CLICK!

Followers

Sunday, May 31, 2020

May 31, 2020


Kucing siam. = Banyak kali dah terjumpa... 
Harimau siam = Inilah pertama kali jumpa..!

Aaaauuummm...! Baahaha...!












Saturday, May 30, 2020

May 30, 2020


Dilarang bunyikan Vuvuzela...?

Eh? Tapi selalunya di hospital orang letak papan tanda 'Dilarang bunyikan hon' kan?












Friday, May 29, 2020

May 29, 2020


Mendung tak bererti huja...

"Tap-tap"

Eh? Apa ni?

Okey, hujan sudah...

(Lari masuk rumah.)










Thursday, May 28, 2020

May 28, 2020


Ahh kucing ni... Kotak dah bagi. Bakul dah bagi. 
Atas tempat lap kaki kau lepak! Macam minta dipijak pula!


#GeramBetul











Wednesday, May 27, 2020

May 27, 2020


Alamak! Nampaknya ada orang gunakan kemudahan ini sebagai tempat tidur di sebelah malam! Jangan sampai bawa pindah satu keluarga sudah!












Tuesday, May 26, 2020

May 26, 2020


Eh? Minuman tempatan diterjemah sebagai Asian drinks..?
Sejak bila barangan Asia tu dikira tempatan? Uncle rasa tak berapa tepat, ni.... 

Tapi biasalah... uncle ni tukang komen pandailah! Baahaha...!












Monday, May 25, 2020

May 25, 2020


Baru hari raya kedua... macam dah tak nak makan menu raya...
Mungkinkah dah rindu kedai mamak...? Maklumlah dah dua bulan tak lepak mamak!

Baahaha...!










Sunday, May 24, 2020

May 24, 2020

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca bunyi dan pembaca sunyi BB@40 dari uncle sekeluarga! Maaf zahir dan batin! Jaga diri semua! 

Semoga kita semua selamat dan jangan buat-buat 'ter' ingkar PKPB, okey!














Saturday, May 23, 2020

May 23, 2020


Wah! Rupanya bayar zakat fitrah secara atas talian memalui Lembaga Zakat Selangor ni memang mudah! Dari baca lafaz hinggalah mendengar audio doa... semudah A-B-C! 

Resit? Tunggu di dalam e-mel..!














Friday, May 22, 2020

May 22, 2020


Ish! Buruknya benar rupanya orang putih ni pakai tengkolok! 

Habis senget-benget disebabkan saiznya terlalu besar dari kepala!











Thursday, May 21, 2020

May 21, 2020


Ini biasanya ritual orang yang sudah berjanji untuk sehidup semati... Apakah agaknya kesudahan pasangan ini? Mungkinkah sudah sampai ke jinjang pelamin? Atau mungkin sudah menimang cahaya mata? 

Kita doakan yang baik-baik, okay?












Wednesday, May 20, 2020

May 20, 2020


Amboi-amboi... suka hati dia letak keretanya di atas ruang pejalan kaki sebab nak elak hujan. Uncle pula yang kena tempias... Nampak tak cermin mata uncle basah?

#geram













Tuesday, May 19, 2020

May 19, 2002


Rasanya dah sampai masa untuk cantas sikit pokok tu... 
Sampai dah tak boleh eja dah perkataan di belakang tu...!

Dah tinggal batang-batang terpacak saja yang nampak!










Monday, May 18, 2020

May 18, 2020


Kejadian pagi tadi: Pagar syarikat penghantaran barang belum pun dibuka... sejumlah manusia telah pun berbaris menunggu giliran...!

Semoga bertabah..!














Sunday, May 17, 2020

May 17, 2020


Sedar tak sedar, rupanya dah berbagai saiz dan bentuk hand sanitizer di dalam rumah ni... Ada yang untuk diletak di atas meja. Ada yang untuk disimpan di dalam saku...

Yeap! Norma baharu... karenah pun baharu..!














Saturday, May 16, 2020

May 16, 2020


Siapa pula yang menanda 'X' di merata-rata tempat ni? Jangan-jangan malam ni ada penyamun yang kerja overtime nak musnahkan tempat ni, kot? 

Baahaha....












Friday, May 15, 2020

May 15, 2020


Alhamdulillah, bermula dengan gurauan dalam Facebook... 
Tak sangka hari ini 'sahabat' hantar nasi biryani Mahbub di hadapan rumah... 

Semoga Allah limpahkan rezeki pada 'sahabat'... Amin












Thursday, May 14, 2020

May 14, 2020


Amboi-amboi... karpet orang dah buang...! Bukan untuk engkau lepak-lepak di situ...! 

Tu tunggu apa lagi tu? Tunggu makmum datang...? Baahaha...!













Wednesday, May 13, 2020

May 13, 2020


Setelah tertunda untuk memperbaharui lesen memandu pada fasa PKP hari tu. 
Hari ini uncle berjaya hidupkannya kembali dalam fasa PKPB...!

Yeay! 











Tuesday, May 12, 2020

May 12, 2020


Alamak! Aunty dah mula siat-siat kulit popia!
Baik uncle CA - ALIP - BUT... cabuuuutttt...!!!













Monday, May 11, 2020

Sunday, May 10, 2020

May 10, 2020



Sejak PKP ni bukan rambut saja yang panjang...!

Tengok ni..! Rumput di taman rekreasi pun dah jadi lalang!














Saturday, May 9, 2020

May 9, 2020



Perasan tak sarung yang balut buah tu? 
Uncle tak buang. Uncle buat balut external hard disk! Bukan apa, tapi untuk kurangkan risiko kecederaan. Pandai tak?














Friday, May 8, 2020

May 8, 2020



"Masuuukkkkk barisan!"

Hari ini kena tambah barang-barang dapur.... 














Thursday, May 7, 2020

May 7, 2020



Aduh! Kenapalah tuan kedai tinggalkan air ni tergantung-gantung macam ni?

Nanti uncle tergoda dan terambil baru tahu...!













Wednesday, May 6, 2020

May 6, 2020



Tahukah anda? Kucing menggunakankan 30 hingga 50 peratus dalam sehari dengan menjilat-jilat membersihkan badannya?

Selebihnya sudah tentu makan berak tidur....!!!  Huh..!















Tuesday, May 5, 2020

May 5, 2020



Aduh! Dah melurut sampai ke bawah..?! 
Takkan dah kurus sebab berpuasa, kot...?!

 Tengok muka pun tahu tak puasa, ni! Baahaha..!