CLICK!

Followers

Monday, November 30, 2020

November 30, 2020



Biar betul..!? 15 kilometer sejam? 
Budak dua orang dalam papan tanda tu pun lari lagi laju...! 

Baahaha...!













Sunday, November 29, 2020

November 29, 2020



Alahai.... 'luas'nya lorong ni...

Baahaha...!















Saturday, November 28, 2020

November 28, 2020



Uish! Dah 26 tahun dah kita kan? 

#PengantinVitage














Friday, November 27, 2020

November 27, 2020



Musim hujan. Kabus. Kesejukan. 
Cemburu tengok semua motosikal di sini ada orang selimutkan... 
Bukan macam uncle, waktu tidur tarik selimut sendiri... 

Huhuhu...!














Thursday, November 26, 2020

November 26, 2020



Kain pelikat memang terbukti versatile..! Pakai di rumah boleh. Pakai ke masjid boleh, Pakai waktu tidur lagi boleh. Tengok tu! Buat alas seluar semasa potong rumput pun boleh! Malaysia Boleh!













Wednesday, November 25, 2020

November 25, 2020



Bagus niat dia mengingatkan orang ramai supaya jangan membuang sampah untuk kebersihan bersama. Memang akhlak terpuji. Tapi yang tiba-tiba petik nama DBKL dan Alam Flora tu apa cerita? Takkan DBKL dan Alam Flora bagi papan tanda tulis tangan macam ni, kot? Baahaha...!












Tuesday, November 24, 2020

November 24, 2020



"Encik! Encik! Tolonglah ambil kami! Kata surat-surat itu sambil melambai-lambai. "Sejak orang beralih kepada E-mel, kami telah lama diabaikan." Desak surat-surat itu lagi... 

Agaknyalah. Mungkin dialognya begitu... Imiginasi uncle ni memang sukar dikawal... Baahaha...!










Monday, November 23, 2020

November 23, 2020



Wah! Ini VVIP peringkat tertinggi! Lain macam nombor pendaftaran kereta dia! 

(Dah nampak macam orang gigi rongak pun ada...! Baahaha...!)















Sunday, November 22, 2020

November 22, 2020



Kenapa ya orang namakan roti tisu? Bentuknya kon tidak seperti tisu. Kenapa tidak dinamakan roti kon? Tidak mudah koyak seperti tisu, tapi garing hingga terpatah-patah. Kenapa tidak dinamakan roti garing? 

Ah... banyak sangat berfikir uncle ni... Baik uncle teruskan minum Nescafe tarik sambil berfikir lagi...














Saturday, November 21, 2020

November 21, 2020



Kalau kereta rosak... kereta naik lori. 
Kalau lori rosak... lori naik lori besar! 
Kalau lori besar rosak...?  Naik apa...?











Friday, November 20, 2020

November 20, 2020



Halo encik... Tiada tempat lainkah encik nak lepak...? Atas tong sampah tu kot? Nanti orang chop encik ni 'sampah masyarakat' pula! Baik encik beredar sebelum orang 'menyampah'...! 

Baahaha...!













Thursday, November 19, 2020

November 19, 2020



Tapi jangan pula masuk SEMUA SEKALI GUS...!  
...dikhuatiri nanti tak dapat jaga penjarakkan satu meter!

(Pesanan tambahan ini dibawa khas oleh uncle gedek. Baahaha...) 















Wednesday, November 18, 2020

November 18, 2020



Ehem... Kawan-kawan sila cemburu, ya... 

Uncle sudah terima buku TERKAITNYA KITA hasil karya SYAZ EYM. Nampaknya uncle kena siapkan kopi, lunjurkan kaki dan luangkan masa bersendirian untuk menghayati buku sulung Syaz ni... Tahniah buat Syaz! Nak tahu lebih lanjut? Sila klik di > SINI <.

















Tuesday, November 17, 2020

November 17, 2020



Alahai yang tukang pasang ni pun satu... Dah senget sampai 90 darjah takkan tak perasan? Siap dah skru lagi. Nampak sangat buat kerja tak ikhlas. Lepas tu takkan tiada orang atasan yang datang selia? Aduh...!














Monday, November 16, 2020

November 16, 2020



Mula-mula timbul nasi ayam. 

