Followers
Showing posts with label
Mocha
.
Show all posts
Showing posts with label
Mocha
.
Show all posts
Tuesday, September 1, 2026
September 1, 2026
Pandai pula si Mocha pilih sudut...
Dari sini nampak dia seakan-akan sedang dibaham
bantal
jerung!
Baahaha...!
Abaikan si Milo di atas buai di belakang tu...
Walaupun anaknya Mocha dibaham jerung...
...dia tetap akan meneruskan mimpi indahnya...
Friday, June 12, 2026
June 12, 2026
Uncle beli kerusi ni supaya uncle selesa buat kerja.
Bila kerja beres, uncle dapat upah dan boleh beli makanan kucing.
Sekarang kucing buat kerusi jadi tempat tidur dia.
Jadi uncle tak dapat kerja dan tiada upah.
Hah! Lantak kau lah Mocha!
Pergi tangkap tikus sendiri!
Tuesday, April 28, 2026
April 28, 2026
Heh!
Tengok si
anak bulu
tu..!
Dia fikir dia tidur di sebelah
bantal bulu
orang tak nampak?
Teknik
penyaruan
? Dia fikir dia halimunan?
JANGAN HARAP!
Jom sakat dia! Baahaha! (gelak jin)
Monday, March 16, 2026
March 16, 2026
Ada 'orang' tu keluar rumah lagak samseng.
Nampak kucing lain lalu, diajak gaduh!
Akhirnya, dia yang jatuh longkang!
Hah!
Padan muka kena mandi!
Mocha... Mocha...
Friday, January 2, 2026
January 2, 2026
Menghairankan;
Kenapa kucing sangat takut dengan bunyi pembersih vakum?
Lebih menghairankan;
Kenapa uncle suka terkejutkan kucing sedang tidur
dengan bunyi pembersih vakum?
#JanganKecamUncle
Monday, December 22, 2025
December 22, 2025
Rumah kami kecil.
Jujurnya inilah satu-satunya sofa di dalam rumah ini.
Three seater
istilah 'orang putih'.
Malangnya '
two seater
' tu sentiasa penuh.
Jadi daerah abadi Milo dan Mocha bersemayam...
Lalu...
Pada siapa hendak ku mengadu..?
Monday, December 8, 2025
December 8, 2025
Semalam tinggal sementara dua buah kotak polisterin di bawah.
Mak ai! Bangun pagi lantai dah dilitupi salji!
Rupanya Mocha dan Milo buat pesta cakar-mencakar!
Aku hantar kucing-kucing tu ke kutub utara baru padan muka!
Tuesday, October 28, 2025
October 28, 2025
Ni seekor lagi..!
Ibu dia si
Mocha takluk buai
...
Ini si Milo ni pula takluk meja...
Uncle rasa seperti dijajah di rumah sendiri!
Monday, October 13, 2025
October 13, 2025
Ada 'orang' tu balik rumah berbau longkang!
Kaki dan ekor bergelumang dengan air longkang!
Tak pasal-pasal nak kena mandikan dia malam-malam!
Tak pasal-pasal juga uncle kena ulang mandi!
Huh! Mocha... mocha!
Monday, September 29, 2025
September 29, 2025
Lepas satu, satu perangai si Mocha ni...
Sekarang ni pantang tengok uncle balik.
Cepat-cepat dia datang ke arah kereta dan meow-meow minta masuk.
Kemudian dia lepak di situ.
Dia ingat kita nak bawa dia ronda-ronda?
Heh! Tak kuasa!
Monday, September 1, 2025
September 1, 2025
Olololo...
Tadi uncle marah Mocha...
Dia punya merajuk...
Uncle panggil, langsung dia tak menoleh.
Terus pandang tempat lain...!
Menyampah!...!
Thursday, June 26, 2025
June 26, 2025
Sempena ulang tahun hari lahir
Mocha yang ke 8 tahun, hari ini...
Uncle akan benarkan dia tidur, makan, tidur, makan tanpa diganggu...
Eh,
jap
...
Itulah kerja dia hari-hari, pun!
Huh!
Sunday, June 1, 2025
June 1, 2025
MOCHAAAA..!!!
Binatang apa yang kau bawa balik ni, Mocha...?!?!!
Tak bolehlah tengok aku nak rehat-rehat hari minggu ni...!!!
Wednesday, May 7, 2025
May 7, 2025
Sampai hati kau Mocha.
Orang ajak gurau manja.
Dia balas gurau luka!
Lepas tu buat muka toya!
Huh..!
Friday, January 10, 2025
January 10, 2025
"Hoi lagi santai kawan!"
Hey Mocha! Engkau ingat ni tepi pantai?
Baahaha...!
Saturday, December 28, 2024
December 28, 2024
Tengok perangai si Mocha tu!
Tempat orang keringkan perkakas mengecat,
di situlah dia pilih untuk tidur!
Dah sah-sah bulu dia ada kesan cat tu!
Wednesday, July 10, 2024
July 10, 2024
Uncle bukanlah dengki tengok si Mocha tu tidur...
Tapi...
ITU BANTAL UNCLE..!!
Aunty cakap... "Huh! Dengan kucing pun nak gaduh!"
Thursday, March 7, 2024
March 7, 2024
Mocha! Mana aci!
Buai kita yang beli.
Kita yang susah-payah gantung!
Tapi dia yang bolot!
Kita nak duduk pun tiada peluang!
Huh!
Thursday, February 15, 2024
February 15, 2024
Sudah menjadi rutin.
Sebelum undurkan kereta...
Tinjau-tinjau dahulu di mana kucing
Kenapa?
Tengoklah si Mocha tu!!
Dalam banyak-banyak tempat, situ dia tidur!?!?!
Wednesday, December 20, 2023
December 20, 2023
KUARANTIN KENDIRI HARI KE 3
"Mochaaaa...!!!!"
Air dia dah tersedia di belakang!
Air uncle juga yang dia belasah!
(Eh? Kucing boleh berjangkit Covid, tak?)
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)