Followers

Thursday, April 30, 2026

April 30, 2026



Yeay!

Selamat mendarat di JAKARTA! 

Ehem... Tengok siapa dengan uncle ni? 

Siapa tak kenal FANNY dan suaminya Raka kan?

Jangan cemburu! 

Daaaa..!!







Wednesday, April 29, 2026

April 29, 2026



Masuk bilik. 

Tengok aunty sedang tekun mengisi bagasi dengan baju. 

"Eh? Nak ke mana? Takkan nak lari dari rumah?" 
Bisik hati uncle. 

Jeng jeng jeng! (Bersambung esok...)







Tuesday, April 28, 2026

April 28, 2026



Heh! 

Tengok si anak bulu tu..! 

Dia fikir dia tidur di sebelah bantal bulu orang tak nampak? 

Teknik penyaruan? Dia fikir dia halimunan? 

JANGAN HARAP! 

Jom sakat dia! Baahaha! (gelak jin)







Monday, April 27, 2026

April 27, 2026



Alaaaa... 

Tadi elok-elok dokumentari National Geographic... 

...tiba-tiba ada orang tukar bola..! 

Tidakkah mereka tahu uncle ni penggemar documentari haiwan liar..? 

Ada orang nak tengok uncle mengaum, ni..!! 






Sunday, April 26, 2026

April 26, 2026



12:21 pagi.

Dah lama tak berkumpul makan-makan dengan 
keluarga termasuk anak saudara ramai-ramai macam ni... 

Eh... ini makan malam atau sarapan pagi?







Saturday, April 25, 2026

April 25, 2026



Inilah akibat bila kita selalu beri muka. 

Diberi betis nak pula peha. 

Diberi peha, dipijaknya kepala! 


(Lucu... Kakak di sebelah tu perhatikan uncle. 
Agaknya dalam fikirannya;
"Apalah orang tua ni buat dengan kamera tu...")

Baahaha...!







Friday, April 24, 2026

April 24, 2026



Cuba teka... 

Yang mana tisu... 

Yang mana hati tisu... 

Huhuhu...







Thursday, April 23, 2026

April 23, 2026



Okey... 

Hari ni uncle nak puji Air Selangor

Buat aduan sebelah pagi. 

Tengah hari semua dah siap dibaiki... 

Pantas! (Tepuk tangan 👏)  

Terima kasih 'abang-abang air'. 

Maaf uncle terlupa nak hidang air tadi... 








Wednesday, April 22, 2026

April 22, 2026



Eleeehhhh...  

Tengok si Milo tu! 

Tak nak uncle kacau, dia buat-buat tidur! 

Sempat jeling lagi! Dia ingat uncle tak nampak?! 

Ahhh! Nak kacau juga! 

Siapa suruh jadi kucing, kan?

Baahaha...!







Tuesday, April 21, 2026

April 21, 2026



Hii... Hiiii... Hii.. duu... duuung... Hidung. 

Eh silap! HIDANG!

Oh ya... 

Hari ni hari lahir aunty. 

Uncle belanja dia makan di sini...







Monday, April 20, 2026

April 20, 2026



Baru tadi ada insiden cemas berlaku di rumah uncle. 

Gelang aunty jatuh dalam lubang sinki sewaktu nak mandikan si meow... 

Aunty punya menangis dah macam kucing dia mati! 

Maka uncle pun bertindak pantas menjadi adi wira dengan gagah buka 
paip sinki terus mencari dan, tadaaaaa! Gelang aunty terselamat! 

Okey... Sekarang kalau uncle minta apa-apa 
dari aunty pasti aunty (terpaksa) tunaikan! 

Hmmm... nak minta apa ni? Baahaha...! (Gelak jin...)







Sunday, April 19, 2026

April 19, 2026


 

Hujan lebat tu nak, oiii!. 

Kenapa main hujan tu? 

Eh, tapi kan... bila difikir-fikir, uncle dulu pun begitu... 

Sengaja main hujan supaya esok ada alasan tidak ke sekolah kerana demam! 

Licik tak? 

Baahaha! (gelak jin)







Saturday, April 18, 2026

April 18, 2026



Aunty tu terlampau teliti... 

Dari kandungan nutrisi, khasiat, kebaikan pengambilan, 
kesan sampingan, semuanya diambil kira! 

Tapi masalahnya semua tu bukan untuk penjagaan diri dia. 

Cuba tengok betul-betul...

Itu semua untuk dua ekor kucing pemalas di rumah tu! 

Sudah sejam uncle menunggu ni....! 

Hu hu hu...








Friday, April 17, 2026

April 17, 2026



Uncle punya fon kepala. 

Kerana ia agak besar, maka uncle beli sepasang fon telinga. 

Setiap hari ditemani fon telinga yang lebih gaya 
maka fon kepala terus dilupa. 

Hari ni hilang sebelah fon telinga. 

Puas cari, tak jumpa, lalu teringat pada fon kepala yang lama. 

Setelah selongkar jumpa fon kepala berdebu di bawah meja. 

Terus dicapai dan bersihkan semula. 

