CLICK!

Followers

Wednesday, September 20, 2023

September 20, 2023



Semua orang didalam foto ini sedang sibuk bekerja kecuali *seorang tu...

(*Rambut putih, baju hitam, berswafoto, sibuk cari bahan hanya untuk kemas kini blog!)











Tuesday, September 19, 2023

September 19, 2023



Haa... Cepat, cakaplah? 

Nak lagu apa? 

Sebelum tawaran ditutup, ni...











Monday, September 18, 2023

September 18, 2023



Nasi Talam = ❌

Buah-buahan Talam = ✅

Sila cemburu...!











Sunday, September 17, 2023

September 17, 2023



"Tadi dah sapu dah... Bukan tak sapu..." 

"Agaknya bunga-bunga dan daun-daun tu dengki. Dia masuk balik!" 

(Uncle cuba menjelaskan apa yang terjadi secara saintifik pada aunty...)











Saturday, September 16, 2023

Friday, September 15, 2023

September 15, 2023



Ada sebuah hentian bas berdekatan dengan rumah uncle. 

Yang dihiasi dengan berbagai jenis pokok-pokok dalam pasu. 

Pokok-pokok ini sebenarnya diletakkan oleh seseorang yang tinggal berdekatan dengan hentian bas ini. Di siram dan di jaga selalu. Mesti beliau seorang yang suka pada kecantikan dan kebersihan. 

Semoga beliau sentiasa ceria, seceria pokok-pokok beliau!











Thursday, September 14, 2023

September 14, 2023



Dulu... zaman sekolah. 

Pernah jadi ahli pengakap. 

Kemudian uncle sedar. 

Pengakap bukan untuk uncle. 

Uncle ni bukan jenis orang yang suka ikut arahan. 

Sekian... 



(Maaf ya... uncle agak sibuk sikit kebelakangan ni...)











Wednesday, September 13, 2023

September 13, 2023



Wow! 

Panel solar atas semua bumbung parkir! 

Ini baru betul! 

Malaysia negara panas. 

Pembinaan 'ladang solar' sepatutnya diberi inisiatif!

(Tepuk - tepuk - tepuk.)









Tuesday, September 12, 2023

September 12, 2023



Tak ke mana-mana hari ni... 

Terperangkap dengan kerja.

Bermakna tiada apa yang menarik untuk dikongsikan. 

Namun swafoto harian jalan terus!











Monday, September 11, 2023

September 11, 2023

GUEST #106


Sarapan. 

Terdengar suara orang menyanyi...

"Merdunya suara penyanyi tu."

Bisik dalam hati.

Toleh belakang. 

Wah! 

Bertuahnya dapat jumpa Zaki Caliph Buskers!











Sunday, September 10, 2023

September 10, 2023



BAR - BERS - HOP... 

(Tenung...)

BAR - BERS - HOP... ?

Hmmm... (Garu kepala.) 

Ohh..!!! 

BARBERSHOP! 

Haih! Pening kepala sekejap!











Saturday, September 9, 2023

September 9, 2023



Ehem... 

Bagaimana? 

Ada gaya  bersanding  bertanding pilihanraya tak?


#HariTanpaBajuHitam








Thursday, September 7, 2023

September 7, 2023



Jalan-jalan. Pandang atas. 

"Eh, macam pokok Saga?"

Terus pandang bawah dan tercari-cari... 

Haaaa!!!! Betul! 

Siapa pernah kutip dan kumpul biji Saga ni? 

Angkat tangan!











Wednesday, September 6, 2023

September 6, 2023



Siapa kata benda yang usang tiada gunanya? 

(Tuuu... Anak panah! Anak panah! Bukan uncle!) 

Lampu pecah kini menjadi 'pasu' tempat pokok menumpang...











Tuesday, September 5, 2023

September 5, 2023



Ragu-ragu nak tumbuk bola

Eh, itu bola atau tembikai? 

Uncle ini gagah perkasa. 

Sekali tumbuk terus bersepai!











Monday, September 4, 2023

September 4, 2023



Solidariti untuk pemilik kereta ini... 

Tiada apa yang lebih pedih selain dari melihat cermin sisi terkulai layu sebaik saja nak membuka pintu kereta. 

"Entah siapakah yang salah... Ku ak tahu...."











Sunday, September 3, 2023

September 3, 2023



Hadir kenduri kahwin... 

Tunggu baca doa  

Tunggu apam balik siap  

Licik tak uncle...?










Saturday, September 2, 2023

September 2, 2023



Hari ni grup WhatsApp uncle bertambah satu lagi ahli baharu. 

Selamat pengantin baharu buat anakanda Azri Marzuki dan Zahratul Nadhirah Zaharil.










 

Friday, September 1, 2023

September 1, 2023



Wow! 

Pertama kali jumpa orang bernama January! 

Kebaikannya: Senang nak teka dia lahir pada bulan apa. 

Kesulitannya: Susah nak teka dia ni encik atau cik..? 

Apa-apa pun, tahniah pada ibu bapanya yang berfikiran luar kotak!











Thursday, August 31, 2023

August 31, 2023



Ada ni ha... 

'Penat' menonton perarakkan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 tahun. Tapi depan tv sajalah...! 

Seronok pula tengok telatah YDP Agong dan Permaisuri menyantuni orang ramai pagi tadi!











Wednesday, August 30, 2023

August 30, 2023



Ini sepanduk atau kain perca..? 

Sakitnya mata! 

Kalau ada tangga dan pisau, mahu unce tolong turunkan!











Tuesday, August 29, 2023

August 29, 2023



Berdiri sebelah harimau pun uncle nampak lebih garang... 

Jangan main-main dengan uncle!











Monday, August 28, 2023

August 28, 2023



Nak pam angin... 

Nampak kertas notis.

"Harap maaf. Kerja pembaikan sedang dijalankan." 

Ini yang uncle 'ANGIN', ni...!











Sunday, August 27, 2023

August 27, 2023



PERMOHONAN MAAF TEBUKA. 

Dengan ini saya ingin memohon maaf kepada encik yang
berbaju dan berpayung warna merah jambu kerana dengan tak sengaja 
saya telah membasahkan seluar dan kasut beliau. 

Hari hujan. Mata tertumpu pada cermin sisi untuk menukar lorong. 
Waktu dah dekat baru nampak. Tak sempat perlahankan kereta. 
Lalu.... aduh! 

Maaf sekali lagi...











Saturday, August 26, 2023

August 26, 2023



Harap slogan 
"Kita adalah apa yang kita makan..." 
tak terpakai di sini...


Namun idea pemasaran ini boleh dipuji...








Friday, August 25, 2023

August 25, 2023



"Mat! Tolong kayuh ke kedai sekejap belikan mak telur..." 

"Baik mak..." 


Fuh! Hati kau memang kental, Mat! 

Di situ kau gantung telur...?











Thursday, August 24, 2023

August 24, 2023



Bagaimana? 

Sama tak dengan yang > INI < ? 

Yalah... yalah... uncle sedar diri... 

Tapi tak salah berangan kan?