CLICK!

Followers

Sunday, November 30, 2014

November 30, 2014


Amboi? Elok dia 'block' kereta uncle? Mari sini uncle 'blog' motosikal dia...!

(Ini baru situasi menang menang, bukan? Baahaha..!)






Saturday, November 29, 2014

November 29, 2014


'X MEN'

(...tapi bukan XXX MEN, okey!)




Friday, November 28, 2014

November 28, 1014


Jangan salah faham. Ini bukan isyarat kumpulan samseng nak ajak bergaduh, atau isyarat lucah, ya...

Tapi kami nak bagitahu yang hari ini kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-20




Thursday, November 27, 2014

Wednesday, November 26, 2014

November 26, 2014


Rantai pagar, biasa. Rantai motor, biasa. Rantai basikal, biasa.
Rantai pintu rumah... INI LUAR BIASA..!! Agaknya kawasan ini selalu ada pesta kecurian, kot?



(Wah wah wah... AZIE AZAH kata nak tarik tocang uncle? Naik tocang nampak? Baahaha!)





Tuesday, November 25, 2014

November 25, 2014


Alamak! Terakam gambar orang sedang 'buang air'..!

(Helo... harap tidak fikir yang bukan-bukan, ya..!)





Monday, November 24, 2014

November 24, 2014


"Opp... opp...! Jangan berak! Jangan berak..!!!"


(Kamu semua tahu tak berapa kali uncle cuba untuk dapatkan gambar seperti ini..? Ya! Uncle memang gigih orangnya..!)





Sunday, November 23, 2014

Saturday, November 22, 2014

November 22, 2014


Alaaa... hanya sempat rakam gambar punggung! 

Kereta Formula E ni laju sangat! Hey! Kamu semua fikir punggung apa ni? Jangan otak biru boleh?!


(2014 FIA Formula E Putrajaya ePRIX)





Friday, November 21, 2014

November 21, 2014


Bagus juga idea ni...
...boleh mengunggang motor sepuas mahu! Petrol dalam tangki jamin luak...!

#tipsjimatpetrol





Thursday, November 20, 2014

November 20, 2014


Uih! Janganlah aunty nampak iklan ni... nanti dia dapat idea nak gunakan perkhidmatan ini sebab uncle pinjam duit dia RM10.00 hingga hari ini tak bayar-bayar...!




Wednesday, November 19, 2014

November 19, 2014


Jentera berat ini tugasnya hari-hari membaiki jalan raya. 
Nampaknya hari ini dia harus membaiki pagar pula... 


#kitahanyamerancangtapituhanyangmenentukan





Tuesday, November 18, 2014

November 18, 2014


Selepas iPhone, iPad, iPod dan iMac....
...kini, produk terbaru dari Apple hanya dilancarkan di Malaysia...! 'iMassage'

(...psst! Uncle boleh cubani...! Keh keh keh!)




Monday, November 17, 2014

November 17, 2014


Tegurlah jiran-jiran anda. Terutama jika mereka sedang menjolok buah mangga. Kerana mungkin anda akan mendapat tempias sebiji, dua... 

Ya! Uncle memang licik...! Baahaha...!




Sunday, November 16, 2014

November 16, 2014


Uncle bukan hantu lidah...
 ...tapi uncle memang hantu keropok..!

(Dah macam lidah pula keropok ni...! Bluek!)



Saturday, November 15, 2014

November 15, 2014

Guest #64


Ini muka uncle yang habis manis, ni
Tapi tak boleh lawan dengan muka manis orang di sebelah ni...!

(Lisdawati sangat cantik, bukan? Okey, sila cemburu! Baahaha..!)




Friday, November 14, 2014

November 14, 2014


Harap badan saja besar... tapi tidak berguna...
Papan iklan punyalah besar... tapi tersorok dek pagar hanya...!

(...ini mesti sewa murah, ni... Baahaha!)





Thursday, November 13, 2014

November 13, 2014


Huih! Lajunya trak penunda tu..! 
Hingga melayang-layang kereta yang ditarik tu dibuatnya..!

Baahaha...!





Wednesday, November 12, 2014

November 12, 2014


"Hai! Takekoputaa..!" 

"An an an, tottemo daisuki... Doraemon"


(Okey, okey... uncle mengaku! Uncle masih nonton Doraemon!)





Tuesday, November 11, 2014

November 11, 2014


Hoi! Aku dah hidupkan enjin ni...! 
 Sebelum aku jalan, baik kau jalan... kalau tidak nanti, kau yang jalan!

(...ini sudah kes buli jalan raya, ni!)





Monday, November 10, 2014

Sunday, November 9, 2014

November 9, 2014


"Hujan emas di negeri orang, hujan sampah di negeri sendiri?"
Tapi masalahnya kawasan ini penduduknya datang dari 'negeri orang!'

(Takkan main baling sampah dari atas rumah ke belakang lorong, kot? Siap masa rakamkan foto ini, pun ada orang baling botol plastik di belakang tu! Pengotor sungguh!) 




Saturday, November 8, 2014

November 8, 2014


Bukan nak bangga diri, ya... tapi sekadar nak kongsi pengalaman pertama.

Hari ini uncle masuk TV...! YEAY!




Friday, November 7, 2014

November 7, 2014


"Uncle minta tolong carikan uban, yang kamu gelak-gelak tu kenapa?"

"...sebab, saya cari uban, tapi jumpa kutu...! Baahaha!"

"Grrrrrr...!"





Thursday, November 6, 2014

November 6, 2014


Mungkin sudah sampai masanya untuk uncle pakai tudung...!

(Okey, okey... ini photoshop! Baahaha!)





Wednesday, November 5, 2014

November 5, 2014


Melawat orang baru balik dari Mekah mesti dapat buah tangan, kan? Tasbih, kopiah, minyak hatar, gelang Mekah dan kurma mesti ada dalam senarai. Tapi yang paling uncle suka ialah kacang Pistacio! "Krup, krap, krup, krap...!"

 Kawan-kawan semua dapat apa?





Tuesday, November 4, 2014

November 4, 2014


Uncle perhati dengan tekun orang di belakang tu menyelenggara mesin ATM. Manalah tau kot-kot dia tercicir tiga empat juta ringgit... boleh uncle belanja kamu semua teh tarik secawan..!

#angananganmatjenin




Monday, November 3, 2014

November 3, 2014


Fuh! Zaman dahulu sesiapa yang memiliki 'basikal chopper' seperti ini, dia adalah budak yang paling 'cool' dalam kampung tu! Silap-silap boleh dilantik menjadi ketua gang basikal!

Baahaha...!

#nostalgia




Sunday, November 2, 2014

November 2, 2014


Ahad + ubi kayu + Nescafe panas = kombinasi tepat!

Kawan-kawan sarapan apa pagi tadi...?






Saturday, November 1, 2014

November 1, 2014


Amboi, amboi,amboi...! 

Tunggulah kamu dapat lesen nanti! Giliran ayah pula yang duduk belakang berdengkur!