Followers
Showing posts with label
aunty
.
Show all posts
Showing posts with label
aunty
.
Show all posts
Wednesday, November 11, 2026
November 11, 2026
"Uih! Banyaknya buah mangga. Beli di mana?" Tanya uncle pada aunty.
"Online."
Jawab aunty pendek.
...
"Eh? Mana mangga tadi?" Tanya aunty sambil tercari-cari.
"Nanti... Nak buat modal blog dulu..." Jawab uncle lalu membuat 'wajah poker'.
Monday, November 9, 2026
November 9, 2026
"Minit ke-5. Aunty masuk ke gelanggang pasar raya."
"Dengan pantas menuju ke bahagia barangan basah."
"Ada ikan, ada kerang, ada sotong."
"Mata aunty tajam memerhatikan atas meja sambil mencipta peluang."
"Oh! Aunty berjaya menepis sebuah troli pengunjung lain
dengan satu pusingan yang cukup bergaya!"
"Detik cemas! Aunty mengatur langkah, dan... GOOLLL!"
"Akhirnya aunty mencedok kerang!"
YEAY!
Sunday, October 25, 2026
October 25, 2026
Aunty tu...
Tengok pokok pun dukung meow...
Macamlah si Mocha tu faham...
Monday, October 19, 2026
October 19, 2026
Aunty cakap;
Rambut uncle semasa berambut panjang (A),
nampak
lebih pendek dari selepas uncle menggunting rambut. (B)
(Fikir...)
Uncle rasa ada kebenarannya juga, tu...
...atau aunty nak bagi tahu secara halus supaya uncle kembali bertocang?
Monday, October 5, 2026
October 5, 2026
Minuman dua.
Tapi uncle seorang. Mana aunty?
Aunty ada. Menyorok belakang uncle.
Dia kata tak nak masuk foto.
Alasan = Tudung roboh...
Baahaha...!
Sunday, September 20, 2026
September 20, 2026
Nampak apa aunty sedang siapkan tu?
Dalam perjalanan!
Sambal sotong dari atas kuali menuju ke pinggan uncle!
Terima kasih kerana buatkan nasi lemak di hari minggu ini...!
Saturday, September 19, 2026
September 19, 2026
Aunty tu kalau nampak pokok mesti nak beli...
Terapi katanya...
T
api yang tukang siram...
👉
uncle...
"Alang-alang di luar tu tolong siram pokok sekali..."
Macam tulah ayat aunty setiap hari...
Huhuhu...
Friday, September 18, 2026
September 18, 2026
SUMPAH!
Uncle lalu saja di sini...!
*Ya Allah ya tuhanku...
Janganlah aunty terbaca blog uncle hari ni.
Ini boleh menimbulkan salah faham yang mungkin
menyebab
kan
bumbung rumah pun boleh terbang!
Monday, September 7, 2026
September 7, 2026
Petang...
Uncle bawa balik kacang...
Aunty bawa balik rambutan...
Hmmm...
Eloklah tu...
Padahal dua-dua batuk...
Tak sedar diri... Baahaha!
Sunday, August 30, 2026
August 30, 2026
Tanya aunty...
"Ada mirip
Indiana Jones
, tak?"
Aunty jeling...
"Mirip 'Re' dalam filem
Do Re Mi
ada lah..."
Jawab aunty tanpa belas kasihan.
"Menyampah!"
Jawab uncle sambil buka topi dan berlalu...
Saturday, August 29, 2026
August 29, 2026
Nampak aunty masak apa tu?
Kari kambing, okey!
Makan dengan nasi enaknya sudah tentu,
cicah dengan roti di waktu petang pastinya padu!
Apa menu kawan-kawan hari cuti, ni?
Sunday, August 16, 2026
August 16, 2026
Sudah 57 tahun uncle bernafas di dunia ini.
Baru hari ni uncle tahu ada ikan bernama 'Beliak Mata'.
Kalau menurut aunty ia juga dikenali dengan nama ikan Puput.
Hmmm.... entahlah...
Lagi pun uncle memang tak kenal nama-nama ikan ni...
Yang uncle kenal hanya ikan goreng dan ikan bakar, saja...
Monday, August 10, 2026
August 10, 2026
Lapar pula petang ni...
Sambil selongkar dapur cari kudapan walaupun sudah tahu dah habis.
Tiba-tiba...
"Tengok apa saya beli ni..." Tanya aunty sebaik pulang dari pejabat...
Wah Bahulu!
Macam tahu-tahu suaminya sedang kebulur!
Yeay untuk aunty!
Saturday, August 8, 2026
August 8, 2026
Cadangan uncle pada aunty:
Hari Sabtu adalah hari kita bersantai-santai...
Cadangan aunty kepada uncle:
Hari Sabtu adalah hari kita berkemas-kemas.
Macam biasa, cadangan uncle ditolak...
Huh! Banyaknya sampah untuk dibuang!
Sakit pinggang oi! Hu hu hu....
Sunday, July 12, 2026
July 12, 2026
Olololo... tengok si Milo tu.
Baru kena marah sikit dah pasang muka
merajuk...
Yang menempel di situ nak suruh aunty pujuklah tu!
Huh! Merajuklah kamu di situ...
Uncle punya kuota pujuk hari ni dah habis!
Wednesday, July 8, 2026
July 8, 2026
Kadang-kadang cemburu juga tengok kawan-kawan
blogger
selalu kongsi gambar makanan.
Jadi, hari ini uncle nak kongsi gambar sarapan pagi tadi...
Ini dia!
Tose Rava
untuk uncle dan aunty!
Yummy!
Saturday, July 4, 2026
July 4, 2026
Uncle nak pujilah kedai ni...
Sementara kaum isteri sibuk memilih warna gincu.
Para suami disediakan tempat menunggu.
Kerusinya adalah kerusi pantai dan siap dengan payung besar!
Ala-ala santai tepi pantai gitu!
Okey... uncle nak lelapkan mata.
Aunty nak pilih hingga petang pun tak menagapa!
Bye! Baahaha..!
Monday, June 29, 2026
June 29, 2026
"Awak..! Tengok tangan saya berdarah!"
Sambil tunjuk tangan pada aunty.
"Hah? Kenapa tu? Cepat cari antiseptik! Nak ke klinik?
Tanya aunty cemas.
"Bukanlah... saya baru kupas buah manggis..."
Jawab uncle sambil ketawa kecil.
(
Tutorial
cara orang tua bercanda.)
Sunday, June 28, 2026
June 28, 2026
Hebat betul aunty, ni...
Siang papan seterika.
Malam jadi meja komputer!
Jangan main-main dengan orang perempuan.
Sekali duduk, dua tiga benda siap!
Wednesday, June 24, 2026
June 24, 2026
Bunyi 'tung-tang, tung-tang' di dapur.
"Masak apa tu?"
Tanya uncle pada aunty.
"Sotong gergasi masak sambal."
Jawab aunty sambil menunjukkan sotong.
Mantap! Nasib baik uncle makan sikit tengah hari tadi!
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)