Followers

Friday, November 13, 2026

November 13, 2026



Kebelakangan ini banyak betul terima panggilan telefon yang tak dikenali

Nombor yang tertera pula bukan-bukan. Macam bukan dari dalam negara.

Bila telefon dah mengesyaki 'spam'... uncle pun terus sekatlah! 

Harap-harap uncle buat tindakan yang tepat... 

Kalau kawan-kawan buat apa?







Thursday, November 12, 2026

November 12, 2026

GUEST #124


Bertuahnya uncle hari ini dapat jumpa dengan kawan lama, seorang
pelukis komik, kartunis, pencipta kandungan (content creator) 
animator, pensyarah dan usahawan berjaya iaitu JAKALLL. 

Lebih bertuah, uncle menerima komik XGEN karya beliau 
sekali dengan tandatangannya yang panas-panas! 

Jangan lupa ikuti TikTok Kartunis_Jakalll (<-- klik) ya! 

Kalau nak beli komik XGen... <-- klik di sini atau di bio TikTok beliau!







Wednesday, November 11, 2026

November 11, 2026



"Uih! Banyaknya buah mangga. Beli di mana?" Tanya uncle pada aunty. 

"Online." Jawab aunty pendek.

... 

"Eh? Mana mangga tadi?" Tanya aunty sambil tercari-cari. 

"Nanti... Nak buat modal blog dulu..." Jawab uncle lalu membuat 'wajah poker'.







Tuesday, November 10, 2026

November 10, 2026



Hah! 

Nak berlumba basikal lah tu! 

Siap dengan pasukan sorak dan gadis litar! ðŸ˜„ 

Hmmm.... Seronoknya jadi kanak-kanak... 

Tak perlu fikir kerja, bil bulanan dan tanggungan 

Balik sekolah, main, main, main...







Monday, November 9, 2026

November 9, 2026



"Minit ke-5. Aunty masuk ke gelanggang pasar raya."

"Dengan pantas menuju ke bahagia barangan basah."

"Ada ikan, ada kerang, ada sotong."

"Mata aunty tajam memerhatikan atas meja sambil mencipta peluang."

"Oh! Aunty berjaya menepis sebuah troli pengunjung lain 
dengan satu pusingan yang cukup bergaya!" 

"Detik cemas! Aunty mengatur langkah, dan... GOOLLL!"

"Akhirnya aunty mencedok kerang!" 

YEAY!







Sunday, November 8, 2026

November 8, 2026



Hari ni hadir kenduri kahwin lagi. 

Lokasi di sebuah kelab persendirian. 

Naik turun cari dewan tak jumpa. 

Tup-tup terjumpa kolam renang. 

Uncle ni mudah.

Tak jumpa dewan, uncle terjun kolam dengan baju kenduri..! 

Baahaha!






Saturday, November 7, 2026

Novembet 7, 2026



Hadir kenduri kahwin. 

Duduk betul-betul membelakangkan kipas gergasi. 

Hmmm... nampaknya kena habiskan makanan dan cepat berlalu...  

Sebab kalau mereka hidupkan kipas tu... mahu rambut rockers 
uncle ni akan bertukar jadi rambut hantu Kak Limah!







Friday, November 6, 2026

November 6, 2026



Pokok betik dihinggap tempua, 
Singgah sebentar makan papaya, 
Keropok sebakul sudah tersedia,
Jom kawan-kawan kita kunyah bersama!







Thursday, November 5, 2026

November 5, 2026



Semalam beli sedikit pisang goreng... tak cukup.

Hari ni beli lebih sikit pisang goreng... tak habis pula! 

Mengada betul selera ni...







Wednesday, November 4, 2026

November 4, 2026



Pesanan untuk kawan-kawan dan diri uncle sendiri. 

Janganlah tinggal beg atau barang berharga tanpa pengawasan di meja 
sama ada ketika hendak ambil oder, basuh tangan atau apa pun urusan... 

Manalah tahu... dalam sekelip masa boleh membawa penyesalan...