Followers

Showing posts with label troli. Show all posts
Showing posts with label troli. Show all posts

Tuesday, March 31, 2026

March 31, 2026



Ni siapa punya kerja ni?

Tolak bawa balik troli kemudian tinggalkan saja di sini.

Kasihan pekerja pasar raya nak cari semula trolinya. 

Bukan dekat. 

Adalah dalam 12 minit berjalan kaki dari sini ke pasar raya! 

Tak bertanggungjawab sungguh!







Wednesday, March 5, 2025

March 5, 2025



Betullah kata orang.

"Hidup ini penuh dengan rintangan." 

Tengok tu! Berapa banyak troli melintang jalan
yang perlu dialihkan sebelum sampai ke kereta! 

Dugaan betul!








Saturday, June 24, 2023

June 24, 2023



Penat berdiri..? 

Tiada tempat duduk..? 

Tiada masalah...











Friday, March 10, 2023

March 10, 2023



Memang kau ada empat roda... 

Tapi itu tak memjadikan engkau sebuah kereta..! 

Pergi kau parkir di tempat lain! 


#AcahGarang











Thursday, January 28, 2021

January, 28, 2021



Tak tahulah nak cakap orang ini berani atau cuai... Ditinggalnya troli bersama beg tangannya yang 'jelas' tergantung sementara dia hilang memilih barang entah di mana...

#TepukDahi

















Sunday, July 19, 2020

July 19, 2020


Alamak! Macam mana uncle nak masuk ni? Troli dah macam pagar! Nanti uncle tunjuk skil balapan acara lompat pagar baru semua orang terkejut!! Baahaha..!!















Sunday, March 29, 2020

March 29, 2020


Eh, banyaklah roti di kedai tadi...  Tapi walaupun banyak, janganlah borong sampai tak cukup troli..! Bila nampak tak cukup, mulalah orang membuat pembelian panik..!

#KitaJagaKita










Friday, January 3, 2020

January 3, 2020


Entah dari pasaraya malang mana troli ni ditolak sampai ke rumah...
...sudah tu ditinggal tersadai buat tong sampah pula!

Mentaliti sampah!











Saturday, June 22, 2019

June 22, 2019


Sudahlah troli ini dicuri... kemudian rodanya pula dicuri...!
Ini namanya curi atas curi....! 

(Cerita ini hanyalah rekaan uncle sahaja. Baahaha...)








Monday, March 27, 2017

March 27, 2017


Uncle sangka uncle orang pertama yang terpacak depan pintu sebelum pasaraya buka!

...rupanya ada orang lain yang lagi johan! Siap tunggu dengan troli!






Tuesday, January 19, 2016

January 19, 2016


Hai bang! Nak ke mana tu?
 Laju tolak troli tu? Pasar raya nun di belakang sanalah...!

(Eh? Sejak bila kita dibenarkan bawa pulang troli pasar raya? Baahaha..!)





Saturday, April 26, 2014

April 26, 2014


Kalau di kampung ada istilah "Lembu terlepas kandang"

...di kota raya ada istilah "Troli terlepas pasar raya"

Baahaha...!