CLICK!

Followers

Wednesday, November 30, 2011

November 30, 2011


1:10 pm, New York; It's freezing here...!
(Okey, okey! Uncle tipu! Kat Cheras!)







Tapi hari tu HIDEMICHI 'ter'jumpa uncle kat Penang tau! Kantoi!
Buat apa kat Penang? Apa lagi... bak kata RAI @ OURKIZUNA uncle 'Sawan Bergambar!' Hadoi!

Tuesday, November 29, 2011

November 29, 2011


30 Saat Bersama Ustaz Dek
 (Kalau sanggup dengar, la...)

Monday, November 28, 2011

November 28, 2011

Entri khas ulangtahun perkahwinan yang ke-17


Ingat lagi tak..?
Cincin nikah kita beli di Chow Kit Road. Kedai emas yang termurah menjadi pilihan kerana kekangan kewangan. Inilah bekas cincinnya... Cantik? Jauh sekali. Maaf jika ia kurang sempurna...


Ingat lagi tak..?
Samping abang hilang. Pinjam samping abang awak. Sarungkan juga walaupun ia tidak sedondon... Maaf jika ia kurang sempurna...


Ingat lagi tak..?
Meja makan pengantin hanya berlatarbelakang papan putih dewan, bukan seperti pengantin sekarang yang penuh glamor. Maaf jika ia kurang sempurna...




Ingat lagi tak..?
Tiada jurufoto profesional untuk merakamkan hari bersejarah ini. Kita hanyalah raja sehari yang cuma berteduh di bawah payung aiskirim..! Maaf jika ia kurang sempurna...




Akhirnya abang sedar, ketidaksempurnaan itu, bila dihimpun tahun demi tahun ia akan menjadi sempura bagi kita sekarang... Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke -17.


(Comel tak entri ni..?)

Sunday, November 27, 2011

November 27, 2011


Oh no! Not again! Uncle jadi mangsa lagi anak buat eksperimen!



...hasilnya..!

Saturday, November 26, 2011

November 26, 2011


Headache on saturday... what a waste..!
I think I'll take a little nap for an hour or two...

Biarkan uncle merana di sini... Kamu semua 'HAVE FUN'...!

Friday, November 25, 2011

November 25, 2011


Today is payday for my lovely, beautiful, wonderful wife...! YEAY!
(Kami tidak mengamalkan konsep 'Gaji engkau duit engkau, gaji aku duit aku', okey?)







Sebenarnya semalam tertarik dengan topik Gaji dari blog kawan baik maya uncle iaitu MAS SAARI. Itu yang tercetus nak buat entri gaji juga... Haha! "MAS, dah habis gaji, dah?"

Thursday, November 24, 2011

November 24, 2011


 SEA Games winner Malaysia lost to Syria in AFC Olympics qualifying last night...
Namun ia tidak sedikit pun memudarkan minat uncle terhadap Khairul Fahmi Che Mat..!








1) WATER LILY kata Uncle pakai minyak pengasih...
2) LINA MARLEY pula nak ajar uncle cakap Sabah...

Jom group hug! Selepas itu kita jenguk blog mereka pula!

Wednesday, November 23, 2011

November 23, 2011


A) Macam orang muda. B) Macam puaka.







Rentetan entri semalam: 

1. Sebenarnya uncle benar-benar ke Indonesia semalam. Tak percaya? Terjah blog CITER JO..! 
2. Uncle gelak sampai berbuih mulut bila baca entri KPAH-K POH tentang harimau...!
Jom group hug?

Tuesday, November 22, 2011

November 22, 2011


Uncle tercari-cari latar belakang yang sesuai dengan Harimau Muda Malaysia, tapi gagal.
Err... Yang ni sesuai tak...?

(Congratulation to our Harimau Muda Malaysia team for winning the GOLD medal against Indonesia in the 2011 SEA Games last night..!)

Sunday, November 20, 2011

November 20, 2011


ANIS: Ehem-ehem, hari ni birthday Anis lah, ayah....
AYAH: Haaa... Ayah saja diamkan, nak tengok Anis ingat atau tidak.
(Padahal ayah memang tak ingat! Hahaha...! Happy birthday sayang, 20112011 @ 8 tahun)

Saturday, November 19, 2011

Friday, November 18, 2011

November 18, 2011


"Allah melihat apa yang anda lakukan dan CCTV merakamkannya" 

"Ha...! Macam mana? Masih belum takut...?"

(LOCATION: Masjid Al-Imam As Shafie, Taman Maluri, Kuala Lumpur)

Thursday, November 17, 2011

November 17, 2011


Alhamdulillah... RM100 Schooling Aid. RM100 X 3 = RM300! 
(Now I can top-up broadband! ~ YEAY!) 

Kawan-kawan sudah ambil?

