Followers

Monday, June 22, 2026

June 22, 2026



Terima kek comel dari anak-anak sempena Hari Bapa semalam. 

Hari ini baru nak makan. 

Semalam tak mampu makan sebab terlalu kenyang!

Maklumlah, semalam seharian ayah mereka keluar makan, makan dan makan...

Baahaha...!







Sunday, June 21, 2026

June 21, 2026

GUEST #119


Bersua muka dengan pemilik blog DINOHAUZ iaitu Bidasari... 
(Tudung pink)

Orangnya peramah. Pertama kali jumpa dah macam kawan lama! 
Borak, makan, borak, makan, borak, makan...

Yang tudung bunga? Siapa tak kenal FANNY blogger dari Jakarta, kan?

Semoga mereka berdua tidak menyesal luangkan masa seharian bersama uncle dan aunty... 🤭

LOKASI: RexKL.







Saturday, June 20, 2026

June 20, 2026


Jumpa 'dia' (<-- Klik) di zaman Covid. 

Lima tahun kemudian, zaman Covid berlalu,
 'dia' masih di sini setia menanti orang untuk dicucuk!  

Panjang umur dia...






Friday, June 19, 2026

June 19, 2026



Semua kereta ada kertas saman. 

Yang hairannya kereta uncle tiada. 

Kereta uncle ni halimunan atau macam mana? 

Bukanlah tak bersyukur. 

Tapi rasa macam dianaktirikan pula... 

Baahaha!







Thursday, June 18, 2026

June 18, 2026



Sengaja pilih meja yang paling dekat dengan dapur... 

Supaya makanan sampai lebih cepat! 

Bijak bukan?







Wednesday, June 17, 2026

June 17, 2026



Ziarah anak saudara di hospital. 

Ini Muaz, umur 22 tahun. 

Tapi di mata uncle dia masih 10 tahun. 

Jadi uncle bawa hadiah kereta lumba mainan untuk dia. 

Harap dia suka...







Tuesday, June 16, 2026

June 16, 2026



Tadi tapau mi goreng. Fuh! Lazat! 

Okey! Boleh buat modal cerita dalam blog ni. 

Sambung makan.... habis. 

Alamak! Tak sempat foto untuk blog! 

Hmmm... Tak mengapalah... 

Foto bekas kosong bukti dah kenyang... 

Baahaha...!







Monday, June 15, 2026

June 15, 2026



Kenapa orang boleh pilih perkataan macam tu, kan? 

Tak cukupkah dengan ayat "Dilarang Buang Sampah Di Sini." saja? 

Mestikah tulis B*B*?

Kita ni nak sebut perkataan tu pun segan-segan...







Sunday, June 14, 2026

June 14, 2026



Oh tuhan...

 Berilah kekuatan dan keberanian untuk sebut 
kalimat "Pinjam 10 ringgit..." pada aunty...







Saturday, June 13, 2026

June 13, 2026

GUEST #118


Bertuahnya rasa... 

Dapat berjumpa dengan saudara MOHAR
peniup seruling yang tersohor di Malaysia. 

M. Nasir? Siti Nurhaliza? Jamal Abdillah? 
Sebut saja mana-mana nama bintang, pasti nama 
Mohar juga tertera di dalam album mereka. 

Namun begitu... beliau seorang yang sangat merendah diri, dan mesra.







Friday, June 12, 2026

June 12, 2026



Uncle beli kerusi ni supaya uncle selesa buat kerja. 

Bila kerja beres, uncle dapat upah dan boleh beli makanan kucing. 

Sekarang kucing buat kerusi jadi tempat tidur dia. 

Jadi uncle tak dapat kerja dan tiada upah. 

Hah! Lantak kau lah Mocha! 

Pergi tangkap tikus sendiri!







Thursday, June 11, 2026

June 11, 2026



Laluan ini bukan sekadar cantik, ceria dan menjadi tempat foto-foto. 

Tapi pada uncle ia adalah gambaran perjalanan hidup kita yang
 penuhi warna-warni dari mula kita lahir hingga ke penghujung... 

Setuju tak? 


LOKASI: Elmina Rainbow Bridge. Shah Alam, Selangor.







Wednesday, June 10, 2026

June 10, 2026



Tahulah aunty tu peramah... 

Tapi dengan capybara pun dia ajak berborak?







Tuesday, June 9, 2026

June 9, 2026



Hari ini uncle telah 'memutuskan hubungan' dengan 
tocang uncle setelah sekian lama kami bersama. 

Selamat tinggal tocang. Susah dan senang kita harungi bersama. 
namun kini tiba waktunya kita membawa haluan masing-masing... 

Yang memegang tocang:
ELTON MOW. Satu-satunya pendandan rambut
yang uncle percaya untuk menjalankan tugas getir ini.

Yang sedang tunjuk: 
YONG CHOON LING: Pengarah sinematografi yang terkenal di Malaysia, 
sahabat yang datang memberi sokongan. 

Kedua-duanya adalah sahabat baik uncle sejak remaja.







Monday, June 8, 2026

June 8, 2026


"Kalau tak percaya, ambil kapak, kau belahlah kepala ku!"

"Eh! Nanti..! Kalau tukar pisau potong kek, boleh tak?"







Sunday, June 7, 2026

June 7, 2026



Mak ai! Besarnya! 

Ini snek atau kayu balak? 

Kalau dikongsi dengan satu kampung pun tak habis!







Saturday, June 6, 2026

June 6, 2026



Walaupun kami datang dari spesies yang berbeza... 

Masalah rabun mata kami memang nyata...







Friday, June 5, 2026

June 5, 2026



Hari ini kawasan pagar rumah uncle dimasuki pencuri. 

Kejadian dirakam CCTV jam 5:20 subuh tadi. 

Visual A:
 Pencuri sedang memilih-milih baju di sidaian untuk dibawa pulang. 
(Ya! Pilih-pilih, macam shopping raya!)

Visual B: 
Hanya itu wajah yang terakam oleh kamera. 

Jumlah kerugian: 
Entahlah... Satu set baju kurung aunty. Satu set baju kurung anak
 dan mungkin beberapa helai tudung. 

Sekian laporan.







Thursday, June 4, 2026

June 4, 2026


Mak aii! 

Besarnya barang yang sampai ni! 

Berat pula tu! 

Apalah yang aunty oder ni?!?

Patahlah pinggang uncle macam ni!







Wednesday, June 3, 2026

June 3, 2026


Gigih menyelit sebelah pemain gendang tarian singa demi nak swafoto. 

Tiba-tiba, gendang dipalu! Rasa nak luruh jantung terkejut! 

Tapi sebagai lelaki tulen, ego mesti tinggi! 

Wajah 'terkejut beruk' digantikan dengan kontrol 'maco'.







Tuesday, June 2, 2026

June 2, 2026



Hitamlah hitam, si tampuk manggis, 
Sungguhlah hitam dipandang manis... 


Ehem... Yang baju hitam tu pun manis juga, kan?







Monday, June 1, 2026

June 1, 2026



Mencari ketenangan minda... 
(Okey tipu. Sebenarnya mencari makan.) 

Hidung dah terhidu ketam goreng, udang bakar kerang rebus...

Berlatarbelakangkan Sungai Selangor, Kuala Selangor, 
Selangor Darul Ehsan.