteng di atas buku nota..

(Tahu! Tahu! Tulisan uncle buruk..!)

 

Sunday, April 28, 2013

April 28, 2013


Syyyhhhh.... Jangan cemburu.. Iron Man 3... (bisik)


Saturday, April 27, 2013

Friday, April 26, 2013

April 26, 2013


Tak cukup gergasi-gergasi yang bertanding... tahun ini kawasan uncle siap ada tentera gajah! Hmmm... asal jangan pula gergasi dengan gajah bertempur, rakyat yang mati di tengah-tengah, sudahlah!

(Eh? Gajah tu ada berapa kaki...? Cuba tengok betul-betul...)


Thursday, April 25, 2013

April 25, 2013


"Kita lihat siapa yang kena..!"

Siapa tahu dialog siapakah itu? Kalau tahu, tentu faham apa sangkut-paut dialog tersebut dengan buah dadu di belakang itu.... kan?


Wednesday, April 24, 2013

April 24, 2013


Ada orang malas kemas rumah... Ada orang malas masak... uncle pula malas buka tin susu... ia bukan jenayah bukan? 

Yelah, yelah... uncle mengaku uncle ketagih teh tarik kedai mamak... 


Tuesday, April 23, 2013

April 23, 2013


Tau dah... mesti kamu semua baca 'MARAH' kan..? Sebenarnya 'MURAH'.

(Mentang-mentanglah muka uncle ni sinonim dengan marah... huh! Tak baik, okey!)


Monday, April 22, 2013

April 22, 2013


Jangan rasa kotor bila terpaksa berbaring di atas tanah...
...sebab suatu hari nanti pasti akan berbaring di dalam tanah...

Hari ini adalah HARI BUMI 2013... 


Sunday, April 21, 2013

April 21, 2013


Hari ini adalah hari lahir aunty yang ke....

Gedebuk!

Tiba-tiba uncle kena tumbuk di  bahu...


Saturday, April 20, 2013

April 20, 2013


"Cheapest in KL and Singapore... and some say in Batam"

Ha ha... tentu tuan punya kedai ini lucu orangnya... dan juga peminat Phua Chu Kang..!


Friday, April 19, 2013

April 19, 2013


Eh? Masa tinggal tadi tengok kerja sekolah... 
...bila pandang sekali lagi dah tengok YouTube...?

(Sebenarnya uncle pun sama... haha)


Thursday, April 18, 2013

April 18, 2013


Terdengar bunyi motor posmen. Tersenyum berlari-lari ke peti surat megharapkan cek bayaran. Rupa-rupanya bil, bil dan bil... 

Okey, masam semula...


Wednesday, April 17, 2013

April 17, 2013


Siapa? Uncle? Kamu kata uncle makan mi segera tengahari tadi? 

Hey..! 'Tak mainlah'...!


Tuesday, April 16, 2013

Monday, April 15, 2013

April 15, 2013


Teringat apa ayah uncle cakap bila uncle beritahu dia yang uncle nak sertai pengakap...

"Buat apa masuk pengakap? Orang tidur atas katil, engkau tidur dalam semak...!"

Hehe... kadang-kadang kelakar juga ayah tu...


Saturday, April 13, 2013

April 13, 2013


"Macam mana? Bau takKalau bau aku pergi syampu sekarang..." (bisik)


Friday, April 12, 2013

April 12, 2013


Oh? Dari belakang rambut kurang nampak uban! (suka)

(Nampak gayanya lepas ini gambar blog dari belakang sajalah? Haha..!)


Wednesday, April 10, 2013

April 10, 2013


Ish... pelupa betul uncle ni... di mana pula uncle letak kayu dram uncle tadi...?


Tuesday, April 9, 2013

April 9, 2013


Kesalahan perkataan 'sajak 1978' itu tidak penting... 
...tapi apa yang penting uncle memang kelihatan 'sajak' bergambar di sini...


Monday, April 8, 2013

April 8, 2013


Ada satu trend yang menjadi ikutan sewaktu uncle kecil dahulu. Menggantung beg sekolah di dahi boleh membuatkan anda kelihatan 'cool'...

Mujurlah trend ini sudah pun pupus... Bila uncle tengok balik, ia bukan sekadar nampak 'fool'... ia juga menyekat pengaliran darah ke otak! (Berpinar bola matatahu!)


Sunday, April 7, 2013

April 7, 2013


Shooo... Shooo... Shoooohh...!!!!! 
Burung ni minat pada aku atau minat pada kutu aku...?



(Tak sangka ada orang kata uncle seksiTak percaya? Jom tengok blog NAJEEB)


Saturday, April 6, 2013

April 6, 2013


"Bang, bosanlah pagi Sabtu memerap di rumah, jom kita buat aktiviti luar..?"

"Okey! JOM! (sambil bayangkan berjogging... ~ boleh tengok gadis dan cuci mata...)
.
.
.
.
.
"Nah... abang tolong bawa bakul ni..."

"Cheh! tertipu aku!"


Friday, April 5, 2013

April 5, 2013


Perkataan MERANGKAP ini selalunya PERANGKAP. 
Apa perlu budak penghantaran kena buat kerja am? Apa hubungannya? Sebab, kerja am itu termasuk 'tapau' nasi untuk boss, lah tu...! haha!


Thursday, April 4, 2013

April 4, 2013


Eh..? Semalam tiada! Hari ni ada..! Gigih sungguh tentera masing-masing bekerja...
Hmm... ataupun, mungkin orang yang sama pacak bendera tu, kot...?



(Jawapan untuk PakcikLie P.C.L. : Rambut panjang rimas tidak apa, bro... janji rock! haha!)


Wednesday, April 3, 2013

April 3, 2013


Resepi Rahsia? Kelly Rogers? Pizza Hulk? Terima kasih sajalah...
...uncle sudah jumpa kedai makan yang direka khas untuk orang seperti uncle...

(Sambil memandang dompet lalu bertanya... cukupkah sehingga hujung bulan, ni?)



NOTA: Okey, sudah betulkan ejaan 'uncle' tadi... Terima kasih ya KAKCIK SEROJA!


Tuesday, April 2, 2013

April 2, 2013


Entri hari ini disiarkan secara langsung dari Lumut... tapi bukan Lumut, Perak lah...


Monday, April 1, 2013

April 1, 2013


Uncle selalu berhadapan dengan masalah stoking yang hilang pasangannya...

...penyelesaiannya, uncle beli semua stoking hitam..! Ya, uncle memang genius..!