CLICK!

Followers

Monday, August 31, 2020

August 31, 2020


"Tidak Ditanggung Halal"..?
Ohh... Cakaplah "Tidak Halal"...

:D

(Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun!)









Sunday, August 30, 2020

August 30, 2020


Selamat hari lahhh....?

Alamak! 'Ter'nampak ketiak! Malunya..! 

Baahaha...!















Saturday, August 29, 2020

August 29, 2020


Aik? Macam mana belakang hentian bas ni ada sinki?
Tak terpercikkah air masa membasuh? Kalau terpercik tak marahkah orang di sebelah sana? Kalau marah tentu boleh mencetuskan pergaduhan bukan?

Eh... Yang uncle pening-pening fikirkan masalah mereka ni kenapa? Selamat berhujung minggu semua..!

















Friday, August 28, 2020

August 28, 2020


Alahai... agaknya inilah papan tanda yang terpendek di dunia...
Kalau uncle berdiri di sebelah, agaknya mahu paras ketiak...

:D













Thursday, August 27, 2020

August 27, 2020


Apa saja yang sangkut paut dengan THROW ni semuanya tak bagus...
...kecuali THROW IDEA sahaja!

Errr.... kan?












Wednesday, August 26, 2020

August 26, 2020


Pembetulan: Kalau mengikut Kamus Dewan, ejaan sebenarnya adalah MOTOSIKAL. Tanpa huruf R. 

(Ish... uncle ni menyibuk dengan ejaan orang saja kan? Baahaha...!)














Tuesday, August 25, 2020

August 25, 2020


Siapa pernah kena macam ni?

Sabun tinggal setengah. > Pergi kedai beli satu lagi buat stok.
> Sampai di rumah, rupanya dah ada dua lagi yang belum pakai...!!

Nak marah siapa ni...?













Monday, August 24, 2020

August 24, 2020


Uncle rasa sudah sampai masa uncle perlu panggil anak-anak bermesyuarat dan berbincang untuk cari jalan keluar... Bukan hal apa...

...masalahnya sekarang uncle nak letak barang-barang uncle pun dah tiada ruang...!

#aduh!















Sunday, August 23, 2020

August 23, 2020


Alahai kreatifnya... buat Jalur Gemilang menggunakan tuala mandi!

Tepuk tepuk tepuk!











Saturday, August 22, 2020

August 22, 2020


Pen merah, pen biru,
Sebelah mata merah, I malu...!

(Aduh! Batal rancangan nak merewang-rewang hujung minggu!)











Friday, August 21, 2020

August 21, 2020


"Arriba, Arriba! Andale, Andale...!" 

Siapa yang tak tahu dari mana datangnya ungkapan di atas... bermakna dia tak cukup tua...! Baahaha...!

(Pernah dengar tak nama SPEEDY GONZALES?)











Thursday, August 20, 2020

August 20, 2020


Ada kemungkinan tak boleh berlaku insiden begini?

Tiada pelutup muka. > Pergi kedai nak beli pelitup muka. > Tak boleh masuk kedai sebab tiada pelitup muka... Aik...?


Baahaha...!















Wednesday, August 19, 2020

August 19, 2020


Mungkin jalan ceritanya begini...

"Manalah aku nak letak jagung cawan aku ni? Ah, selit sajalah di pagar..."

Bas tiba. > Naik. > Bas jalan.

"Alamak! jagung cawan aku...!"

Sekian cerita fiksyen uncle.... Baahaha...!















Tuesday, August 18, 2020

August 18, 2020


"Maaf mengganggu ya tuan. Boleh beri laluan kerana saya perlu membereskan tugas saya membasuh baju? Terima kasih dan maaf sekali lagi..."

(Geram betul dengan kucing dalam rumah ni! Semalam tidur atas meja. Hari ni tidur atas mesen basuh! Dia ingat dia boss dalam rumah ni?!!)

















Monday, August 17, 2020

August 17, 2020


Rambutan atau pulasan? Yang mana pilihan anda?

Uncle? Pada uncle sama saja... dua-dua pasti berakhir di dalam perut! Baahaha!














Sunday, August 16, 2020

August 16, 2020


Uncle tak layak untuk tinggal di 'bilik diraja' seperti ini...
Sebab uncle ni raja tidak, maharaja tidak, emperor tidak, king pun tidak! King Kong jauh sekali..! 

Baahaha...!












Saturday, August 15, 2020

August 15, 2020


Sejak kebelakangan ni banyak sungguh komen spam yang masuk dalam blog uncle. Report spam sudah. Tetap bertalu-talu datang. Kawan-kawan ada masalah yang sama...?













Friday, August 14, 2020

August 14, 2020


"Selagi stok masih ada!"
Siapa ada stok aiskrim Malaysia dalam peti ais dia? Angkat tangan!

:D














Thursday, August 13, 2020

August 13, 2020


Semua benda ada norma baharu... Bersosial norma baharu. Bersukan norma baharu, Ibadat norma baharu. Riadah norma baharu...

...jadi bolehkan ini dipanggil 'sidaian norma baharu'...? Dulu kita tak pernah nampak seumpama ini, bukan?

(Jemur pelitup separuh muka.)














Wednesday, August 12, 2020

August 12, 2020


Aduhai! Seriau pula uncle tengok kereta biru tu... Nampak macam hampir nak tergolek jatuh dalam longkang! Atau mungkin umur uncle ni yang dah mula ada masalah dengan imbangan vertigo...?















Tuesday, August 11, 2020

August 11, 2020


Siapa pernah mengalami situasi begini...?

Hujan > Nak keluar dari kereta > Raba-raba payung > Rupanya nun jauh di belakang....!!!


#geram















Monday, August 10, 2020

August 10, 2020


Dulu waktu masih kanak-kanak ramai yang tak tahu apakah benda itu? Ada yang cakap itu tahi bintang. Ada yang cakap itu jin langit. Malah ada juga yang cakap itu malaikat. Dah tua ni baru tahu... Itu adalah langit terkoyak....
















Sunday, August 9, 2020

August 9, 2020


Okey. Boleh tak siapa-siapa terangkan pada uncle.... yang tergantung di belakang tu sebenarnya bendera negara apa...? Dah sampai tak boleh cam! Aduh!
















Saturday, August 8, 2020

August 8, 2020


Kalau makan tu elok-elok sikit...
...jangan sampai buat macam restoran 'bapak sendiri' pula...!

Baahaha....!

(Nampak ramai pelanggan... mesti sedap!)