CLICK!

Followers

Sunday, June 30, 2013

June 30, 2013


Siapa kata uncle tak berani menukar gaya rambut?

Okey... okey! Itu penyapu!


Saturday, June 29, 2013

June 29, 2013


Ayah orang Johor. Emak orang Kelantan.
Maka...? Uncle nak sokong pasukan mana? Tersepit okey!

(Malam ini: Piala FA, Harimau Selatan lawan The Red Warriors)


Friday, June 28, 2013

June 28, 2013


Pernah alami situasi ini? Anda tidak dapat keluar parkir kerana kereta anda dihalang oleh kereta yang tuannya entah ke mana...! Tidak cukup dengan itu, dia tidak terfikir untuk meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi..!!!

Bo ngok leh..!?


Thursday, June 27, 2013

June 27, 2013


"Bersopan di jalan raya"

Jangan macam kereta di belakang tu, tengok muka pun dah tahu kaki gaduh..! Silap sikit pasti kena hamun, ni!




Wednesday, June 26, 2013

June 26, 2013


'Lin Chi Kang' = Pernah jumpa.

'Lai Chi Kang' = Selalu jumpa.

'Lia Chi Kang' = Sah, salah eja!


Tuesday, June 25, 2013

June 25, 2013


Ikut burung Tempua... Bijak membina sarang, walaupun rupa tiada.
Jangan ikut burung Kakak Tua... harap rupa jelita tapi hanya pandai meniru kata.

Dah, dah... jangan sebut perkataan 'tua' lagi..! Sensitif!


(Nak tengok muka unlce versi perempuan? Jom tengok blog AYANG NOORAINIE! Haha!)


Monday, June 24, 2013

June 24, 2013


 Jerebu datang lagi...

(Tiada senyuman / Baju serba hitam / Rambut panjang berikat / Muka ditutup separuh... Mahu ada yang cakap 'Tolong jangan rompak saya!" bila terserempak dengan uncle ni...")


Sunday, June 23, 2013

June 23, 2013


Apa senyum-senyum? Uncle sumbat masuk lokap, 'kang'... Uncle ada lokap sendiri, tahu!


Saturday, June 22, 2013

June 22, 2013


Apa yang mereka tahu: Uncle hadir acara gotong-royong sekolah.

Apa yang mereka tidak tahu: Sekejap lagi uncle akan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pokok di belakang tu untuk mencari 'port' tidur... 

(Uncle bukan curi tulang, okey! Uncle reput tulang..!)


Friday, June 21, 2013

June 21, 2013


Jom ikut uncle ronda-ronda naik motor? Kita ambil angin tepi pantai ala-ala romantik, gitu... Tawaran terhad untuk 'awek-awek' sahaja! Ada yang sudi..?


Thursday, June 20, 2013

Wednesday, June 19, 2013

June 19, 2013


Uncle hairan kenapa anak-anak uncle takut dengan hari 'report card'... takut nak minta tandatangan dari ayah... uncle dulu sikit pun tiada rasa takut walaupun sekelumit...

Okey-okey! Uncle mengaku! Dulu uncle 'sain' sendiri..!


Tuesday, June 18, 2013

June 18, 2013


Orang kata tempat ini berhantu... betulkah? Siapa yang buat-buat tanya "Uncle kat mana, ni?" memang nak cari nahas!

(Untuk siapa yang benar-benar tidak tahu, sila klik SINI)


Monday, June 17, 2013

June 17, 2013


Setiap hari pasti ada berita kemalangan dan statistiknya semakin membimbangkan..!
Semoga kita dilindungi dari segala malapetaka... 

Hati-hati memandu ya kawan-kawan...?


Sunday, June 16, 2013

June 16, 2013


Goggles = SIAP  
Swimming cap = SIAP 

Jom cuci mata... eh, maksud uncle jom berenang petang ni..?!


Saturday, June 15, 2013

June 15, 2013


Jom! Larian Kitar Semula 2013 demi bumi yang lebih baik! 
"...err, dengar khabar ada makanan percuma? Nak ambil di mana, ni?"

(Hari ini uncle tidak menyarungkan baju hitam, sebagai tanda sokongan!)


Friday, June 14, 2013

June 14, 2013


Zaman uncle bersekolah, tiada sukan X-treme panjat-panjat dinding macam ni...

(...kami dulu panjat pagar sekolah... itu baru betul-betul ekstrem! Baahaha!)


Thursday, June 13, 2013

June 13, 2013


Yang belakang tu lagenda... 
Yang hadapan tu juga lagenda...

...sebab yang hadapan tu naik motosikal Yamaha Lagenda, daaa...


Wednesday, June 12, 2013

June 12, 2013


Buah hati bukan... Buah mulut pun bukan.. Buah dadadu, jauh sekali...
Buah apa tu, eh...? Uncle betul-betul tak tahu... 

Ada siapa yang boleh tolong...?


Tuesday, June 11, 2013

June 11, 2013


CIKGU: "Bila dewasa kamu nak jadi apa?"
MURID: "Doktor!"

"Sekurang-kurangnya, cita-citanya tercapai... kan?


Monday, June 10, 2013

June 10, 2013


Kalau motosikal lain honnya berbunyi 'Tin-tinnn!'

...adakah motosikal ini honnya berbunyi 'Aaauummm?'


Sunday, June 9, 2013

June 9, 2013


Nak tergelak tengok budak di belakang tu nak tekan pedal minyak, hingga rapat dadanya dengan stereng...!! Haha!

(Fokus pada budak tu! Bukan fokus pada 'awek' di belakang tu, okey!)


Saturday, June 8, 2013

June 8, 2013


Dulu uncle cakap Iron Man tinggal di Malaysia, kamu semua tak percaya... kan?


Friday, June 7, 2013

June 7, 2013


Doktor: Assalamualaikum, boleh saya bantu encik?
Uncle: Waalaikumsalam, saya ada masalah ketagihan.
Doktor: Ketagih rokok? Ketagih dadah? Insya-Allah kami boleh bantu.
Uncle: Bukan... saya ketagih ambil gambar muka sendiri setiap hari...
Doktor: Ni yang aku nak bersara awal, ni... (cakap dalam hati)


Thursday, June 6, 2013

June 6, 2013


Seronoknya! Tak sangka cuti sekolah kali ini dapat pergi 'pantai'...


Wednesday, June 5, 2013

June 5, 2013


Alaaa.... kamu semua pun pernah buat, kan? 

Buat apa..?

Tuu... cuba 'nyonyot' madu dari bunga tu...! 


Tuesday, June 4, 2013

June 4, 2013


Yang mana lebih tua? Kereta atau motosikal?

Motosikal. Sebab tu dia pakai tongkat...


Monday, June 3, 2013

June 3, 2013


APA?! Harga rokok naik 3%..?!!!!

Oh lupa... tiada sangkut-paut dengan uncle...! 


Sunday, June 2, 2013

June 2, 2013


Kalau bergambar uncle berani.... Kalau suruh uncle duduk atas kerusi tu, uncle 'cabuuuttt...'

Saturday, June 1, 2013

June 1, 2013


Orang selalu pesan, jangan mandi malam... tapi uncle buat juga...
Aunty selalu marah, lepas mandi jangan sandar di bantal... tapi uncle buat juga!

Sah! Lepas ni mesti kena bebel! Baahaha...!