Followers
Showing posts with label
papan tanda
.
Show all posts
Showing posts with label
papan tanda
.
Show all posts
Saturday, August 22, 2026
August 22, 2026
Tuuuu dia!
Dia punya papan tanda tandas dah hampir sama besar dengan pintu!
Layak dipacak di tepi lebuh raya!
Masih tak jumpa tandas...?
Hmmm, cepat jumpa doktor mata!
Tuesday, August 11, 2026
August 11, 2026
Haaaa! Ini bagus!
Jarang jumpa papan tanda yang ingatkan kita
tentang bahaya bermain waktu kilat dan petir kan?
Okeylah... Langit belakang tu pun dah gelap.
Uncle gerak dulu!
Ta ta!
(Okey, okey... petir yang di atas tu uncle tambah sendiri...)
Thursday, August 6, 2026
August 6, 2026
Apalah yang kau tulis tu?
Carwas? Carway?
Car wash
jauh sekali..!
Aaahh!
Lantaklah!
Nah! Janji kereta uncle bersih..!
Monday, July 6, 2026
July 6, 2026
Sepatutnya amarannya bukan berbunyi;
AWAS! JALAN LICIN.
Tapi, amaran itu sepatutnya berbunyi;
AWAS! PEMANDU DUDUK DI SEBELAH KIRI,
BUKAN DI TEMPAT PEMANDU!
Patutlah ia bergerak terhuyung-hayang!
Friday, May 29, 2026
May 29, 2026
Baahaha...
Ini mesti tuan tanah tak larat jawab telefon hari-hari
hingga memaksa dia menaikkan papan tanda ini...
Rata-rata kita jumpa papa tanda "FOR SALE" saja kan?
Friday, March 6, 2026
March 6, 2026
Kalau "Nenek Dia Durian"?
Jadi...? Atuk dia apa?
Baahaha...
Nak tergelak..!
Saturday, December 20, 2025
December 20, 2025
Harap jangan ada yang
cuba berdiri di atas basikal macam sarkis, ya...
Papan tanda itu bermaksud laluan ini dikongsi untuk
pejalan kaki dan penunggang basikal.
(Jujurnya, tadi uncle yang berfikir macam tu! He he...)
Friday, December 19, 2025
December 19, 2025
Ini papan tanda untuk laluan orang buta.
Malangnya tongkat yang dipegang tu dah hilang!
Siapalah yang mencurinya...
Sudahlah tak nampak, tongkat pula dicuri...
Kejam sungguh...
Tuesday, December 2, 2025
December 2, 2025
Manusia mati meninggalkan nama.
Telefon awam mati meninggalkan papan tanda.
Kasihan...
Telefonnya dah lama pupus...
Sunday, October 5, 2025
October 5, 2025
Pernah berswafoto di sini pada 28 Ogos 2011.
14 tahun lepas!
Ayat masih sama, tapi ada sedikit perubahan dari sudut reka bentuknya.
Tapi tahukah apa yang banyak berubah?
Tuuu...
Orang tua yang di depan tu...!
>
KLIK SINI UNTUK LIHAT
<
Friday, September 19, 2025
September 19, 2025
Lucu betul papan tanda di belakang tu....
PELUANG KERJA.
Gaji $100 (Makan Sendiri.)
Kelulusan: Darjah Satu.
Sekolah: Melayu
Tinggi: 5 kaki, 2 inchi, 3 suku.
Berat Badan: 56 kati.
Tahan Maki.
Siapa sanggup?
Baahaha!
Friday, September 12, 2025
September 12, 2025
KEDAI TRIK?
Kalau mengikut Kamus Dewan,
Trik
bermaksud
"Tipu muslihat untuk memperdayakan."
Hmmm.... Bahaya ni!
Ah! Ini bukan kamera trik, ya...
Pandai pula papan tanda tu nak pecah...
...betul-betul pecah di situ!
Baahaha...!
Wednesday, August 13, 2025
August 13, 2025
Cerita di restoran lagi...
Nampak papan tanda ni.
Apa maksud "
Makan Besar Dan Kecil?"
Makan banyak, makan sikit?
Makan ramai, makan seorang?
Apa-apalah... Janji sedap...
Sunday, May 11, 2025
May 11, 2025
Banyaknya papan tanda...
Banyaknya arahan!
Waktu kerja kena arah...
Waktu jalan-jalan pun kena arah!
Ni yang buat uncle rasa nak marah!
Friday, April 25, 2025
April 25, 2025
A: Papan tanda yang menimbulkan lebih banyak tanda tanya.
B: Papan tanda yang tidak memberi erti apa-apa.
C: Papan tanda yang membuat kita terpinga-pinga.
D: Semua di atas.
Monday, April 14, 2025
April 14, 2025
Nampak papan tanda ni tadi.
Apa yang nak disampaikan?
Kereta di hadapan tu sedang berhati-hati?
Bukankah lebih baik kalau ditulis;
"AWAS! KERETA DI HADAPAN."
Ringkas...
Saturday, March 29, 2025
March 29, 2025
Uish! Bahaya papan tanda ni!
Jangan sampai tersalah baca...
SEKSYEN 3.
Bukan SEKS 3!
Hati-hati!
Tersampai salah destinasi, nanti!
Saturday, February 15, 2025
February 15, 2025
No standing?
Aik?
Berdiri pun tak boleh?
Baik... uncle swafoto sambil bersila...
Monday, December 30, 2024
December 30, 2024
Papan tanda yang wujud tapi jarang-jarang kita jumpa.
Wednesday, November 13, 2024
November 13, 2024
Orang yang gantung papan tanda
di belakang tu
ikhlas atau tak ikhlas buat kerja, ni...?
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)