Followers

Showing posts with label menantu. Show all posts
Showing posts with label menantu. Show all posts

Sunday, July 19, 2026

July 19, 2026

GUEST #122


Rezeki uncle hari ini dapat bersua muka dengan blogger dari Keningau, Sabah! 

Siapa lagi kalau bukan pemilik blog PESONA ETUZA atau cikgu Mohd Azali. 

Lokasi pertemuan pun bukan calang-calang, ya... Masjid Negara kau! 

Maka tanpa disedari, terpancarlah 'nur' di wajah kami berdua!

 Terima kasih cikgu Mohd Azali kerana 
luangkan masa yang maha ketat demi untuk uncle! 

Terima kasih juga buat isteri, anak dan menantu 
cikgu Azali yang sangat mesra dan peramah. 

Semoga bertemu lagi! 







Saturday, May 23, 2026

May 23, 2026



Baru terfikir nak bergurau dengan menantu... 

Rancangannya mudah. Bila dia bertanya tentang barang dia, 
uncle akan berlakon mengatakan barang dia belum sampai... 

Tak lama kemudian masuk pesanan ringkas di telefon. 

Menantu tulis: "Terima kasih ayah, ambilkan barang Zara!" lengkap
dengan bukti gambar dan rambut putih terang-terang terpampang!

Huh! Skil menipu uncle belum cukup handal! 

Batal!