CLICK!

Followers

Tuesday, July 31, 2012

July 31, 2012


FANTASI: "Wow! Pakcik tu sedang layan kereta! Sangat maskulin! It's a MAN thing!"

REALITI: Uncle sedang halau tikus yang baru pindah dalam enjin kereta ni... "Eeeeiii! Geli!"

Monday, July 30, 2012

July 30, 2012


Alahai mata... 

Waktu tidur, susah benar nak lena...
Tapi bila dah lena, susah benar nak jaga...

(Jam sudah 3:03 pagi la, wei!)

Sunday, July 29, 2012

July 29, 2012


SUAMI: Abang ambil troli, ya?
ISTERI: Tak perlu troli, bang... Ambil bakul... satu dua barang saja...

(Huh! Ye lah tu, satu dua barang...! Dah nak tercabut soket bahu uncle ni...)

Saturday, July 28, 2012

July 28, 2012


Untuk belajar terjun ke dalam kolam renang dengan gaya sehebat itu, uncle sanggup buat...

Tetapi untuk pakai seluar sekecil itu... yang tu uncle tak sanggup buat...!




Friday, July 27, 2012

July 27, 2012


Minta kerjasama, boleh?

Mulai hari ini jangan panggil uncle gedek.... 

...sila panggil doktor gedek.

harap maklum.

Thursday, July 26, 2012

July 26, 2012


Uncle sedang ambil gambar kamera CCTV yang sedang ambil gambar uncle atau kamera CCTV yang ambil gambar uncle sedang ambil gambar kamera CCTV belakang uncle...?!?! 

Hoi! Pening lah! (Kang buka puasa, kang!)

Wednesday, July 25, 2012

July 25, 2012


Jangan lupa ya? Kamu sudah? 
Uncle pun belum.... (bisik)



~ Entri khidmat masyarakat untuk ingat-mengingati ini dibawa oleh BB@40 ~



Tuesday, July 24, 2012

July 24, 2012


Di manakah ini? Siapa pandai, cubalah teka...


(Jawapan yang tepat akan menerima hadiah pakej bercuti 3 hari 2 malam di rumah sendiri...! Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum kamu tutup mata selama-lamanya...) 

Monday, July 23, 2012

July 23, 2012


Menunggu kereta siap di bengkel, adalah pengalaman yang amat menjengkelkan! Panas, debu, bising, lantai berminyak semuanya bagaikan satu pakej..! 

Tapi itu dulu... sejak tauke bengkel meletakkan 'penyeri'... ia adalah pengalaman yang menyeronokkan...! (Eh? Kenapa cepat sangat siap kereta aku, kali ni?)

Sunday, July 22, 2012

July 22, 2012


Mungkinkah Yap Ah Shak ini adik kepada Yap Ah Loy?
Okey, okey! Uncle mengaku! Uncle dulu 'kantoi' mata pelajaran sejarah!

Saturday, July 21, 2012

July 21, 2012


Uncle memang sayangkan KL, masalahnya KL tidak pernah sayangkan uncle...! Cintaku tidak berbalas..!!!!

Friday, July 20, 2012

July 20, 2012


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
Uncle sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Lawak Darul Blogger, ingin mengingatkan bahawa anak bulan telah kelihatan, dengan ini jangan pula ada yang buat-buat tak tahu, atau buat-buat sakit gastrik. Biskut-biskut atau mi segera di pejabat tu, sila habiskan hari ini! Selamat berpuasa ya kawan-kawan!





Semalam fa-T kata blog uncle ada ada nilai estatika budaya... uncle bangga. Tapi uncle tak sangka rupanya budaya Red Indian! ~Haha! (Klik SINI)

Thursday, July 19, 2012

July 19, 2012


"Kejelitaan adalah hak milik setiap insan..." ~ Baahaha...!



Ya-Allah ya tuhan ku... janganlah isteri aku tengok entri hari ini... nanti dia tahu kenapa losyen dia cepat habis.... (sambil tadah tangan)

Wednesday, July 18, 2012

July 18, 2012


Siapa kata orang muka tak makan saman tidak boleh kena saman...?

LOKASI: Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S. Lee

Tuesday, July 17, 2012

July 17, 2012


Belakang adalah mesin gerudi untuk membina terowong laluan LRT bawah tanah! Besar gila kan? Uncle bukan minat gerudi-gerudi bagak macam ni... tapi kalau Gerudi Inul, minatlah...! Haha






Terima kasih untuk ZULHAIRI SEMAN sebab panggil Uncle Muka Ketat... Huhuhu..!

Monday, July 16, 2012

July 16, 2012


Tentu ada yang baca 'Kanak-Kanak Bersalin Kulit' ~ Haha!

(Di sinilah pentingnya, koma, noktah atau titik mula... kan?)

