Followers

Showing posts with label motosikal. Show all posts
Showing posts with label motosikal. Show all posts

Wednesday, November 26, 2025

November 26, 2025



Terdengar bunyi meow-meow. 

Cari... 

Rupanya anak kucing sedang bermain di celah motosikal. 

Amboi, Oyen!

Tiada tempat lainkah kau nak main? 

Hati-hati! 

Nasib tak baik kau bertukar daerah. 

Lagi tak baik... bertukar alam!







Monday, June 23, 2025

June 23, 2025



Alamak aih! 

Boleh pula ditinggal telur bersusun-susun atas motosikal macam tu?!?! 

Tak semena-mena pula uncle diserang anxiety!


AMARAN: Jangan tiru aksi ini. Ia dilakukan oleh ahli profesional sahaja!







Sunday, June 15, 2025

June 15, 2025



Wah! Tak sangka kita bersua lagi! 

Pertama kali mata ku menatap mu adalah pada 24 Ogos 2019. (<--KLIK)

Ditakdirkan hari ni kita bersua lagi. 

Walaupun pandang dari jauh... 

Kanopi merah jambu mu tetap ku kenal wahai motorsikal!









Tuesday, May 20, 2025

May 20, 2025



Kejadian lucu... 

Semasa nak masuk kedai mamak tadi, 
beg uncle tersangkut dengan hendal motosikal... 

Uncle rentap beg dan terus masuk. 

Rasa bersalah kot-kot terapa-apakan motosikal tu
uncle curi-curi pandang tengok motosikal tadi... 

Alamak! Motor tu marah! 
(Rupanya dia ada muka!)

Baahaha...!






Saturday, October 19, 2024

October 18, 2024



Uish! 

Tampannya motosikal di belakang tu! 

Rasanya kalau uncle minta pinjam sejam, dua untuk 
ronda-ronda KL rasanya tuan dia benarkan tak?











Tuesday, April 2, 2024

April 2, 2024



Empat roda berenjin, namanya kereta. 

Dua roda berenjin, namanya motosikal. 

Ini... 

Tiga roda berenjin... Namanya apa...?


#GaruKepala








Sunday, January 8, 2023

January 8, 2023



Eh? Uncle yakin tadi uncle parkir di bawah... 

Macam mana boleh naik atas? 

Persoalan yang lebih kritikal... 

Macam mana nak bawa turun? 

Jolok pakai galah...?

 Baahaha..!











Thursday, December 29, 2022

December 29, 2022



Ohhh...

Bukan manusia saja yang akan terlelap bila lepak layan angin
sepoi-sepoi bahasa di bawah redup rimbunan daunan pokok... 

Motosikal pun 'terlelap'...!


:P










Thursday, November 3, 2022

Friday, November 27, 2020

November 27, 2020



Musim hujan. Kabus. Kesejukan. 
Cemburu tengok semua motosikal di sini ada orang selimutkan... 
Bukan macam uncle, waktu tidur tarik selimut sendiri... 

Huhuhu...!














Wednesday, August 26, 2020

August 26, 2020


Pembetulan: Kalau mengikut Kamus Dewan, ejaan sebenarnya adalah MOTOSIKAL. Tanpa huruf R. 

(Ish... uncle ni menyibuk dengan ejaan orang saja kan? Baahaha...!)














Thursday, July 30, 2020

July 30, 2020



Ciptaan terbaharu untuk rakyat Malaysia! Tak tahan menunggang dalam cuaca panas? Jangan risau! Memperkenalkan motosikal berpeti sejuk! Hanya buka peti sejuk dan pilihlah minuman sejuk kegemaran anda..! Bukan itu sahaja! Ayam, ikan, nugget dan lauk semalam pun ada...! Baahaha!

#IklanPalsu














Wednesday, November 20, 2019

November 20, 2019


Eh? Macam mana motosikal ni boleh tersesat di atas lori kren ni?

Menyorok?









Saturday, August 24, 2019

August 24, 2019


Wah! Kan bagus kalau semua motosikal ada bumbung macam ni...!

Walaupun ia bukan jaminan untuk tak basah ketika hujan, sekurang-kurangnya boleh terselamat dari dihinggapi tahi burung! Baahaha...!











Monday, September 17, 2018

Tuesday, August 2, 2016

August 2, 2016


Apa maksud 'kenderaan ringan' sebenarnya? Basikal…?

Tak mungkin motosikal dan kereta termasuk dalam kategori 'kenderaan ringan'… Cubalah angkat tengok? Boleh tak?





Friday, June 3, 2016

June 3, 2016


Apa bengap punya motosikal! 

Orang suruh ke kanan, dia ke kiri…!

:D





Thursday, December 4, 2014

December 4, 2014


Ini nak parkir motor atau nak sorok motor..?

(...jangan tuannya sendiri tak jumpa kemudian, sudah...!)




Sunday, November 30, 2014

November 30, 2014


Amboi? Elok dia 'block' kereta uncle? Mari sini uncle 'blog' motosikal dia...!

(Ini baru situasi menang menang, bukan? Baahaha..!)