Followers

Showing posts with label kedai mamak. Show all posts
Showing posts with label kedai mamak. Show all posts

Thursday, June 25, 2026

June 25, 2026



Siapakah yang paling gembira bila musim bola Piala Dunia FIFA tiba? 

Bukan pemain bola, tapi sudah tentu pemilik kedai mamak! 

Tengoklah ni... Bukan main meriah! 

Di sinilah rakyat Malaysia bersatu padu bersorak 
sampai hilang suara sambil pesan teh tarik begelas-gelas! 

Teh tarik BOLEH!






Wednesday, February 18, 2026

February 18, 2026



Hari ni bolehlah... 

Harap-harap esok uncle tak 'ter'singgah kedai mamak! 

Baahaha..!

Selamat berpuasa kawan-kawan!







Tuesday, May 20, 2025

May 20, 2025



Kejadian lucu... 

Semasa nak masuk kedai mamak tadi, 
beg uncle tersangkut dengan hendal motosikal... 

Uncle rentap beg dan terus masuk. 

Rasa bersalah kot-kot terapa-apakan motosikal tu
uncle curi-curi pandang tengok motosikal tadi... 

Alamak! Motor tu marah! 
(Rupanya dia ada muka!)

Baahaha...!






Thursday, March 9, 2023

March 9, 2023



Perasan tak? 

Ada sesetengah kedai mamak bila kita oder 
air dia akan datang dalam plastik dan mangkuk. 

Dah macam *seting lalai pula. (*Default setting). 

Kalau tak nak... kita kena sebut... "Dalam gelas ya bos!" 

Haih... macam-macam!











Friday, October 21, 2022

October 21, 2022



Ada kedai mamak ni... 

Nampak saja muka uncle dari jauh, 
dia terus siapkan nescafe tarik ikat mati. 


Katakanlah hari tu uncle nak minum teh tarik... 

Terpaksalah uncle singgah ke kedai lain sebab tak sampai hati 
nak tolak nesccefe tarik yang dah siap tu... 

Baahaha...!













Saturday, April 16, 2022

April 16, 2022



*Foto sebelum subuh. 

Bila bersahur di rumah terlalu arus perdana... 

Kami bersahur di kedai mamak. 


"Bos! Teh tarik 'onne'!"













Wednesday, February 10, 2021

February 10, 2021



SEMALAM: Kebenaran diberi untuk makan di kedai dengan had dua orang satu meja. 

HARI INI: Ehem...! Yeay!

#MelepasRinduMinumDiMamak
















Sunday, September 16, 2018

September 16, 2018


Meraikan hari Malaysia di tempat yang paling 'Malaysia' di Malaysia.
Di mana lagi kalau bukan di Kedai Mamak!

 (Satu-satunya tempat di mana semua rakyat Malaysia suka lepak! Selamat Hari Malaysia!)







Monday, June 26, 2017

June 26, 2017


Apalah erti hari raya kedua tanpa mengunjungi... kedai mamak!
 
"Teh tarik, satuuuuu!"






Thursday, August 11, 2016

August 11, 2016


Kalau tiada aral… hujung tahun, gemuklah uncle…
Lewat malam, ziarah kedai mamak… Lewat malam, ziarah kedai mamak… 

#Aduh




Wednesday, January 6, 2016

January 6, 2016


Azam uncle pada awal tahun adalah tidak lagi makan di kedai mamak...
Errr.... uncle mulakan ditahun hadapanlah....


(Bismillahirrahmanirrahim...)




Friday, July 10, 2015

July 10, 2015


Tak tahan nak kencing. Tapi malu nak gunakan tandas di kedai mamak takut nanti ada orang sangka tak puasa... 

(Selfie sambil kepit peha ni! Aduh..!!!)





Wednesday, April 24, 2013

April 24, 2013


Ada orang malas kemas rumah... Ada orang malas masak... uncle pula malas buka tin susu... ia bukan jenayah bukan? 

Yelah, yelah... uncle mengaku uncle ketagih teh tarik kedai mamak... 


Saturday, April 7, 2012

April 7, 2012


Isteri pesan beli nasi lemak untuk sarapan, tapi uncle beli roti canai... Nanti sampai rumah uncle buat-buat terlupa saja lah...

(Para suami sila ambil perhatian! Malas keluar pagi-pagi beli sarapan? Amalkan muslihat ini. Esok mesti isteri yang keluar sendiri beli sarapan... Haha..)

Tuesday, March 6, 2012

March 6, 2012


Asal jumpa kawan, kedai mamak, teh tarik... Asal jumpa kawan, kedai mamak, teh tarik...
Aduh... tinggi kandungan gula dalam badan uncle ni...

(Jutaan maaf kepada kawan-kawan, uncle tak dapat nak blogwalk seminggu dua ni... kerja terlalu mencemburui uncle...)

Wednesday, September 15, 2010