Kemudian timbul nasi ayam dara.  

Kini timbul nasi ayam cun...!

Amboi! Lepas ini apalah pula...? Baahaha...!













Sunday, November 15, 2020

November 15, 2020



Ingat dapat tempat duduk yang bagus boleh lepak sebelah pokok... Tengok-tengok penuh dengan kotak rokok dan puntung rokok...! 'Potong stim' betul!

(Abaikan aunty yang suka makan pisang tu, ya...)













Friday, November 13, 2020

November 13, 2020



"Sedang berjemur..."

"Majoriti menggelarkan mereka sebagai 'orang gila'. Minoriti menggelarkan mereka sebagai 'orang istimewa'. Selalu uncle tertanya-tanya mengapa mereka wujud. Apakah peranan mereka. Apa saja yang ada di dalam fikiran mereka seharian... Memang sungguh misteri.














Thursday, November 12, 2020

November 12, 2020



Ada sesiapa yang nak cuba cuci dan syampu rambut di sini? Dua dalam satu! Sambil cuci rambut dapat cuci mata melihat kenderaan lalu-lalang! Baahaha...!
















Wednesday, November 11, 2020

November 11, 2020



Uncle suka dengan nama 'Gerai Nasi Minyak Lemak Laki Bini' di belakang tu. Menarik dan keratif. Nama yang senang untuk disebut-sebut. 

Kalau uncle berniaga? Nama gerai uncle adalah; 'Nasi Lemak Sedangkan Lidah Lagi Tergigit Inikan Pula Suami Isteri'. Kreatif tak? Baahaha..!

(Nota Lain, Kalau ada di Pandan Jaya jangan lupa cuba Nasik Lemak Laki Bini tu ya. Sebelah Hong Leong Bank. Memang sedap!)


















Tuesday, November 10, 2020

November 10, 2020



Sedih tengok banyak bas persiaran yang dah berbulan tersadai tidak beroperasi sejak virus Covid-19 melanda. Tapi itulah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... uncle amat memahami kerana kita semua terjejas...















Monday, November 9, 2020

November 9, 2020



Akibat lama sangat tak pergi menonton wayang... 
Beli popcorn untuk melepaskan rindu... 

Hu hu hu...! T_T













Sunday, November 8, 2020

November 8, 2020



Aik? Bunga Baja? Dengar tak pernah. Tengok pun tak pernah. 

Ohhh, terbalik tu! Baja bunga..!

Kan lain maksudnya tu? Baahaha...!













Saturday, November 7, 2020

November 7, 2020



Persoalannya bolehkah uncle makan di warung ini?

Pertama: Uncle ni pendiam. Bukan kaki borak.
Kedua: Uncle ni datang seorang. Nak borak dengan siapa?
Ketiga: Yang uncle subuh-subuh dah tercegat depan warung yang belum buka ni dah kenapa?

Baahaha....!
















Friday, November 6, 2020

November 6, 2020



Nak promosikan siaran Premier League punya hal... 

Ojak pun ojaklah...

Baahaha...!













Thursday, November 5, 2020

November 5, 2020



Kenapa ya orang selalu sebut "Tersengeh-sengeh macam kerang busuk"? 
Jangankan kerang tersengeh...  Kerang tersenyum pun uncle tak pernah tengok..! 

(Uncle betul-betul tak tahu, ni... Tolong!)














Wednesday, November 4, 2020

November 4, 2020



Memang selalu nampak anjing-anjing ni tidur berlonggok-longgok sambil memanaskan badan di kaki lima ni. Tapi kenapa pula hari ini mereka tidur jauh-jauh, jarak-jarak...?

Ohh... Musim Covid-19! Jaga jarak 1 meter! Baahaha...!














Tuesday, November 3, 2020

November 3, 2020



Hari ini uncle ada dua penumpang yang becok mulutnya..! Entah apa yang diborakkan uncle pun tak faham...! Rasa macam nak mencelah... "Hoi yang di belakang tu, boleh tolong diam sikit, tak?"

Baahaha...!















Monday, November 2, 2020

November 2, 2020



Sekarang cakap betul-betul... Ini nak jual batu atau nak jual buah?

(Hahaha. Dah tua-tua ni baru uncle faham maksud istilah STONE FRUITS <KLIK)