Followers

Showing posts with label kemas kini blog. Show all posts
Showing posts with label kemas kini blog. Show all posts

Tuesday, June 30, 2026

June 30, 2026



JANGAN! Jangan terjun! Mengucap!

Jangan pilih jalan salah untuk tamatkan masalah! 

Tiap insan ada masalah.  Uncle pun hari-hari terseksa!

Terseksa mencari idea untuk swafoto setiap hari dan kemas kini blog HARI-HARI!  

Tapi uncle ada uncle terjun bangunan? Tak ada kan? 

Paling kuat pun uncle terjun katil saja sebab mengantuk!

Baahaha...!







Wednesday, February 11, 2026

February 11, 2026



Geramnyaaaaaa! 

Kereta uncle dihalang tak dapat keluar parkir! 

Cari-cari... tiada nombor ditinggalkan untuk dihubungi... 

Tak apalah... kalau dilihat dari sisi baik, sekurang-kurangnya
adalah juga uncle modal nak kemas kini blog! Baaahaha...! 

Tapi ada sepuluh minit jugalah uncle menunggu! 

🤬 Huh!







Tuesday, August 12, 2025

August 12, 2025



Rupanya ramai orang yang keliru antara PEPPER dengan PAPER. 

Tak mengapalah... sekurang-kurangnya uncle ada modal nak kemas kini blog! 

Baahaha...

Sebelum ni pernah jumpa di >SINI<>SINI< , dan di >SINI<.





Wednesday, September 20, 2023

September 20, 2023



Semua orang didalam foto ini sedang sibuk bekerja kecuali *seorang tu...

(*Rambut putih, baju hitam, berswafoto, sibuk cari bahan hanya untuk kemas kini blog!)











Tuesday, July 18, 2023

July 18, 2023



Siapalah buang sofa di padang permainan..?

Carilah tempat buang sampah yang sesuai... 

Keburukkannya... sakit mata memandang! 

Kebaikkannya... uncle ada modal nak kemas kini blog! 

Ya. Uncle memang oportunis! 

Baahaha...!











Monday, January 18, 2021

January 18, 2021



Amboi amboi amboi! Kerja membuta dari tadi?! Cubalah manfaatkan diri tu! Paling tidak tolonglah bakar sampah, cangkul tanah, bersihkan kebun, tebang pokok atau kemas kini blog, kan ada faedahnya?

Psst! Yang benda lain tu uncle pun tak buat! Baahaha!












Friday, February 17, 2017

February 17, 2017


Eh? Sempat pula dia gunakan tingkap kereta uncle sebagai cermin untuk sikat rambut dia? Eloklah... ada juga modal untuk uncle kemas kini blog hari ini... Baahaha...!





 

Tuesday, December 15, 2015

December 15, 2015


"Setiap kali orang tua ni tiada modal nak kemas kini blog, mesti aku yang jadi mangsanya..."
Kata kucing di dalam hatinya...

(Kucing tu pun dah pandai buat muka menyampah! Baahaha!)




Saturday, February 16, 2013

February 16, 2013


Rasa seperti ada yang tak lengkap saja hari ini... Makan sudah, kerja rumah sudah, basuh kereta sudah... apa lagi? Oh ya! Belum kemas kini blog...! Nasib baik terpandang wajah sendiri di cermin... Baahaha!

Ya! Orang tua dan terlupa memang datang dalam satu bungkusan...!



Terima kasih kepada IRWAN ALESSA kerana entri INI... Tetapi perbandingan ini umpama Beauty and the Beast...! Baahaha! Terima kasih ya?