CLICK!

Followers

Thursday, January 31, 2019

January 31, 2019


Jangan ingat kerja di sini boleh bersandar sepanjang hari, tahu...!

Kerja tetap kerja...







Wednesday, January 30, 2019

January 30, 2019


Guest #92


Sudahlah lukisannya menarik, pelukisnya pula cantik...! 
Belakang tu karya beliau yang dalam pembikinan.


Bertuah uncle dapat jumpa dengan JULIA VOLCHKOVA pelukis mural dari Rusia yang karyanya dapat dilihat di serata dunia. Orangnya pun sangat mesra.



Klik SINI untuk info dan SINI untuk Instagram beliau.


(LOKASI: Jalan Kem, Kawasan 13, Klang, Selangor.)























Tuesday, January 29, 2019

January 29, 2019


Agaknya apakah cerita misteri disebalik sepasang selipar 
yang ditinggalkan di tengah jalan ni? Tak mungkin tercicir?

atau...

"Hmmm... tak cantiklah selipar aku ni. Baik aku tinggalkan dan teruskan perjalanan dengan berkaki ayam." 

Baahaha...!







Monday, January 28, 2019

Sunday, January 27, 2019

Saturday, January 26, 2019

January 26, 2019


Bila terkandas waktu hujan, payung tak bertuan ni memang nampak sangat menggiurkan! Nasib baik uncle dah bertaubat... kalau tidak memang jadi mangsa culik payung ni!

Baahaha...!








Friday, January 25, 2019

Thursday, January 24, 2019

January 24, 2019


Oh... Ada orang bekerja dalam keadaan sedang 'high' kot....

Laayaaannnnn..... Jangan rasa nak 'fly', sudah!







Wednesday, January 23, 2019

January 23, 2019


Mesti ada yang terkeliru dan tekan butang putih itu seperti arahan...
...walhal butang sebenarnya yang di sebelah kanan tu...

Okeh, okey! Uncle mengaku! Uncle yang terkeliru tadi! Baahaha!









Tuesday, January 22, 2019

January 22, 2019


Semalam ada kontraktor cuci parit di belakang rumah... bagusah bukan?
...tapi dia tinggalkan sampah tergantung-gantung...

#grrrrrr....








Monday, January 21, 2019

Saturday, January 19, 2019

January 19, 2019


Bara api rokok di sebelah sini... tapi asap keluar di sebelah sana....

Ohhh... Itu puntung rokok! Siapa suruh warnakan merah. Uncle ingatkan bara api tadi! Baahaha!







Friday, January 18, 2019

January 18, 2019


Patutlah cakap tak menyahut... Rupanya dia pakai fon kepala...!

Budak-budak ni memang tak boleh hidup tanpa gajet, kan?









Thursday, January 17, 2019

January 17, 2019


Orang ni tak lut dek saman agaknya! 
Dah selonggok saman atas cermin kereta pun dia boleh buat-buat tak nampak! 

Taiko ni...!








Wednesday, January 16, 2019

January 16, 2018


Bila tengok tin susu disusun begini, rasa geram nak baling dengan selipar pun ada...

...bukan apa, teringat zaman kanak-kanak dulu... Baahaha!







Tuesday, January 15, 2019

January 15, 2019


Hidden = Tersembunyi. Apparel = Pakaian.
Jadi, pakaian tersembunyi....

Ooooo.... Faham! Faham! 



#MukaMerah





Monday, January 14, 2019

January 14, 2019


Kalau uncle ni Aquaman, masalah uncle mungkin...
Kehabisan idea nak masak ikan menu apa setiap hari. Jerung tiga rasa sedap, tak?

Baahaha...!







Sunday, January 13, 2019

January 13, 2019


Patutlah panas lit-lit sampai berkilat dahi... 
 ...dah dekat dengan Gurun..!







Saturday, January 12, 2019

January 12, 2019


Sengaja cari tempat duduk yang dekat dengan hiburan. 
Sebaik duduk, abang busker dendangkan lagu 'Meniti titian usang'...

Orang beruban macam uncle memang layanlah! Terbaiklah abang busker!

(Lokasi: Pusat Penjaja Kampung Pandan, Maluri)






Friday, January 11, 2019

January 11, 2019


Apa kata kita cuba cara baru...?
 Kita penjarakan mangsa (makanan) dan kita lepaskan penjenayah (kucing)!

Baahaha...!







Thursday, January 10, 2019

January 10, 2019


Amboi! Kedai tom yam pun ada anjur pertandingan karaoke?! Siap ada pentas bling-bling!

Rasanya apalah hadiah pertamanya ya? 
Tom yam campur dengan sayur kailan ikan masin?







Wednesday, January 9, 2019

January 9, 2019


Pos pengawal lutsinar? Apa agaknya perasaan orang yang duduk di dalam tu kan? Dah macam bahan pameran pun ada. Nak duduk terkangkang pun tak boleh! Baahaha!







Tuesday, January 8, 2019

January 8, 2019


Alaaa... dah sampai kedai... 'kedai kunci' pula...!

(Baahaha...! Kelakar tak?)








Monday, January 7, 2019

January 7, 2019


Oh! Rupanya dalam tulisan cina juga ada huruf yang mirip huruf 'ta' seperti dalam tulisan jawi!

...dan juga mirip orang tersenyum!

:)







Sunday, January 6, 2019

January 6, 2019


Warna macam air teh O, tapi berbuih...
Beranikan diri cuba, nasib baik tak mabuk...!


Cuba pakailah! Baahaha!






Saturday, January 5, 2019

January 5, 2019


Tolak sebilangan kecil kata-kata sinis tentang larangan merokok di kedai makan, 
uncle memang dapat rasakan perubahan dan nampak kesedaran dikalangan perokok.

"Orang Malaysia kalau nak merokok, mereka akan keluar dari restoran, tahu!" Ayat ini akan menjadi buah mulut pelancong pada masa akan datang.


Tahniah rakyat Malaysia!







Friday, January 4, 2019

Friday 4, 2019


Tidak mengapalah. Motosikal dia bersaiz besar... 
Sebab tu dia perlukan ruang parkir kereta....

#sinis







Wednesday, January 2, 2019

January 2, 2019


Uih! Cikgu sanggup bertukar jadi Thor, Green Lantern dan Dead Pool demi 
menarik minat anak-anak belajar di sekolah!

(Uncle suka cikgu-cikgu yang berfikiran luar dari kotak dan kreatif macam ni...!)









Tuesday, January 1, 2019

January 1, 2019

Selamat Tahun Baharu 2019


Selamat tahun baharu 2019 buat pembaca bunyi dan sunyi BB@40!
Selamat bercuti dan hati-hati di jalan raya, okey! 

Seronok tak tengok bunga api tadi?! Nasib baik tak pekak telinga uncle tadi...!