Kedai runcit ini uncle kerap singgah sejak uncle
mula-mula kahwin sehinggalah dah bermenantu.
Hingga uncle dengan tauke kedai bergelar kawan.
Tapi hari ni berlainan.
Barang-barang yang selalunya penuh kini separuh kosong.
"Boss! Kemas barangkah?" Tanya uncle.
"Bukanlah... Mahu tutup kedai. Mahu pencen!" Jawabnya sambil ketawa kecil.
"Wah? Ya ka? Tahniah! Tahniah!" Balas uncle berseloroh...
Tak tahu kenapa, tapi hati uncle terbit sedikit rasa sebak.
(Lalu uncle keluarkan kamera untuk swafoto kenangan.)