Sekali dua hembus, lalu disarungkan di kepala. 

-

Demikianlah sifat manusia. 

Dapat yang baharu, yang lama dilupa. 

-

Uish... apa mimpi hari ni uncle tulis panjang dari biasa dan berima? 

Buang tabiat atau bagaimana?








Thursday, April 16, 2026

April 16, 2026



Okey... 

Siapa nampak dimana kesalahan ejaan?

Siapa beri jawapan betul uncle akan hadiahkan
percutian selama 2 hari 1 malam di rumah sendiri... 

Baahaha..!







Wednesday, April 15, 2026

April 15, 2026



"Bos! Telur mata satu!" 

"Siaaaappp!" 

Telur sampai... (tepuk dahi) 

"Hei bos! Kenapa telur mata aku macam mata kena tinju?" 

Mamak tu ketawa sambil tersenyum pahit.







Tuesday, April 14, 2026

April 14, 2026



Masuk kereta....

Tanpa sedar lutut terlanggar kotak tempat letak duit syiling. 

Maka bertaburlah duit syiling di lantai kereta. 
(Lutut pun boleh tahan berdenyut!) 

Terkejut! Rupanya banyak duit syiling yang tersimpan di sini!

Maklumlah... sejak tol dan parkir tidak menggunakan 
duit syiling, kita pun sudah lama tak memegangnya. 

Ini kalau dihitung-hitung... boleh lepas
makan malam ni dengan secawan kopi, ni...

"PAKCIK KAYO!"





Monday, April 13, 2026

April 13, 2026



Okey... 

Uncle nak maklumkan perkembangan tentang penggunaan 
'duri pencegah laluan tikus' setelah 12 hari memasangnya. 
(Baca  > SINI <

Positif : Kini tiada lagi kesan tikus yang lalu di situ. Yeay!

Negatif: Tikus jumpa laluan lain untuk naik ke atas yang mana
 uncle tak jumpa laluan baharu yang digunakan oleh tikus durjana itu!

Tekanan mental...!







Sunday, April 12, 2026

April 12, 2026



Haaaa! Itulah kau kucing! 

Main lasak sangat! 

Kan dah hilang tiga helai 'stoking' tu! 

Sekarang dah tinggal satu saja! 

Pergi cari cepat!!


Jumpa kucing ni tadi. Seluruh badan dia berwarna hitam
kecuali sedikit putih di hujung sebelah kaki belakang...

Unik bukan?







Saturday, April 11, 2026

Friday, April 10, 2026

April 10, 2026



Apalah dosa ku pada mu wahai sang burung... 

Begitu banyak 'hadiah' yang kau tinggalkan di atas kereta ku yang putih berkilat ini... 

"Gggrrr..."

"Aunty! Tolong ambil senapang..!!" 

"Ada yang nak makan peluru hari ni..!!" 


(Maaf. Hari ini uncle garang...)







Thursday, April 9, 2026

April 9, 2026



Uncle nak puji sikit restoran Doremon ni... 

Uncle pernah berswafoto di sini pada Disember 30, 2015 <- KLIK. 

11 tahun kemudian, restoran ini masih beroperasi. 

Salut untuk tuan punya restoran! 


(Uish! Dari rambut uncle hitam hingga rambut putihlah!) 🤣





Wednesday, April 8, 2026

April 8, 2026



Menara Merdeka 118 di belakang tu dirasmikan pada 10 Januari 2024. 

Ia adalah menara tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia. 

Hanya 20 minit jika memandu dari rumah uncle. 

Tapi... 

Hingga ke hari ini uncle tak pernah jejak kaki di menara itu.  

Benarlah kata orang, 

"Yang dekat ditangguh-tangguhkan..."







Tuesday, April 7, 2026

April 7, 2026



Perasan tak? 

Kalau pesan roti telur, bahagian telur tu selalunya tak dapat sekata... 

Telur tu mesti berkumpul di sebelah saja. 

Orang yang ada OCD macam uncle ni memang mengundang rasa resah! 

Arrghhh! Stres betul!!!! (Sambil tarik rambut sendiri.)








Monday, April 6, 2026

April 6, 2026



Aunty adalah team yang akan ambil barang di barisan belakang. 

Manakala uncle adalah team akan ambil ambil barang di barisan hadapan. 

Kawan-kawan team mana..?







Sunday, April 5, 2026

April 5, 2026



Anak-anak sekarang nak melompat ada tempat khas, ya... 

Siap dikenakan bayaran lagi... 

Kalau waktu uncle anak-anak dulu almarhum ayah pesan... 

Kau nak lompat mana-mana pun lompatlah... 

Pokok boleh. Sungai boleh. Tingkap boleh... 

Jangan lompat masuk perigi, sudah! 

Baahaha...!







Saturday, April 4, 2026

April 4, 2026



Nak kata dia makan lemang, tidak. 

Makan rendang, tidak. 

Minum manis pun tidak... 

Tapi uncle perhatikan lepas raya si Milo ni 
macam makin gemuk pula! 

Haih...