Sunday, July 15, 2012

July 15, 2012


Menu makan tengah hari hari ini... French fries cicah sambal dengan teh tarik... Barulah 'fusion'...!

Saturday, July 14, 2012

July 14, 2012


Belum-belum..! ini bukan beratur untuk mengundi. Ini baru beratur untuk timbang bawang... 

(Pssstt...! Uncle tahu ramai yang tak sabar nak menunggu pilihanraya, ni...!)

Friday, July 13, 2012

July 13, 2012


Kenapa nama restoran ini dinamakan sebegini? 
Untuk mengingatkan pelanggannya supaya datang hari-hari?

SALAH!

Sebenarnya untuk mengingatkan pekerjanya supaya tidak ponteng kerja! ~Haha!

Thursday, July 12, 2012

July 12, 2012


Uncle adalah jenis orang yang tidak pandai sorokkan emosi... Setiap kali uncle marah, kepala uncle pasti berasap...!

Okey, uncle tipu... belakang tu periuk nasi...

Wednesday, July 11, 2012

July 11, 2012


"Eh? Apahal la beruk ni? Macam poyolah pulak?"

(...kata beruk itu dalam hati... ~ haha!)






Kepada EDAMANALI, gambar tu dah jadi... tapi kalau tambah misai dengan janggut lagi jadi! Haha...! Uncle suka!

Tuesday, July 10, 2012

July 10, 2012


Bibir berkilat itu bukan sebab pakai lip gloss atau nak tiru gaya 'mamat jambu' K-pop...
...tapi disebabkan oleh sarapan mee goreng dengan sambal sotong... ohsem!






Nak ucap terima kasih sebanyak 178938723829 kali kepada MUHAMMAD FIRDAUS HAMSANI. Kenapa banyak sangat? Kerana entri INI...! TQVM!

Monday, July 9, 2012

July 9, 2012


"Beradaplah sikit" atau "Beradablah sikit"?

Ayat penuh: 'Nasihat salah, tak nasihat pun salah, beradaplah sikit kawan' 
(poster kesedaran merokok)



Sunday, July 8, 2012

July 8, 2012


Uncle beli kereta untuk buat rak kasut... (Tauke minyak Mesir pun tak sehebat ni, tahu!)

Saturday, July 7, 2012

July 7, 2012


Jika kita sudah memakai tali pinggang seluar, apa perlukah kita menggunakan tali pinggang keledar? Berapa banyak tali pinggang yang kita perlukan sebenarnya?

 (AMARAN: Jangan tiru aksi lagak ngeri lagak pandai ini.)

Friday, July 6, 2012

July 6, 2012


Hari ini dalam sejarah. Report card uncle, Sekolah Agama Kampung Kastam, Larkin, Johor Bahru tahun 1979! Zaman ini internet hanyalah cerita fiksyen, tahu!



Err... sebenarnya dulu uncle seorang murid yang meriah. Sebab itu cikgu tulis menggunakan dakwat biru dan merah... supaya mencerminkan kemeriahan uncle... (Ah! Suka hati kamulah nak percaya atau tidak!)


Thursday, July 5, 2012

July 5, 2012


*BLOW for sale...? La la la la...
(*Singkatan untuk Bungalow?)





NOTA LAIN: 
  1. Kepada AN1ES0N1CK: Cubaan kamu tu menjadi... tapi adik-adik kamu tu yang 'tak boleh blah', tu! Ha ha! Kirim salam kat adik-adik, ya?
  2. Kepada: MIMIEHALIM: 'Kerut satu berdiri' antara kening uncle tu 'trade mark' uncle, tahu! Haha!
Terima kasih kamu semua!

Wednesday, July 4, 2012

July 4, 2012



Jangan cemburu! Uncle cuti! Lepak sambil menghirup udara segar di kampung! Kamu semua kerja la elok-elok sambil menghadap muka boss, tu...! Nampak tu? Geng borak dah tunggu sambil layan kopi O, panas... 

LOKASI: Kampung Seri Asahan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Tuesday, July 3, 2012

July 3, 2012


Kamu yang mana satu?

A) Duduk, tengok dan menikmati keindahan pemandangan di belakang itu.
B) Baling batu pada air untuk tengok bayang-bayang yang indah itu musnah.

Uncle duduk dalam kategori B  (Ya! Uncle memang makhluk perosak.. Haha!)

LOKASI: Taman Tasik Ampang Hilir.

Monday, July 2, 2012

July 2, 2012


TULIS BEGINI: Mereka ingat papan tanda nama jalan ini elok dihias begini?

SILA BACA BEGINI: Diorang ingat papan tanda nama jalan ini tok nenek diorang punya?

(Kok ya pun, janganlah tutup semua...!)

Sunday, July 1, 2012

July 1, 2012


"Kenapa? Tak percaya...?
(Kan uncle dah cakap, dari lubang telinga uncle, memang boleh terus nampak otak...)