Followers

Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Wednesday, June 17, 2026

June 17, 2026



Ziarah anak saudara di hospital. 

Ini Muaz, umur 22 tahun. 

Tapi di mata uncle dia masih 10 tahun. 

Jadi uncle bawa hadiah kereta lumba mainan untuk dia. 

Harap dia suka...







Friday, April 10, 2026

April 10, 2026



Apalah dosa ku pada mu wahai sang burung... 

Begitu banyak 'hadiah' yang kau tinggalkan di atas kereta ku yang putih berkilat ini... 

"Gggrrr..."

"Aunty! Tolong ambil senapang..!!" 

"Ada yang nak makan peluru hari ni..!!" 


(Maaf. Hari ini uncle garang...)







Friday, February 27, 2026

February 27, 2026



Jujurnya uncle merajuk. 

Tengok kawan-kawan blogger yang sering dapat hadiah dari kawan blogger lain. 

Tengok blog A, terima hadiah. 

Tengok blog B, terima hadiah. 

Jadi uncle buat keputusan nak jauhkan diri dari... MERAJUK..!

Balik solat Jumaat... "Eh? Ada bungkusan dari blogger Mulan!"

Wah! Hadiah Top Commentators 2025! 

Okey! MERAJUK DIBATALKAN serta-merta...!

Jutaan terima kasih Mulan! 
Semoga Mulan dan keluarga terus diberkati!

(Banyak bukan hadiah di belakang uncle tu? Yeay!)






Wednesday, November 12, 2025

November 12, 2025



Sambung cerita semalam... 

Nampak barang-barang di belakang tu? 

Itulah buah tangan yang dihadiahkan oleh Fanny semalam! 

Kalau tak banyak tu bukan Fanny kan? 

Tapi yang paling uncle suka adalah dompet ini! 

'Magic Wallet' namanya... Apa yang magic? 

Tonton video di bawah...


Nampak tak magis nya...?







Thursday, February 20, 2025

February 20, 2025



♫ Pandanglah... Lihatlah...! ♫ 

Bukan satu! Tapi uncle terima EMPAT hadiah! 

Makanya, 'terima kasih ganda empat' buat blogger MULAN

Punyalah gembira, uncle bernyanyi sepanjang hari!







Tuesday, October 22, 2024

October 22, 2024



"Mesin kuku arked."

Hadiahnya bernilai bawah tiga ringgit. 

Wang yang dibelanjakan untuk dapatkan hadiah tu...?


(Gelak dalam hati.)










Friday, January 20, 2023

January 20, 2023




 Senangnya, dalam hati,

Terima hadiah yang dinanti-nanti,

Setahun, hanya sekali... 

Kita kenduri limau mandarin ini...! 


Joommm..!








Saturday, January 7, 2023

January 7, 2023



Bukan satu... Tapi DUA! 

Tasbih siap ada nama okey!

Sila cemburu! 

Uncle baru saja menerima hadiah ini dari 
*kawan baik uncle SYAZ RAHIM atas sebab > INI <

*(Eceh... dan-dan jadi kawan baik.) 

Seronoknya! Jutaan terima kasih Syaz!











Sunday, March 25, 2018

March 25, 2018


Sehelai seluar jeans biru yang sangat sempurna sebagai hadiah dari isteri dan anak-anak sempena hari lahir uncle yang ke 49 hari ini...!

Maka dengan ini uncle isytiharkan hari ini cuti....! :D






 

Wednesday, December 27, 2017

December 27, 2017


Hari tu terima hadiah kuih-muih sempena hari Krismas... 
Susunan bekasnya pun macam pokok Krismas!

Terima kasih jiran yang baik hati! 
(Aaammm nyam nyam nyam!)








Wednesday, July 5, 2017

July 5, 2017


Semalam cerita Coke, tup-tup hari ni 'kawan ketat' datang hadiahkan Coke dari Pakistan... Fuh! Rezeki berganda betul! Terima kasih CYBERIZAL dan isteri!

(Yang botol tinggi tu adalah edisi memperingati Abdul Sattar Edhi, seorang aktivis Pakistan)










Friday, August 21, 2015

August 21, 2015


Yeay! Uncle terima hadiah topi yang diperbuat dari tin Coca-Cola..! Unik bukan?

(Jangan nanti ada yang semut masuk telinga, sudah...!)



Terima kasih 'Rarang'



Tuesday, June 30, 2015

June 30, 2015


Basuh kereta, dapat hadiah... Basuh kereta, dapat hadiah...

Cukup! Uncle taknak hadiah!!!! :(