Followers

Saturday, April 19, 2025

April 19, 2025



Kepada tuan-tuan anjing tu...
 sila ambil perhatian ya... 

Tapi untuk anjing-anjing liar...
errr...? Fahamkah anjing-anjing tu?







Friday, April 18, 2025

April 18, 2025



Mesti ramai yang sangka bendera di belakang tu
adalah bendera Palestin, tapi sebenarnya bukan! 

Itu adalah bendera Emiriyah Arab Bersatu atau UAE. 

Baik anak-anak.... Itu sahaja pelajaran kita untuk hari ini... 


(Siapa tahu apa bezanya?)







Thursday, April 17, 2025

April 17, 2025



Raya baru sudah...

 Bulan Syawal pun belum habis lagi... 

Aunty dah selak-selak langsir baharu...? 

(Tak semena-mena peluh jantan uncle menitis di dahi..)







Wednesday, April 16, 2025

April 16, 2025



Ada ni haaa... Baru lepas cabut gigi geraham... 

"Sakit tak?" Tanya doktor sebaik saja selesai.

"Sakit? Semut gigit lagi sakit!" Jawab uncle dalam nada maskulin. 

Jujurnya...

Nasib baik doktor tu muda dan manis...  

Ikutkan hati uncle nak meraung macam budak tadika!







Tuesday, April 15, 2025

April 15, 2025



Peribahasa asli:
"Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah." 

Peribahasa moden: 
"Gajah gebu dengan gajah gebu bergaduh, uncle *_______ di tengah-tengah." 

(*Isi tempat kosong dengan perkataan sesuai.)







Monday, April 14, 2025

April 14, 2025



Nampak papan tanda ni tadi. 

Apa yang nak disampaikan? 

Kereta di hadapan tu sedang berhati-hati? 

Bukankah lebih baik kalau ditulis; 

"AWAS! KERETA DI HADAPAN." 

Ringkas...






Sunday, April 13, 2025

April 13, 2025



BULAN LEPAS:
Berpusu-pusu ke pasaraya untuk beli persiapan hari raya. 

BULAN INI:
Berpusu-pusu ke pasaraya untuk persiapan rumah terbuka. 


Hmmm... Sebulan lagilah nak menghadap kesesakan jalan raya, ni!







Saturday, April 12, 2025

April 12, 2025



SOALAN: Apakah kegunaan lubang angin
selain untuk laluan angin di tandas?

JAWAPAN: Tempat selit ubat gigi, 
berus gigi, pencukur dan segala macam!

Hari ni uncle beraya jauh sikit... 

Luar kota.









Friday, April 11, 2025

April 11, 2025



"Amboi amboi amboi..!!"

"Masuk rumah orang tak bagi salam?!" 

Herdik uncle pada pokok bunga kertas itu...







Thursday, April 10, 2025

April 10, 2025



Kedai basuh kereta ni mengkategorikan 
kenderaan mengikut saiz S, M, L dan XL. 

Ini nak basuh kereta atau nak jual baju? 

Kereta uncle saiz apa? 

Hmmmm... 'free size!' 

Baahaha..!







Wednesday, April 9, 2025

April 9, 2025



Awan dah sarat sangat tu! 

Uncle dah tak boleh berlengah-lengah lagi dah ni. 

Kena gerak segera! 

-

Orang lelaki ni memang macam ni. 

Isteri suruh bawa payung, ~ malu! 

Bila dah jadi macam ni baru nak kelam-kabut!







Tuesday, April 8, 2025

April 8, 2025



Pepatah Inggeris berbunyi;
"Good things come in small packages."

Tapi uncle terima bungkusan besar tapi isinya kecil...

Hmmm... ini mesti kes kehabisan plastik bungkusan kecil... 


#YangPentingSampai







Monday, April 7, 2025

April 7, 2025



Manisan kegemaran ramai yang masih bertahan dari generasi
ke generasi tanpa mengira umur dan warna  rambut  kulit.







Sunday, April 6, 2025

April 6, 2025



Uncle ni sebenarnya geng raya KL. 

Tapi hari ni gatal nak sertai 'pesta lampu merah' di lebuhraya! 

Tengok tu! Punyalah panjang garisan merah! 

Ini baru betul "Ranjau Sepanjang Jalan!"

Tepuk dahi!








Saturday, April 5, 2025

April 5, 2025



Okey... Ini mesti kes... 

Sedang cetak, setengah jalan, dakwat habis. 

Penyelesaiannya...? 

Dia sambung dengan tulisan tangan. 

Macam mana uncle tahu? 

