Followers

Showing posts with label Ganaël Portet. Show all posts
Showing posts with label Ganaël Portet. Show all posts

Monday, March 2, 2026

March 2, 2026



Ingat lagi kawan uncle Ganaël dari Paris tu? 

Hari ini beliau melintasi garisan 15 tahun dalam projek berswafoto setiap hari!

Ini pautan > video 15 tahun < beliau. 

Apa yang menarik pada video beliau kali ini? 

Sudah tentu sebab kali ni ada terselit wajah uncle dan aunty! YEAY!

Foto beliau dengan Menara Berkembar Petronas juga akhirnya menjadi kenyataan! 

Nanti rajin-rajin klik dan tonton pautan tu, ya!







Tuesday, January 6, 2026

January 6, 2026



Ada ni haaa...

Mengucapkan selamat jalan pada Ganaël dan Eric.
 
Hari ini mereka terbang kembali ke kota Paris 
setelah 13 hari berada di Kuala Lumpur!

Terima kasih tak terhingga kerana menjadikan 
'swafoto gurauan' menjadi kenyataan..! 

> FOTO 1 < dan > FOTO 2

Uncle benar-benar terharu! 

Semoga persahabatan kita berkekalan 
dan semoga kita bertemu lagi!







Thursday, January 1, 2026

January 1, 2026

SELAMAT TAHUN BAHARU 2026!

Tahun baharu bawa kawan Perancis cuba rasa buah durian. 

Mula-mula mereka agak cuak bila terhidu aroma durian. 

Selepas cuba... habis juga tiga, empat ulas! 

Tahniah Ganaël dan Eric! 

SOALAN: Cuba teka dalam ramai-ramai 
tu siapa yang tak makan durian? 

JAWAPAN: Tuuuu... yang paling tengah, tu!







Saturday, December 27, 2025

December 27, 2025



Ada ni haaa... 

Bawa sahabat uncle Eric dari kota Paris melawat Batu Caves. 

Dia tiba di Kuala Lumpur bersama-sama Ganaël tempoh hari. 

Eric juga ahli projek swafoto harian seperti uncle. 

Tahun ini projek Eric masuk tahun ke tujuh! 

Okeylah... Maaf uncle tak sempat ziarah blog. 

Uncle sibuk jadi pemandu pelancong! 

Nanti uncle singgah, ya! 

Ta ta..!







Thursday, December 25, 2025

December 25, 2025

GUEST #115

Tetamu yang uncle nanti-nanti. 

Memperkenalkan Ganaël Portet dari kota Paris. 'Teman seperjuangan' dalam
projek swafoto harian dan projek swafoto beliau kini hampir ke tahun ke 15! 

Berjumpa di YouTube dan sambung persahabatan di Facebook dan Instagram.
Selalu bertanya khabar dimedia sosial, berborak tentang projek swafoto.

Bermula dengan gurauan; "Satu hari nanti, kita patut berswafoto bersama. 
swafoto saya ada kamu dan swafoto kamu ada saya." Kata beliau. 

"Haha! Itu idea yang baik!" Jawab uncle.

Hari ini setelah bertahun-tahun, beliau betul-betul terbang 
ke Kuala Lumpur demi untuk swafoto itu! 


NOTA: Kami juga pernah buat 'swafoto atas talian' 
pada 22 Feb 2021 dan pada 11 April 2022.







Monday, April 11, 2022

April 11, 2022



Ini adalah Ganaël Portet kawan uncle dari kota Paris. 

Beliau telah membuat ucapan hari lahir dalam cara yang unik 
untuk uncle pada Mac lepas! (Lihat foto)

Semalam adalah hari lahir beliau... (Maaf terlambat ucap!)

Jadi uncle juga nak buat benda yang sama..!!! 



Jangan lupa klik di >SINI< untuk tonton video beliau berswafoto selama 10 tahun!



#RakanPengembaraMasa













Thursday, June 3, 2021

June 3, 2021



CERITA TOPI. 

Hari pertama uncle pakai topi ini adalah pada 28 Mei lepas.

Setiap hari uncle pusingkan sedikit demi sedikit.

Hari ini sudah lengkap satu pusingan. 

Kenapa? 

Kerana ingin meniru gaya kawan baik, Ganaël Portet dalam videonya. (Lihat SINI). 

Dan uncle akan lengkapkan satu pusinagn lagi...

(Jangan lupa tonton video Ganaël Portet yang penuh! Menarik!)









Monday, February 22, 2021

February 22, 2021



Tahniah pada rakan 'pengembara masa' Ganaël Portet dari Paris kerana semalam beliau berjaya mencapai usia 10 tahun dalam projek berswafoto! Bukan senang nak lengkapkan satu dekad tahu! 

Paling uncle bangga beliau pernah berswafoto dengan uncle di tv! Nampak tak? Nampak tak? Jadi hari ini giliran uncle berswafoto dengan beliau di tv...! 

Jom tonton video 10 tahun beliau di > SINI < ! Jangan lupa klik suka dan langgan..!

(NOTA TAK MALU: Foto uncle diminit 5:17. Baahaha!)