Followers

Showing posts with label restoran. Show all posts
Showing posts with label restoran. Show all posts

Thursday, April 9, 2026

April 9, 2026



Uncle nak puji sikit restoran Doremon ni... 

Uncle pernah berswafoto di sini pada Disember 30, 2015 <- KLIK. 

11 tahun kemudian, restoran ini masih beroperasi. 

Salut untuk tuan punya restoran! 


(Uish! Dari rambut uncle hitam hingga rambut putihlah!) 🤣





Friday, March 27, 2026

March 27, 2026



Duduk dalam restoran... 

Seekor anjing lalu di luar. 

Anjing pandang uncle. Uncle pandang anjing. 

"Nak ke mana tu? Lepaklah dulu..." Tanya uncle bergurau dalam hati. 

Tiba-tiba anjing tu benar-benar duduk dan lepak. 

Ish! Macam mana dia faham ni? 

Baahaha...!







Tuesday, January 20, 2026

January 20, 2026



Haaaa! 

Kan bagus bekas kicap bersih macam ni...! 

Kita yang makan pun senang hati!

Ada sesetengah restoran tu dia punya 
bekas kicap dan lada sulah tu, tengok pun tak lalu! 

Bekas kicap pun melekat pada dulangnya! 
Melekit, pekat-likat, tak pernah cuci! 

Wek!







Wednesday, October 8, 2025

October 8, 2025



Duduk di restoran. 

"Dum-dam-dum-dam..." Bunyi muzik. 

Uish... Tak boleh jadi. 

Lari masuk ke dalam dengan harapan tak bising. 

Duduk sebelah dapur. 

"Tung-tang, tung-tang..." Bunyi tukang masak menggoreng. 

Aduh! Lagi bingit!








Wednesday, August 13, 2025

August 13, 2025



Cerita di restoran lagi... 

Nampak papan tanda ni.  

Apa maksud "Makan Besar Dan Kecil?" 

Makan banyak, makan sikit? 

Makan ramai, makan seorang? 

Apa-apalah... Janji sedap...





Tuesday, June 17, 2025

June 17, 2025



Popia Big Mac? 

Mungkin ini jawapan kepada orang yang 
'segan-segan' yang nak singgah ke restoran itu?

Oh ya... uncle dah cuba. 

Rasanya memang macam Big Mac! 

Ajaib!


(Aduh... mengapa tiba-tiba uncle rasa nama uncle diseru oleh
sahabat blogger dari Indonesia, Abah Titik Asa? Jom  > TENGOK SINI <)







Monday, February 10, 2025

February 10, 2025



Moga-moga kucing tu tak memandu bila waktu pulang nanti... 

Baahaha!

(Uncle sentiasa terhibur dengan nama-
nama kedai yang agak melucukan. Kreatif!)







Tuesday, August 4, 2020

August 4, 2020


404 ni kalau dalam istilah internet selalunya bermaksud laman web yang tidak dapat dicapai...

Tapi harap orang boleh jumpalah restoran ini... :D














Monday, October 21, 2019

October 21, 2019


Aduh! Uncle ada masalah betul nak pesan makanan di restoran yang perlu 'kuis-kuis' menu di skrin... Bukan apa, uncle ada perasaan yang orang belakang marah sebab uncle ni terkial-kial... Huhuhu....!

#NampakSangatDahTua









Wednesday, October 16, 2019

October 16, 2019


Cheh! Apa punya restoran! Berani dia menyediakan 'smoking area' di dalam restoran!

Err... eh? Maaf! Uncle silap baca! Baahaha...!









Wednesday, May 24, 2017

Friday, October 28, 2016

October 28, 2016


Untuk sesiapa yang lemah daya ingatan… makanlah di sini..!

Tapi pastikan anda 'remember' untuk bayar…! Baahaha…!





Monday, November 10, 2014

Thursday, September 25, 2014

September 25, 2014


Uish... Nasib baik restoran ini bukan letaknya di negeri Kelantan...
Kalau dalam loghat Kelantan, agak kasar bunyinya...!

(Hmm... boleh cuba ni... menunya nampak sedap!)




Tuesday, April 8, 2014

April 8, 2014


Sahabat uncle ajak jumpa di Restoran 'Tuan' di kawasan ini. Jangankan batang hidung dia  langsung tak muncul, Restoran 'Tuan' pun uncle tak jumpa...! 

...err... atau uncle yang salah dengar...?





Friday, July 8, 2011