Uncle pun pernah mengalami situasi yang sama, dulu! (bisik)

Baahaha...!







Friday, April 4, 2025

April 4, 2025



Ini betul-betul 'duit terpijak'. 

Berjalan menuju ke kereta. 

Terpijak wang kertas ini... 

Errr...

Uncle anggap duit raya boleh?







Thursday, April 3, 2025

April 3, 2025



Demikianlah tuan-tuan dan puan-puan... 

Balik dari basuh kereta... 

...hujan pun turun.







Wednesday, April 2, 2025

April 2, 2025



Kecuali 'salam keruk'... ðŸ˜‚

(Kempen ni patutnya dah boleh simpan di muzium Covid...Haih...)







Tuesday, April 1, 2025

April 1, 2025



Hari raya kedua... 
...menu masih macam hari raya pertama! 

Mesti ramai yang macam ni, kan?







Monday, March 31, 2025

March 31, 2025

SALAM AIDILFITRI


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca bunyi dan pembaca sunyi BB@40, 
maaf zahir dan batin. Hari-hati memandu di musim perayaan ini 
dan semoga selamat sampai ke destinasi.

#KosongKosong







Sunday, March 30, 2025

Saturday, March 29, 2025

March 29, 2025


Uish! Bahaya papan tanda ni! 

Jangan sampai tersalah baca... 

SEKSYEN 3. 

Bukan SEKS 3! 

Hati-hati! 
Tersampai salah destinasi, nanti!







Friday, March 28, 2025

March 28, 2025



80% cadangan carian di akaun Instagram 
uncle adalah berkisar ikan jerung atau ikan paus. 

Nampaknya ada 'orang' yang mempunyai obsesi nak jadi Aquaman ni... 

Kawan-kawan punya algoritma apa?







Thursday, March 27, 2025

March 27, 2025



Yay! Terima hamper raya dari jiran sebelah berbangsa India! 

Setiap kali bila perayaan mereka, kami pun tak lupa bertukar hadiah. 

Uncle percaya rakyat Malaysia kebanyakannya adalah harmoni. 

Yang berbalah dalam media sosial tu sebenarnya 
sikit saja tapi bunyinya macam dah nak kiamat dunia! 

Majoriti tetap harmoni.







Wednesday, March 26, 2025

March 26, 2025

Ulang tahun blog yang ke 16!

26 Mac 2009 – 26 Mac 2025. 

Kalau megikut kiraan uncle, (Okey tipu. uncle tanya Chat GPT.) 
terdapat 5,844 hari sepanjang 16 tahun. 

Dalam 16 tahun tu uncle TERLUPA untuk swafoto hanya SEHARI! 
Tarikh lupa: > 10 September 2018

Ini bermakna uncle telah mendokumentasikan 
5,843 keping swafoto setakat hari ini.


#TepukBahuSendiri






Tuesday, March 25, 2025

March 25, 2025



"Dengan menyempurnakan pesananan perintah dari
negara pasir berdengung, maka dengan ini uncle mengisytiharkan 
bahawa usia uncle hari ni telah mencapai 56 tahun."

Sekian dan salam hormat.







Monday, March 24, 2025

March 24, 2025



Hujung-hujung Ramadan.

Jiran kiri bakar kuih. 

Jiran kanan bakar kek. 

Fuuhhh! Harumnya! 


(Cabaran untuk orang bekerja dari rumah macam uncle.)







Sunday, March 23, 2025

March 23, 2025



Dahulu Malaysia pernah ada kereta model Kancil, Rusa, Kenari dan Kelisa... 

Tapi ni mana datang model KOBAU, ni...?  

Edisi terhad kot! Baahaha!


#kreatif







Saturday, March 22, 2025

March 22, 2025



Apa ertinya nak BAS kalau hanya boleh memuatkan seorang. 

Baik naik BASikal...






Friday, March 21, 2025

March 21, 2025



Hai nasib mu rempeyek. 

Uncle jangkakan hayat mu tak akan sampai ke hari raya. 

Entah-entah malam ni juga uncle akan tamatkan riwayat mu...

Hiiiyaaahh! (Sambil tangan menunjukkan isyarat karate...)





Thursday, March 20, 2025

March 20, 2025



Bunga raya memainkan peranan yang penting bagi murid di Malaysia. 

Bunga yang dah kembang akan dipetik 
untuk di bedah dalam kelas sains. 

Bunga yang masih kuncup akan dipetik untuk buat 
main-main lipstik oleh murid perempuan. 

Haaa! Ada yang tersenyum mengimbau kenangan lalu?