Wednesday, November 16, 2011

November 16, 2011


Satu-satunya subjek yang uncle boleh skor A++ semasa sekolah dahulu ialah, 'Main Ceper...'








a) Terima kasih pada JAI dari TERATAKARMO kerana: 1) Review. 2) Lukiskan muka uncle menggunakan Photoscape!  ~ Nampak makin muda! 

b) Terima kasih dan maaf  pada ILLA kerana uncle baru saja perasan ada entri tentang uncle... Thanks babe!

Eh, ayuh group hug!

Tuesday, November 15, 2011

November 15, 2011


Semasa muda = Gebu. Bila dah tua = Kematu...!
(Tolong jangan bayangkan, okey!!!)

Monday, November 14, 2011

November 14, 2011


Hari ni uncle mengalami Monday Blues tahap maksimum! Biru nila, tahu!

Gambar belakang? Oh, ya... Sampai hati CIK INA DO DO CHENG tak bagi tahu pun yang anak dia Yuyi ada kedai kopi... (sedih)




Sunday, November 13, 2011

November 13, 2011


Ha ha...!







Semalam uncle tergelak-gelak baca review LAGENDA MAHSURI. Dia bahasakan diri dia 'Mak', walhal penulisannya ala-ala remaja, je.... Ayuh, group hug (tapi 'Mak' panggil Blog hug..! Haha...)

Saturday, November 12, 2011

November 12, 2011


"Thorn among the roses" 
(Ni yang malas lepas rambut macam ni... kan dah nampak ayu!)







Ada dua perbezaan antara dua blogger ni. DIANA gelak bunyi 'Heheh', manakala MIZFANTAGIRO gelak bunyi 'hihihihhihihiih' Persamaan mereka? Dua-dua nak kena group hug dengan uncle....! Ayuh! (Thanks for the review ya, babe!)

Friday, November 11, 2011

November 11, 2011


Uncle saaaaaaangat suka hujan pagi. Tapi uncle saaaaaaangat tak suka kena bangun pagi waktu hujan pagi... cheh..!

Thursday, November 10, 2011

Wednesday, November 9, 2011

November 9, 2011


5km per hour? You must be joking! Nombor 5 pun tak wujud pada speedometer pada kereta uncle!

Tuesday, November 8, 2011

November 8, 2011


Bapa siapa lah dalam cermin tu... Jalan-jalan dengan baju-T hitam lusuh, seluar katok, selipar jepun, bag-pack buruk, rambut ala hippies...! Tak malu ke orang tua tu...?!?! Selekeh!

Monday, November 7, 2011

November 7, 2011


I always wanted to make my own doodle. So, what do you think..? Layak ke ni panggil di doodle? Tak cute pun..?







Tapi sebenarnya, uncle tetap tak dapat lawan CIK CEMPAKA punya doodle.... Dia ni pakar dalam 'doodle-mendoodle' ni... uncle ni memang peminat dia! Jom tengok!

Sunday, November 6, 2011

November 6, 2011


Mekah? No lah.... I'm still in Malaysia....
Salam Aidil-Adha from Masjid Putra, Putrajaya







Uncle teringin sangat nak group hug dengan dua orang blogger ni... 1) FADZILAH.  2) RJUNA. Korang memang 'ohsem'! Thank you, guys!

Saturday, November 5, 2011

November 5, 2011


"Memburu..."

(Berhati-hati memandu pada musim cuti ni ya, folks...?!)

Friday, November 4, 2011

November 4, 2011


WARNING!! This entry is rated 18SX. Not suitable for children under 18 years old. Pemilik blog tidak bertanggung jawab jika ketumbit tumbuh di mata pembaca blog....






Terima kasih pada MISZNORUL kerana review kamu... juga mintak ampun kerana melonggarkan sendi rahang kamu.... Group hug, ndak? 

Thursday, November 3, 2011

November 3, 2011


Durian for King Kong... (King Kong makan durian, ke?)







Ada dua orang awek ni betul-betul merisaukan uncle... Nasib nasib baik DEE tak pakai baju hitam! Dan nasib baik SI REBEN MERAH tak pakai tudung hitam....! Kalau tak... uncle tak boleh cari makan, tahu...! Klick SINI untuk tengok!

Wednesday, November 2, 2011

November 2, 2011

Guest #34


This is my lucky day! Cik Pah menghadiahkan uncle kesemua koleksi Coca-Cola nya (lebih 10 botol) kepada uncle. Dia kata kerana dia dah tak larat menjaganya jadi dia serahkan pada yang layak! Nak tengok koleksi uncle yang lain? Klik SINI. (CIK PAH adalah blogger yang telah bersara dari dunia blog! -sedih-) TQ TQ TQ!








Wah! Uncle ada kenalan blogger baru lah yang review blog uncle....! Jom kenal MELATI QISTYNA'S MUMMY..... Ayoh group hug!

Tuesday, November 1, 2011

November 1, 2011


Isteri uncle pernah mintak tolong belikan daun bawang di pasar... uncle bawak balik daun serai... Ini kisah benar suatu waktu dahulu semasa uncle baru lepas bernikah....

(Lelaki dan ego datang dalam satu package, ok? Untuk bertanya jauh sekali....!)