Followers

Thursday, May 21, 2026

May 21, 2026



Terlihat kawan-kawan buat poster ai ni... 

Uncle pun cuba. Tak jadi. 
Chat GPT buat uncle jadi perempuan! Huh! 

Kecewa! Uncle tinggalkan... 

Nak jadi cerita...

Sahabat blogger INILAH SHAIZAR tolong prompt kan. 

YEAY! Jadi kan? 

Dia kena pakar tolong promptkan baru jadi!

Jutaan terima kasih pada SHAIZAR







Wednesday, May 20, 2026

May 20, 2026



Contohilah makhluk asing di belakang uncle tu... 

Duduk-duduk di kaki lima pun, dia tak pernah lupa berdoa... 

Tapi kan... 

Agak-agaknya, apakah yang didoakannya tu, kan?







Tuesday, May 19, 2026

May 19, 2026



TV kanan siar lagu-lagu. 

TV kiri siar bacaan mengaji Al Quran.

Telinga kanan, hiburan. 

Telinga kiri, kerohanian. 

Makna kata, hari ni betul-betul seimbang...







Monday, May 18, 2026

May 18, 2026



Tadi uncle dipaksa 'derma darah' dengan tanpa rela... 

Dengan sekali tamparan si penghisap darah itu tewas! 

Fuh! Nasib baiklah si penghisap darah itu bukan
 yang jenis berkaki belang-belang hitam putih! 

Kalau tidak... harus uncle ke hospital, esok! 


(Eh? Kenapa kulit lengan uncle macam kering ketandusan, tu?)
 







Sunday, May 17, 2026

May 17, 2026



Tiada apa yang lebih menggembirakan dari adik-beradik 
datang bertandang dan makan malam di rumah... 

Kalaulah boleh buat selalu kan?







Saturday, May 16, 2026

May 16, 2026



Kreatif dan anggun! 

Di celah-celah daun, di lukis seraut wajah 
menjadikan daun-daun umpama rambut! 

Jadi...  kalau uncle bela daun-daun di kepala uncle
mungkinkah uncle juga akan kelihatan anggun?







Friday, May 15, 2026

May 15, 2026



Baju hitam dan bulu kucing memang bukan kawan baik... 

Apatah lagi untuk orang yang pakai baju hitam hari-hari... 
(Sambil tunjuk pada diri sendiri.) 

Tapi masalahnya si Milo ni bila pandang uncle dia akan buat 'wajah simpati'... 

...jadi terpaksalah uncle angkat dia... 

(Habis baju uncle!)







Thursday, May 14, 2026

May 14, 2026



Kamera belakang kereta uncle terakam aksi pemuda bermotosikal ni... 

Memacu laju di jalan besar. 

Salah seorang tidak memakai topi keledar. 

Moga-moga mereka sampai ke destinasi dengan selamat. 

Bukan apa... Malang kan tak berbau... 


(Peringatan pada diri sendiri juga.)







Wednesday, May 13, 2026

May 13, 2026



Pergi ke kedai membeli susu,

Terlihat sepasang tin yang amat malang,

Duduk terperosok menahan lesu,

Kerana herot pembeli menentang... 







Tuesday, May 12, 2026

May 12, 2026



Uncle ni manusia mudah... 

Kalau selera tak boleh buat keputusan,

kalau aunty malas masak, 

kalau tiada makanan di rumah...

Burger tepi jalan adalah jawapannya... 

Siapa geng?







Monday, May 11, 2026

May 11, 2026



Maaf... Hari ini : 

Cerita : ❌ 

Swafoto : ✅ 

Ya... Hari ni adalah hari ketandusan idea...







Sunday, May 10, 2026

May 10, 2026



Lokasi: Kampung Sri Asahan, Gemencheh, Negeri Sembilan. 

Memberi penghormatan terakhir pada abang ipar tersayang
Almarhum Abdul Razak bin Mohamad. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, 
dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. 







Saturday, May 9, 2026

May 9, 2026



'CILI KERING GEMUK' 

Ini kontradiksi, ni... 

Selalunya 'kurus kering' atau 'gemuk gedempol'. 

Untunglah cili ni, dua-dua ada... 

Kering pun dia, gemuk pun dia...







Friday, May 8, 2026

May 8, 2028



Hoooiii! Bingitlah! 

Kalau suara merdu, okeylah juga! 

Nak pecah gegendang telinga uncle!







Thursday, May 7, 2026

May 7, 2026



Milo! 

Kamu tu 'perempuan'... 

Nak tidur pun, pilih-pilihlah posisi tu... 

Malulah sikit... 







Wednesday, May 6, 2026

May 6, 2026



Apa dah jadi ni, wahai penggemar kopi? 

Sekurang-kurangnya biarlah rapi,

Jangan pentingkan diri sendiri, 

Kebersihan bermula di hati nurani. 



Eh... Dah baca blog > FANNY < hari ni?







Tuesday, May 5, 2026

May 5, 2026



Tadi nampak poster ini. 

Uncle tolong panjangkan di sinilah. 

Manalah tahu kan? Kot-kot ada yang nampak. 

Kalau perlu nombor, hubungi uncle, uncle akan bagi. 

(Tak nak kalau poster ini dah diturunkan, 
nombor privasi masih terpampang di sini pula.) 

Kasihan... Uncle terfikir kalau kucing yang tak pernah keluar 
rumah yang terlepas, macam manalah dia nak hidup sendiri... 

Sedih... Semoga Adam selamat!







Monday, May 4, 2026

May 4, 2026



Uncle ni ada satu perangai. 

Tiap kali hari hujan, tangan ni geram nak capai 
penyapu dan sabun untuk sental depan rumah. 

Entahlah... selepas menyental tu rasa
macam satu kepuasan yang tak terhingga! 

Tapi jangan ada guruh petirlah... 

Uncle menyorok dalam rumah!







Sunday, May 3, 2026

May 3, 2026



Setiap yang bermula pasti akan berakhir... 

Maka tamatlah percutian Jakarta - Bandung - Jakarta.

Setelah tiga hari dua malam 'dimanjakan' oleh FANNY dan RAKA,
Maka kini kembali ke alam nyata, kembali ke rutin harian... 

Hu hu hu...







Saturday, May 2, 2026

May 2, 2026

GUEST #117

Akhirnya! 

Berpeluang bertemu mata dengan
FAJARWALKER, blogger tersohor di Jakarta.  

Orangnya ceria, sama dengan yang tergambar di blognya! 
Mudah tertawa dan mudah mesra! 

Dan bonus! Isterinya Thina dan anaknya Putri turut serta!

 Nampak tak betapa mesranya mereka?!

Oh ya! YANG PALING PENTING!

Jangan lupa terjah blog PROJEK SELFIE beliau juga ya!







Friday, May 1, 2026

May 1, 2026



Misi mencari 'sirap bandung' di Bandung? 

Kereta api laju pertama di Indonesia dan Asia Tenggara, Whoosh, menghubungkan Jakarta dan Bandung sepanjang 142 km dengan kelajuan maksimum 350 km/j.