GUEST #114
Dah lama uncle simpan dendam nak jumpa travel blogger ni.
Hari ini berpeluang juga jumpa Afif pemilik blog Travel My Way yang masyhur ini!
Jujurnya, dua tiga jam tak cukup untuk dengar cerita pengembaraan beliau...
Ceritanya penuh drama, konflik, politik dan humor! Lengkap! Hanya cinta tiga segi saja yang tiada... Mendengar beliau sendiri yang bercerita adalah lebih dramatik dari membaca blognya!
Bonus sempat juga bersua dengan isteri dan anak-anak beliau yang sama-sama pengembara.
Terima kasih kerana luangkan masa layan uncle pagi tadi.
Memandangkan rupanya kami berkogsi nombor poskod... maka, lain kali boleh ulang...
