Followers

Friday, December 10, 2021

December 10, 2021



Amboi...!

Bentuk badan dah cantik. 

Kurus tinggi dan langsing...

Tapi sayang, pinggang ramping sangat. 

Kalau angin tiup ni... sah boleh tumbang! 


(Jangan hempap kepala uncle sudah!)













Thursday, December 9, 2021

December 9, 2021



Kussmangat! 

Kok ya pun, letaklah bantal hiasan yang biasa-biasa... 

Ini gambar kepala kucing..! 

Uncle sangka 'meow' yang memandu tadi! 

Nasib baik tak berhenti jantung!













Wednesday, December 8, 2021

December 8, 2021



Eh? 

Macam pernah ku lihat... 

Tapi di mana ya...? 

Nanti uncle tanya dia...

Errr.... tapi, Minion ni cakap bahasa Melayu tak?













Tuesday, December 7, 2021

December 7, 2021



Mungkin orang yang buang sampah ni buta huruf... 


(Tak salahkan kalau uncle berbaik sangka...?)













Monday, December 6, 2021

December 6, 2021



Cukai jalan wajib tampal di hadapan cermin kereta...? 

Ahhh! Persetankan saja!

Nah! Uncle letak atas papan pemuka kereta! 

Apa nak takut? Apa nak jadi, jadilah!




*Okey, okey... Ini bukan kereta uncle... Uncle acah-acah samseng saja! 

Baahaha..!














Sunday, December 5, 2021

December 5, 2021



Ada siapa-siapa yang berani ajak 'samseng kampung' ni berswafoto macam uncle? 

Sila angkat tangan! 

PENAFIAN: Jangan tiru aksi lagak ngeri ini! 
Uncle tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa kecederaan ke atas diri anda!





Tonton video di sebalik tabir dibawah. :D













Saturday, December 4, 2021

December 4, 2021



Hari ni ada 'orang' nak kena vaksin. 

Tak payah nak buat muka sedih! 

Vaksin tetap vaksin! 


#KucingJagaKucing













Friday, December 3, 2021

December 3, 2021



Guest #95

"Kau nampak benda kuning ni..?" 

"Nampak..." 

"Kau sumbat masuk mulut engkau." 

"Lepas tu?" 

"Kau nampak kolam belakang tu?" 

"Nampak..."

"Kau terjun cepat."



Lama betul tak menyelam skuba ni... Hilang semua skil. Nasib baiklah ada sahabat yang 'racun' suruh berjinak-jinak semula. Harap-harap janganlah dia 'racun' uncle pergi pulau lepas ni... Bukan uncle tak suka pulau. Uncle takut uncle tak nak balik..!!! Hu hu hu!












Thursday, December 2, 2021

December 2, 2021



'Kayangan?' 

Alaaa... taknaklah makan di sini... 

Imej 'kayangan' pun bukannya elok sangat sekarang ni...

Lagipun uncle sedar uncle ni hanya rakyat murba... Bukan dewa-dewa!

Hu hu hu...  (Menangis minta dipujuk...)

T_T











Wednesday, December 1, 2021

December 1, 2021



"Sumpah! Ini bukan gambar sedang membeli-belah baju!"

"Belakang tu sebenarnya dekorasi dinding dalam lif!"



*  Rasa-rasa aunty percaya tak kalau uncle jawab macam tu?  

Manalah tahu kalau-kalau dia terjumpa gambar ni.... 
Nanti dia marah sebab tak ajak dia pula!



(Sebenarnya ini memang gambar dalam lif! Kreatif bukan?)