Followers

Showing posts with label eric. Show all posts
Showing posts with label eric. Show all posts

Tuesday, January 6, 2026

January 6, 2026



Ada ni haaa...

Mengucapkan selamat jalan pada Ganaël dan Eric.
 
Hari ini mereka terbang kembali ke kota Paris 
setelah 13 hari berada di Kuala Lumpur!

Terima kasih tak terhingga kerana menjadikan 
'swafoto gurauan' menjadi kenyataan..! 

> FOTO 1 < dan > FOTO 2

Uncle benar-benar terharu! 

Semoga persahabatan kita berkekalan 
dan semoga kita bertemu lagi!







Thursday, January 1, 2026

January 1, 2026

SELAMAT TAHUN BAHARU 2026!

Tahun baharu bawa kawan Perancis cuba rasa buah durian. 

Mula-mula mereka agak cuak bila terhidu aroma durian. 

Selepas cuba... habis juga tiga, empat ulas! 

Tahniah Ganaël dan Eric! 

SOALAN: Cuba teka dalam ramai-ramai 
tu siapa yang tak makan durian? 

JAWAPAN: Tuuuu... yang paling tengah, tu!







Saturday, December 27, 2025

December 27, 2025



Ada ni haaa... 

Bawa sahabat uncle Eric dari kota Paris melawat Batu Caves. 

Dia tiba di Kuala Lumpur bersama-sama Ganaël tempoh hari. 

Eric juga ahli projek swafoto harian seperti uncle. 

Tahun ini projek Eric masuk tahun ke tujuh! 

Okeylah... Maaf uncle tak sempat ziarah blog. 

Uncle sibuk jadi pemandu pelancong! 

Nanti uncle singgah, ya! 

Ta ta..!