Followers

Showing posts with label ulang tahun blog. Show all posts
Showing posts with label ulang tahun blog. Show all posts

Thursday, March 26, 2026

March 26, 2026

Ulang Tahun Blog yang ke 17 Tahun!

26 Mac 2009 ~ 26 Mac 2026 

"Beransur tua di hadapan kamera."

Dari rambut hitam hingga ke rambut putih... 

Tanda-tanda penuaan tanpa segan silu muncul di wajah. 

Namun swafoto jalan terus. 

Tanpa sokongan keluarga dan kawan-kawan,
mungkin projek ini tak sampai ke saat ini. 

Jutaan terima kasih semua.







Wednesday, March 26, 2025

March 26, 2025

Ulang tahun blog yang ke 16!

26 Mac 2009 – 26 Mac 2025. 

Kalau megikut kiraan uncle, (Okey tipu. uncle tanya Chat GPT.) 
terdapat 5,844 hari sepanjang 16 tahun. 

Dalam 16 tahun tu uncle TERLUPA untuk swafoto hanya SEHARI! 
Tarikh lupa: > 10 September 2018

Ini bermakna uncle telah mendokumentasikan 
5,843 keping swafoto setakat hari ini.


#TepukBahuSendiri






Tuesday, March 26, 2024

March 26, 2024

Ulang tahun blog yang ke 15!

26 Mac 2009 – 26 Mac 2024. 

Wow! Uncle sendiri tak sangka projek swafoto ini berjaya sampai di sini. 


Jangan lupa tonton video di bawah ya?!











Monday, March 26, 2018

March 26, 2018



Ulang tahun blog yang ke-9!


Ini adalah swafoto pertama yang dirakam pada 26 March 2009 dan ini bermakna ada 3,287 keping swafoto yang telah dirakam! Kini jelas nampak yang hitam kini sudah memutih! Fuh!

Tap-tap-tap... (Tepuk bahu sendiri...)








Sunday, March 26, 2017

March 26, 2017

 Ulang tahun blog yang ke-8!
 

Lapan tahun yang lalu, hari ini, uncle mula berswafoto secara serius.

(Waktu itu perkataan selfie pun belum wujud...apatah lagi perkataan swafoto.)







Thursday, March 26, 2015

March 26, 2015

BB@40, 6 tahun!


Terima kasih kepada pembaca bunyi, pembaca sunyi, pemberi dorongan, pemberi sokongan mahupun yang mengkritik... Tak sangka BB@40 sudah mencecah 6 tahun! Sayang kamu semua!




Tuesday, March 26, 2013

March 26, 2013


Satu hari, satu keping gambar. Satu tahun, 365 hari. Projek sudah berjalan selama 4 tahun... ini bermakna gambar sudah terkumpul sebanyak... aaaa... (congak dalam kepala) Ahhh! Kamu kiralah sendiri, uncle tak pandai matematik

Ehem-ehem... jangan lupa tonton video di bawah, okey!





Jutaan terima kasih kepada MAK DARA kerana entri comel INI...!